BLOCKCHAIN, DEEP RESEARCH, SATOSHI NAKAMOTO DAN SUMBER AWAL CRYPTOCURRENCY SEDUNIA

Sunday 18 February 2018


BLOCKCHAIN, DEEP RESEARCH, SATOSHI NAKAMOTO DAN SUMBER AWAL CRYPTOCURRENCY SEDUNIA

1. Saya mulakan artikel ini dengan kata-kata inspirasi berkaitan dunia blockchain oleh CEO IBM Ginny Rometty, "What the internet did for communications, blockchain will do for trusted transactions." Minggu kedua dan ketiga di bulan February 2018 semakin mencabar dan menarik. 

2. Saya menghabiskan banyak masa, tenaga untuk membuat deep research berkaitan dunia blockchain, cryptocurrency, fintech dan kaitannya dalam pelbagai use cases dalam bidang korporat dan keusahawanan yang saya usahakan sejak sekian lamanya.

3. Sebagai contoh, blockchain bukan sekadar berkisar kegunaan dalam dunia fintech dan cryptocurrency sahaja, malahan boleh dimanfaatkan sebaik mungkin untuk Industry Halal, Supply Chain Trading House, Health Care, Automotive dan juga Big Data Analytics (dan banyak lagi implementasi dalam lain-lain industri yang akan saya kongsikan di artikel akan datang).

4. Untuk memahami semua ini, deep research yang dilakukan oleh saya buat masa ini melibatkan pembacaan pelbagai journals, buku-buku berkaitan blockhain (sumber pembacaan lebih 30++ buah buku dalam genre blockchain dan cryptocurrency).

5. Saya juga berpeluang membuat perbincangan tidak rasmi secara tertutup baru-baru ini dengan pakar-pakar dari sebuah agensi kerajaan di kalangan mereka yang paling senior di kalangan CTO dan Senior Directors dan agensi mereka ini mempunyai talent programmers SaaS (software as a service) yang paling power dalam Malaysia (programmers mereka datangnya dari seluruh dunia).

6. Dan mereka perakui blockchain adalah suatu fenomena terhebat abad ini dan mereka juga bersetuju untuk menjalinkan kerjasama secara berkala dan lebih serius untuk R&D dan pembangunan blockchain dan fintech use cases yang sangat bermanfaat untuk kegunaan industri dalam negara dan global.

7. Dan paling menarik kali ini bermula awal tahun 2018, saya benar-benar mendalami penulisan oleh "pengasas misteri" crypto bitcoin yang bernama Satoshi Nakomoto dengan white paper beliau yang bertajuk "Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System" yang hanya mempunyai 9 muka surat sahaja.

8. Yang menarik perhatian saya, references utama Satoshi Nakamoto dalam jurnal beliau adalah berdasarkan beberapa jurnal berkaitan teknikaliti yang melibatkan kajian 'Hashcash CPU Cost Function' oleh Adam Beck yang ditulis sejak tahun 2002 lagi sebagai Proof of Work (PoW) sedangkan Satoshi hanya bermula membuat suatu simplifikasi idea-idea crypto peer to peer ini hanya bermula 2009.

9. Malahan idea awal konsep cryptography Bitcoin ini, Satoshi juga merujuk pada journal penulisan pada tahun 1982 oleh R.C. Merkle, bertajuk "Protocols for public key cryptosystems" dan juga penulisan seorang penulis bernama Wei Dai (mungkin berbangsa Cina), dengan tajuk "b-money," http://www.weidai.com/bmoney.txt, yang ditulis sejak tahun 1998 lagi.

10. Jurnal Wei Dai ini adalah berkaitan cadangan beliau dah harapan beliau supaya wujudnya sebuah dunia komuniti bebas dari cengkaman pemerintah dengan mempunyai sistem kewangan peer to peer menggunakan transaction kewangan berdasarkan trust protocol yang wujud melalui cryptography.

11. Idea-idea ini telah wujud lama sebelum Satoshi Nakamoto memperkenalkan cryptocurrency beliau sebagai bitcoin pada tahun 2009. Belum terlambat lagi untuk kita sebagai rakyat Malaysia mendalami knowledge pada teknologi blockchain ini yang akan merubah lanskap kewangan dunia, data management, internet of value, decentralized public ledger melalui blockchain technology. 

12. Bagi saya, minat ini tidak datang secara kebetulan tetapi atas kajian yang mendalam ketika zaman mahasiswa di awal tahun 2000 dengan kajian terhadap teknologi internet.

13. Pada tahun sekitar tahun 2007 hingga 2009 pula saya sangat aktif menggunakan applikasi BitTorrent untuk download banyak movies, lagu-lagu secara decentralized di kalangan pengguna BitTorrent di seluruh dunia dan kami tidak tutup desktop computer kami 24 hours untuk download guna applikasi BitTorrent ini.

14. Sekitar tahun 2009 juga kami telah diperkenalkan dengan Bitcoin tapi waktu itu kami menganggap Bitcoin ini hanyalah scam sahaja. BitTorrent ini secara peribadi saya melihat antara applikasi awal decentralized data (movies dan lagu-lagu) antara peer to peer yang mungkin menjadi inspirasi juga kepada Satoshi Nakamoto (andaian peribadi saya).

15. Dan kemudiannya saya juga terlibat pada 2013 dengan R&D teknologi Machine Learning dan Big data analytic seterusnya penubuhan Asean Youthpreneur Community (AYPC) oleh saya dan rakan-rakan seperjuangan di seluruh ASEAN untuk mewujudkan E-Market Place berbasiskan Fintech Ecocystem yang berdaya saing (Alibaba sebagai inspirasi waktu itu) di samping memperkuatkan jaringan usahawan antarabangsa dan ASEAN.

16. Pada awal tahun 2016 pula, melalui seorang sahabat saya yang kini telah berhijrah ke Korea (beliau ditawarkan pekerjaan oleh sebuah company Blockchain dari Korea) memberikan saya banyak informasi berkaitan Ethereum Smart Contract dan menghadiahkan saya jurnal bertajuk "Understanding Ethereum" oleh Organisasi Coindesk berharga USD500 dan sangat membantu saya memahami secara mendalam konsep 'Smart Contract' yang menjadi fenomena sedunia ketika ini.

17. Seterusnya pada 2016 juga Asean Youthpreneur Community (AYPC) yang diasaskan saya lebih agresif dalam kerjasama pembangunan ekosistem blockchain bersama sebuah company berasaskan blockchain di Malaysia dan dari situ pula saya belajar mendalami dunia Fintech dan Blockchain Ecosystem. 

18. Pada tahun 2017 pula saya berpeluang mendalami dan mengikuti modules Oxford Fintech Programme anjuran University of Oxford selama selama 10 minggu (3 bulan). 

19. Di samping itu, saya juga berpeluang membuat pembentangan project berkaitan Blockchain Payment Gateway di semua pertandingan inovasi berprestij tinggi iaitu Swiss Innovation Challenge (SIC) 2017 anjuran kerjasama antara pihak industri dan universiti dari Malaysia dan Switzerland. 

20. Kami menjadi Johan di peringkat nasional untuk International Track dan mewakili Malaysia di Basel Switzerland untuk pertandingan akhir SIC 2017 peringkat antarabangsa dan mendapat nombor empat di kalangan 20 projek inovasi dari seluruh dunia.

21. Kini bermula tahun 2018, kajian berkaitan blockchain technology memberi saya peluang yang lebih besar sehinggakan kini kami telah berpeluang merentas kajian pembangunan teknologi dan dunia korporat menjangkau dunia luar ASEAN bermula di Japan, China, Korea dan seterusnya Eropah. 

22. Pelbagai use cases yang bernilai sangat-sangat luar biasa potensinya berkaitan dunia Fintech dan Blockchain sedang kami bangunkan. Saya juga melihat Industri Halal dan Blockchain juga suatu potensi hebat yang sangat baharu dalam ekosistem blockchain dan ada peluang yang akan menjadi fenomena di situ.

23. Mohon doa dari sahabat-sahabat semua moga segala perancangan dan implimentasi pembangunan ekosistem Blockchain, Fintech, Corporate dan keusahawanan digital yang sedang diusahakan secara serius oleh saya pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya dipermudahkan oleh Ilahi dan mencapai kejayaan dan memberi manfaat kebaikan kepada semua pihak yang terlibat dalam industri ini juga kebaikan buat agama, bangsa dan negara.

Oleh: Effendy Zulkifly
Penulis ialah Pengarah Pembangunan Teknologi Blockchain (Director of Blockchain Development) sebuah syarikat antarabangsa berpusat di Kuala Lumpur dan Pengerusi Asean Youthpreneur Community (AYPC).

#blockchain #fintech #fenomena #korporat #global #asean #deepresearch  #aypc

Isu Pendatang Asing Bukan Isu Warna Kulit Semata-Mata

Friday 16 February 2018

Dalam newsfeed facebook saya ramai sungguh response sahabat-sahabat yang berikan pelbagai perspektif berkaitan isu pendatang asing ini.

Ada yang bersimpati kerana mereka negara miskin, ada yang kata kalau warga Russia, Syria mungkin rakyat Malaysia boleh terima.

Sebenarnya isu ini melibatkan isu  pengurusan sebelum dan selepas pengimportan besar-besaran ini yang ingin rakyat ambil tahu.

Jika semata-mata disalahkan rakyat Malaysia yang dikatakan malas belum tentu tepat tuduhan itu. Ramai rakyat Malaysia boleh kerja 3D di luar negara. Mengapa?

Pendatang asing yang seramai 2 juta yang dikatakan duduk secara haram apa cerita? Jika mereka sedang bekerja sudah pasti boleh dikesan.

Ramai yang juga mempersoalkan adakah ianya suatu bisnes tahap RM Billion nilainya? Adakah kerana bisnes semata-mata?

Kesan sosial kepada aspek jenayah dan keselamatan, kesan ekonomi, kesan kepada budaya ada dibuat penelitian kukuh dan dikaji sedalamnya?

Isunya adalah PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG!

Yang datang 1.5 juta tanpa pengurusan sistematik akan menjadi isu yang sama seperti 2 juta yang tidak dapat dikesan itu

Solusinya:-

Kerja-kerja pembersihan, berat, perladangan yang dianggap dirty, difficult, dangerous(3D) itu tidak kotor sebenarnya. Ianya kerja mulia dan dihormati kerana tanpa kerja-kerja ini negara akan bermasalah.

Kerja-kerja ini perlu dinaik taraf dengan pengurusan seperti negara maju. Di luar negara mereka yang berada dalam bidang ini dikatakan boleh menyimpan wang dan juga mendapat jaminan kehidupan.

Sahabat  saya Putera Sriwijaya kerja 3D nampak bahagia sahaja dia di luar negara.Kerja sbg nelayan di New Zealand , sembelih lembu, pembersihan pun dia pernah buat.

Jika mengambil jalan mudah dengan import kerana mahu untung bisnes, sampai bila-bila industri kita tidak berubah. Industri juga harus diberi tekanan untuk naik tarafkan bidang kerja 3D ini.

Industri pasti akan berikan pelbagai insentif dan naikkan gaji misalnya apabila mereka ditekan untuk dapatkan pekerja dalam bidang 3D ini.

Baharulah impian untuk menjadi negara maju akan tercapai apabila setiap lapisan ekosistem bidang pekerjaan Malaysia dilayan sebagai professional terutamanya kerja 3D ini dengan pendapatan yana berpatutan dan menjamin masa depan.

Peluang bisnes dari Kota Bandung

Thursday 15 February 2018

Sahabat baik saya yang saya sangat kagumi dan hormati, saudara Ahmad Zahir dari Bandung, Indonesia, seorang aktivis masyarakat dan juga seorang usahawan hebat menghubungi saya baru sahaja tengahari tadi dari Indonesia.

Ketika Kembara Indonesia 2015 di bawah Asean Youthpreneur Community(AYPC), beliaulah yang menyantuni saya dengan membawa kami mengelilingi Bandung dan membuka seluasnya peluang perniagaan di Bandung melibatkan bisnes fesyen pakaian, travel agency dan event management.

Malahan tempat penginapan dan kenderaan kami juga beliau sediakan sepanjang di Bandung Januari yang lepas. Beliau seorang usahawan yang punyai jaringan di seluruh dunia. Beliau memiliki kilang pakaian, bisnes perhotelan dan juga seorang Fashion Designer yang hebat. Beliau juga sangat rapat dan akrab dengan Walikota/Datuk Bandar Bandung, Ridwan Kamil.

Pada 2 Mac hingga 5 Mac 2018 ini kami  akan bertemu di Bandung dan kami akan memperincikan perjanjian perniagaan antara kami dan dalam masa yang sama beliau akan buat market survey untuk beberapa jenis perniagaan di Malaysia/Indonesia.

Kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk mendapatkan maklumat tentang perniagaan yang boleh dibuat usahasama dari Bandung terutama melibatkan bisnes pakaian, fesyen, travel agency boleh hubungi saya dan kita buat pertemuan nanti bersama saudara Ahmad Zahir di Kuala Lumpur/Bandung.

P.S:- Kota Bandung adalah Kota Tourism yang sangat indah dan udaranya dingin. Bandung juga syurga membeli belah dan sebuah kota yang penuh dengan fesyen terbaru dengan harga yang sangat berpatutan.

Duit, Ilmu dan Takluk Dunia.

Tuesday 13 February 2018

Memang DUIT sangat penting sebagai alat untuk transaksi perniagaan membeli keperluan. Namun jadikanlah DUIT hanya sebagai alat , perkakas atau hamba untuk memudahkan kehidupan kita. Bukan kita jadi "Hamba Duit".

Saya bersahabat dengan ramai tokoh-tokoh jutawan tahap billionaire pun ada, namun mereka akhirnya pasrah bahawa DUIT memang boleh membeli segalanya yang berada dalam radius "HAMBA DUIT" atau "TERDESAK" namun tidak mampu beli ORANG BERILMU yang ikhlas hati dan jiwanya.

Guru saya Datuk Jaafar Abdul Rahim adalah insan hebat yang mengajar saya untuk jadi orang hebat dan ingin takluk dunia, soal duit adalah soal kedua dan mungkin yang terakhir.

PENGUASAAN ILMU adalah keutamaan yang beliau tekankan kepada saya. Rasulullah menakluk dunia kerana CINTA pada YANG ESA dan atas Kurnia Ilmu Wahyu.

Cintalah ilmu dengan rasa tunduk pada ILAHI,  nescaya seluruh dunia akan tunduk menyerah kepada anda.

#ilmu #duit #dunia

Pemikiran Pemimpin Negara Maju.

Ketika hari pertama dan hari kedua Perdana Menteri Singapore bersempena USA ASEAN Summit 2016, beliau telah updated lawatan official personal beliau ke office Tesla, Space X, Apple, Google, Facebook dan beberapa tokoh ilmuan dan saintis.

Kita perlu lahirkan ramai lagi future leaders yang boleh bersaing dengan pemikiran maju pemimpin negara jiran Malaysia dan nampak gah di mata dunia. Pemimpin-pemimpin masa depan ini harus kukuh dengan sarwajagat keilmuan yang holistik termasuk cara fikir setaraf negara-negara maju dan perlukan sebanyak mungkin pendedahan antarabangsa dari awal.

Menguasai ilmu teknologi adalah sangat penting di dunia serba moden. Mark Zuckerberg Facebook sangat menghargai lawatan Perdana Menteri Singapore kerana menghargai beliau sebagai Pemimpin Negara yang satu-satunya pandai buat coding.

Kita hanya akan ketinggalan dan terus ketinggalan di mata dunia jika terus  diserabutkan dengan isu-isu konflik dan politik domestik yang tak pernah selesai. Ditambah lagi dengan konflik tafsiran Agama antara scholars yang jugdemental thinking bersifat menghukum ke tahap penentuan syurga dan neraka ketika masih di dunia lagi.

Tekanan hidup rakyat pula seperti kelihatan cuba ditutup dengan pelbagai Program Hiburan dan Sukan yang sebenarnya hanya di takuk lama di level tempatan sahaja dan tiada impak kukuh menguatkan daya intelektual, world view leadership generasi baharu berpaksikan ilmu sains dan matematik di dasari ilmu wahyu sebagai pembatas antara halal dan haram demi keberkatan hidup insani.

Semoga hari cerah Negara Malaysia kembali muncul nanti. InsyaAllah.

Futuristic Innovation, High Tech dan Mentaliti Rakyat Negara Maju

Monday 12 February 2018

Dalam wishlist saya sejak dari dulu lagi ialah bertemu Elon Musk.Elon Musk ini antara tokoh Future Tech yang ingin saya ketemu. Elon Musk ini sanggup mempertaruhkan keseluruhan asset yang dia ada untuk mempertahankan Tesla Motors yang dikecam hebat pada awalnya.

Tesla Motors ni pengeluar Electric Car paling powerful di dunia sekarang ini. Teknologi cutting edge, breaktrough high tech tak semua orang boleh terima. Rejection itu biasa, namun kajian dan perlaksanaan high tech dengan sokong R&D sangat penting.

Sebab itu negara seperti USA, China, German, Korea, Japan dan Russia apabila melibatkan R&D high tech mereka akan sanggup  berhabisan dan menjadi antara budget belanjawan tertinggi negara. 

Berbalik kepada Elon Musk. Akhirnya beliau berjaya convinced Obama untuk support projek Teslar Motors beliau dengan billions USD punya budget. Ramai yang kritik Obama atas keputusan itu. Namun akhirnya Elon Musk buktikan Tesla Motors berjaya.

Projek Space X juga berjaya dan satu-satunya syarikat swasta di dunia yang self funded untuk teknologi angkasa. Teknologi angkasa ni sangat mahal dan hanya budget melalui negara sahaja boleh support.

Tapi Elon Musk buktikan individu dan swasta juga mampu laksanakan projek aeroangkasa. Beliau membayangkan tak lama lagi perlancongan angkasa akan jadi industri commercial tak lama lagi. Beliau juga membuat research mendalam kemungkinan kemungkinan yang ada untuk manusia tinggal di Planet Marikh

Bagi Elon Musk. Kekayaan yang dia miliki adalah untuk dikembalikan kembali kepada sumbangan inovasi dan teknologi. Ianya bukan lagi soal kekayaan untuk diri sendiri atau syarikat semata-mata dan dia sanggup bankrup ambil segala risiko gila mempertahankan idealisme Futuristic Innovation beliau.

Dia bercerai berai  dua kali dengan isteri - isteri beliau pun mungkin disebabkan kegilaan dia dan terlalu komited pada kerja-kerja beliau pada high tech dan innovation ini.

Kesimpulannya.

Di negara kita, negara so called negara Islam ini. Persoalan fiqh ribuan tahun lepas soal remeh temeh boleh jadi isu nasional dan bertikam leher sesama umat Islam. Isu Islam aku Islam betul dan Islan engkau Islam salah sering kedengaran seolah-olah syurga dan neraka di tangan mereka.

Kita juga pengguna dan pembeli tegar produk orang luar dan terlalu bergantung kepada kerajaan untuk memulakan apa sahaja perkara dalam kehidupan terutama bidang  ekonomi apatah lagi teknologi inovasi.

Kita kurang membangunkan simposium, wacana, konvensyen atau persidangan antarabangsa berkaitan High Tech, Innovasi dan pemikiran R&D untuk teknologi. Ianya tidak menjadi budaya kita. Jika ingin jadi negara maju, inilah jawapannya yang perlu kita budayakan iaitu teknologi, inovasi dan budaya ilmu.

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger