Peranan International Business Consultant dalam dunia perniagaan.

Sunday 21 January 2018

Baru-baru ini saya berpeluang duduk lebih 3 jam sambil makan ikan patin dengan International Business Consultant from Japan iaitu Mr Taka Hashimoto. Beliau adalah President sebuah syarikat konsultan International Trading dan Halal Industry untuk market Jepun dan antarabangsa.

Diskusi bersama beliau cukup membuka minda saya berkaitan soal perniagaan yang berskala global dan antarabangsa. Antara perkara utama yang kami bincangkan di Kedai Ikan Patin tersebut ialah berkaitan isu-isu terkini Blockchain, Fintech Ecosystem dan kaitannya dengan Halal Industry melibatkan pengurusan data-data kepenggunaan halal produk dan services di dalam Halal Industry.

Beliau juga berkongsi pengalaman beliau dalam dunia Business International Consultation. Banyak syarikat SMEs yang beliau bawa dari Jepun untuk dikembangkan ke pasaran ASEAN telah mencapai tahap success yang membanggakan. Syarikat-syarikat SMEs dari Jepun ini dikenakan charge yang berpatutan oleh syarikat beliau sebelum dibantu untuk dibawa ke pasaran ASEAN.

Di Malaysia juga syarikat-syarikat SMEs tempatan ini ingin bawa produk mereka ke luar negara. Namun mereka lebih sanggup berhabisan wang mengikut Ekspo Antarabangsa yang hanya menyediakan platform jualan selama lebih 3 hingga 5 hari. Namun momentum marketing dan sales di ekspo antarabangsa sebegitu biasanya impaknya tidak berpanjangan kerana tiada follow up berterusan dengan local partners atau local market.

Tetapi apabila mereka diperkenalkan dengan consultants yang memberikan solusi secara long term dengan timeline setahun tetapi dengan kos sama seperti penglibatan di Ekspo Antarabangsa yang cuma 3-5 hari mereka keberatan untuk mengeluarkan kos perkhidmatan kepada consultant.

Mereka ingin gunakan service International Consultant dan inginkan network antarabangsa tetapi syarat yang mereka letakkan biasanya lebih kepada lantikan "Salesman Antarabangsa" iaitu "jual barang kami dan kami berikan komisyen".

Harus bezakan gerak kerja konsultan antarabangsa, selalunya mereka bukan bertindak sebagai "salesman anda" tetapi mereka andalah jambatan atau solution maker kepada usahawan dan syarikat untuk membuka pasaran antarabangsa buat usahawan dan syarikat ini. 

Antara consultant antarabangsa tempatan yang sangat bagus network dengan strategi hebat adalah sahabat saya Tuan Zairul Annuar. Beliau mempunyai network yang kuat di Indonesia dan Middle East. Hubungi beliau jika ingin dapatkan konsultasi pengembangan business di peringkat antarabangsa.

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger