Beberapa tips di Indonesia.

Wednesday 29 March 2017

Jika naik teksi pilihlah teksi Syarikat Blue Bird. Sebagai contoh, di Airport Jakarta ni walaupun teksi lain berlambak di airport ni, semua orang tetap sanggup beratur panjang demi menanti teksi Blue Bird.

Satu lagi duit kecil kena standby cukup-cukup sebab bila bayar duit makan atau teksi mereka beri alasan wang kecil tiada. Kalau 100 kali traksaksi, wang kecil pun jadi besar.

Lainlah kalau saya sekaya bos saya Sifu Norzairy Mohd Noor, semuanya "Keep the change". Hehe.

P.S:- Mood nak update facebook bertimpa-timpa sebab bosan keseorangan tunggu Blue Bird taxi.

Guru Pidato Saya.

Tuesday 28 March 2017

Di kelas Akademi Pidato Profesional Malaysia di bawah bimbingan Guru Pidato saya Dato'Dr Syed Ahmad setiap Isnin malam Selasa di Shah Alam, saya mempertajamkan lagi teknik berpidato saya untuk memastikan penyampaian saya untuk modul "Komunikasi Impak Maksima" saya lebih kemas dan menarik.

Saya mula belajar pidato Nusantara dengan beliau sejak tahun 2005 hingga tahun 2011 secara aktif. Dato' Dr Syed Ahmad adalah pemidato hebat juga merupakan seorang motivator dan jutawan dalam bidang insurans ketika tahun 1990-an dulu. Bermula awal tahun 2000 beliau fokus kepada mengajar pidato dan juga membuat events motivasi dan keusahawanan sehingga kini.

Melalui ilmu pidato yang saya pelajari dari beliau saya kembangkan dengan modul "Komunikasi Impak Maksima" yang menggabungkan kekuatan komunikasi verbal, non verbal, komunikasi teknologi IT dan media sosial  seperti facebook, twitter, youtube, instagram. Saya juga kembangkan ilmu pidato beliau untuk teknik closing sales dan menjadi pakar seni jualan dengan memikat dan memukau para prospek dan pelanggan.

Saya juga mengajar cara untuk bercakap di televisyen dan radio yang memerlukan teknik dan tips tertentu. Ilmu pidato dari Dato Dr Syed Ahmad ini sangat berharga dan syukur pada Allah saya dapat kembali mendalami ilmu pidato ini bersama Mahaguru Pidato terbaik level dunia!

#mahaguru #pidato #nusantara #motivasi

Formal Presentation on Blockchain Technology to Government Link Company.

Saturday 25 March 2017

Sepanjang Bulan Mac 2017 ini, pelbagai siri pertemuan dan diskusi berkaitan teknologi Blockchain dan Ekosistem FinTech menjadi fokus utama kepada team kami.

Jemputan presentation mengenai Blockchain Technology dan FinTech Ecosystem datang dari pelbagai organisasi mahupun individu samada di peringkat local mahupun antarabangsa. Teknologi Blockchain ini dikatakan 'The Next Big Thing' selepas Teknologi Internet ketika di awal penggunaannya.

Pengalaman paling menarik adalah menghadiri satu meeting yang sangat formal yang sepatutnya berlangsung dalam masa satu jam bertukar menjadi tiga jam. Kami berpeluang membuat presentation khas bagaimana teknologi blockchain dan FinTech boleh membantu menyelesaikan dan menjadi inovasi penambahbaikan organisasi seperti agensi GLC di Melaka ini.

Kehadiran kesemua ahli Board of Directors (Top Management) bersama Team IT mereka memang sangat mengujakan kami.

Antara isi-isi penting diskusi yang dapat saya share di sini berkaitan pembentangan mengenai blockchain kami ialah:-

1. Blockchain adalah teknologi yang menggabungkan segala jenis pangkalan data dan kriptografi untuk bertindak sebagai platform pemindahan pelbagai urusan dengan pantas, selamat dan menjimatkan kos.

2. Teknologi blockchain sebagai alternatif yang lebih ekonomikal dalam pemindahan nilai wang kerana ia tidak memerlukan pihak ketiga sebagai perantara di samping menghapuskan kos tinggi proses penyelarasan semula.

3. Pelbagai objek bernilai boleh ditransaksikan menggunakan platform ini seperti wang, hasil seni dan kontrak. Namun begitu, sehingga kini, hanya mata wang crypto paling kerap menggunakan teknologi terbabit.

4. Selain berfungsi sebagai landasan untuk urusan kewangan seperti pemindahan wang dan pembayaran, blockchain juga dicipta untuk pengurusan pemindahan data yang efektif, pantas , selamat dari manipulasi hacker atau pengubahan info maklumat secara haram yang sering berlaku dalam sistem server biasa.

5. Sektor swasta mahupun kerajaan boleh memanfaatkan teknologi blockchain ini untuk memastikan kecekapan transaksi data kerana tidak berlaku pertindihan maklumat data yang sama.

6. Data Management menggunakan blockchain ini boleh dimanfaatkan untuk menguruskan kepelbagaian rekod dalam berurusan dengan orang ramai seperti maklumat penjagaan kesihatan, pulangan cukai, info vendor contractor atau rekod pemilikan tanah.

7. Organisasi sektor awam yang amat bergantung kepada data dari urusan pentadbiran, perniagaan yang mungkin melibatkan info insurans, info kredit perbankan, data penjagaan kesihatan atau apa sahaja data seperti info alamat rumah sekalipun boleh memanfaatkan teknologi blockchain ini.

8. Blockchain ledger juga boleh menghubungkan databases antara semua department atau jabatan-jabatan kerajaan dan boleh dikongsikan sesama mereka melalui satu sumber yang sama untuk informasi data melibatkan masyarakat mahupun perniagaan.

9. Dengan itu dapat mengelakkan pengulangan carian maklumat, pendafataran sebagai contoh dalam perkhidmatan kesihatan misalnya info pesakit menjadi mudah untuk diuruskan dan data pesakit juga tidak boleh diubah. Manakala dalam industri halal misalnya para peniaga tidak boleh menipu info halal yang tertera di packaging kerana ledger blockchain tidak boleh diubah dan dimanipulasi.

Kesimpulannya.

Alhamdulillah kami berjaya membuat presentation yang betul-betul komprehensif dan sistematik.

'Payment Gateway System' yang dibangunkan syarikat kami yang memanfaatkan teknologi bockchain yang mempunyai pelbagai fungsi inovasi pelbagai pembayaran (melibatkan transaksi multi-digital currencies pertama dari Malaysia ciptaan rakyat Malaysia) dan pengurusan data juga diterima dengan baik hasil dari mesyuarat rasmi ini.

Nantikan berita gembira seterusnya dari kami!

#blockchain #fintech #paymentgateway #smartcontract #corporate

Informal Business Pitching Session.

Thursday 23 March 2017

Petangnya pula diziarahi adik-adik Technopreneur di office saya. Mereka ini diketuai oleh saudara Albark Yunus Batt selaku Co-Founder NGO Jaringan Anak Muda

Bagi saya mudah sahaja. Dalam business perlu ada 4 perkara TIME ini atau salah satu sahaja sudah cukup untuk terlibat dalam dunia keusahawanan. Tapi perlu bergerak dalam team, membuat kolaborasi dan partnership untuk melengkapkan vacuum atau loop holes atau kekurangan yang ada.

Empat perkara TIME itu ialah:-

1. Time
2. Idea
3. Money
4. Energy

Yang paling mahal dan penting ialah IDEA. Yang lain-lain itu akan datang dengan mudahnya jika basic needs IDEA itu sudah ada.

Saya telah bertemu dan membimbing ramai anak-anak muda seperti mereka dalam membentuk entrepreneurial skills, design thinking, creative thinking dan beri motivasi keusahawan kepada anak-anak muda dari seluruh dunia terutama ASEAN yang mempunyai potensi untuk menjadi usahawan berjaya.

Seringkali yang disebut adalah masalah modal, agensi yang patut membantu ambik idea mereka dan copypaste dan masalah birokrasi.

Saya kata kepada mereka, dunia ini luas. Redah sahaja cari investment tanpa berharap pada agensi jika kamu yakin idea kamu ini hebat.

Banyak sebenarnya Venture Capitalists, Angel Investors, Crowfunding Management dalam dan luar negara yang boleh ditemui dan dibentangkan idea business.

Mereka designed satu sistem 'Ticketing Vending Machine' yang sangat bagus dan sistematik dengan apps secara digital solution untuk selesaikan masalah ticketing untuk events management terutamanya untuk sukan bola sepak di stadium.

Lepas bertemu saya, mereka akan bertemu Datuk Vida Qu Puteh dan TMJ JDT untuk jual idea mereka ini. Doakan kejayaan mereka sahabat semua.

Saya rasa berbangga kerana saya orang pertama yang mereka presentasikan idea business hebat  mereka ini. InsyaAllah mereka boleh sukses. Aamiin.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KONSTRUKTIF KEPADA TV ALHIJRAH.

Monday 13 March 2017

1) Sahabat saya orang kuat TV AlHijrah Saudara Azmil Abrar meminta pandangan sahabat-sahabat untuk penambahbaikan TV AlHijrah. Hijrah maksudnya perpindahan. TV AlHijrah sudah ok dan cukup baik tapi kita mahu "Hijrah" atau "Perpindahan" dari yang BAIK kepada yang LEBIH BAIK sehingga menjadi yang TERBAIK. Aamiin InsyaAllah.

2) Bagi saya banyak lagi boleh diperbaiki sekalipun secara incremental atau berdikit dikit sekalipun tidak terlalu radikal. Saya sayang TV AlHijrah kerana TV AlHijrahlah pertama sekali dalam sejarah hidup saya, bawa saya masuk ke TV melalui Rancangan Assalamualaikum sewaktu ketika dulu.

3) Terdapat satu persepsi melalui feedback yang yang saya dapat dari sesetengah pihak ialah bila sebut TV ALHijrah ianya adalah TV untuk orang orang nasyid taste, ulama-ulama dan ustaz. Bagi saya ianya beyond dari itu.

4) Dakwah Rasulullah untuk semua insan. Saya cadangkan slot usahawan level antarabangsa diperbanyakkan.  Setting rancangan assalamualaikum misalnya boleh saja interview ikon ikon popular tanah air sekalipun bukan ustaz ke set Rancangan  Assalamualaikum misalnya.

5) Contents untuk Gen Y perlu  diperbanyakkan dalam pelbagai variasi yang lebih 'hipster'. Contohnya, trending Gen Y yang hidup nomad, backpacker macam sahabat saya Putera Sriwijaya ni sekarang merupakan trending remaja. Beliau mengembara seluruh dunia petik buah, jadi nelayan di New Zealand, naik keretapi dari China ke Rusia misalnya adalah satu inspirasi.

6) Partner business saya Dato Ahmad Zaki Jinlapudin yang merupakan Atlet Strongman Level Antarabangsa boleh diperkenalkan melalui medium TV AlHijrah. Sekarang dah jadi trending anak muda Gen Y nak jadi sado dan gagah perkasa sehingga jubah pun dah ada design slim fit untuk abang-abang sado.

7) Kaitkan juga dengan Rasulullah yang badannya tough, Saidina Ali yang gagah perkasa. Islam hanya ditonjolkan melalui cerminan ustaz yang ajar Fardhu Ain, tausiyah rohani sahaja. Ya itu penting tapi berdakwah ini satu seni. Kehenseman Rasulullah , kegagahan Rasulullah, jiwa  keusahawanan Rasulullah travel oversea dengan Pakcik Baginda ketika muda boleh juga jadi medium dakwah.

8) Ceramah-ceramah ni ok tapi kalau berlebihan dengan style lama budak-budak remaja sukar nak terima. Road show perlu  diperbanyakkan dan bawa ikon dari semua golongan bukan hanya abang-abang nasyid dan ustaz-ustaz sahaja.

9) Manfaatkan artis, strongman, ahli sukan, pemuzik, rockers, designer dan juga usahawan seperti saya (sempat promote diri sendiri). Be inclusive not exclusive.

10) Akhir sekali jemput saya selalu ke konti Rancangam Assalamualaikum selalu-selalu. Tahulah nanti saya nak promote kepada anak muda macam mana. hehe

Taraf Ekonomi Rakyat Melambangkan Kestabilan Negara!

Di Malaysia rungutan saban hari kenaikan harga barang keperluan dan makanan. Malaysia mengamalkan dasar penswastaan dan industri perkilangan untuk menguatkan ekonomi negara.

Namun adakah peluang kerja itu benar-benar menyeluruh? Dilaporkan jumlah pengangguran meningkat saban tahun ratusan ribu. Dalam masa yang sama pekerja Bangladesh mahu diambil bekerja di Malaysia.

Dasar kapitalis memang begitu. Yang penting kos buruh perlu serendah mungkin supaya keuntungan semaksima mungkin.

Tiga permasalahan di sini dikenal pasti:-

1)Harga keperluan makanan rumah yang mahal.

2)Masalah pengangguran rakyat Malaysia.

3)Kemasukan warga asing yang berlimpah ruah.

Kesannya berangkai meliputi masalah ekonomi, politik dan sosial sekaligus.

Dari segi ekonomi, pendatang asing ini yang datang ini sangat kreatif. Mereka datang bukan setakat bekerja sahaja. Tapi mereka juga berniaga dan membuat koloni perniagaan.

Saya tidak berniat mengulas dari aspek rasa iri hati mahupun cemburu. Kerana seperti kata pepatah arab,"man jadda wa jadda"  (sesiapa yang berusaha dia akan dapat).

Namun kerajaan yang dipilih rakyat harus memainkan peranan penting mengatasi kesan berangkai ini yang mendatangkan kesan negatif. Pertambahan kehadiran pendatang asing selalu berpusat di kawasan bandar yang melibatkan pembangunan bandar, rumah dan perkilangan.

Permintaan keperluan makanan yang tinggi kerana bertambahnya penduduk sesuatu tempat secara drastik menyebabkan harga makanan meningkat. Rakyat berjimat cermat dan makan makanan yang kurang nutrisi dan tidak sihat.

Masalah sosial juga berlaku kerana pendatang asing ini ramai yang berjauhan dengan isteri dan kita boleh lihat bertumbuhnya bagai cendawan pusat-pusat rumah urut haram yang menawarkan perkhidmatan seks.

Dari segi aspek politik pula kelihatannya ahli politik menyerang peribadi ahli politik pihak lawannya dengan menimbulkan isu pendatang asing juga boleh mendapatkan kad pengenalan Malaysia untuk mengundi dan timbul pelbagai persepsi berkaitan hal ini di kalangan rakyat.

Penyelesaiannya?

Penguatkuasaan di sempadan perlulah diperketatkan. Pendatang asing yang dikatakan berjuta tak dapat dikesan harus dikesan dan dihantar pulang. Perketatkan visa pelancong dan pelajar yang disalahguna.

Sektor pekerjaan di bidang 3D (dirty,dangerous,difficult) perlu dinaiktaraf dan diberi gaji setimpal dan profesional seperti di luar negara kepada rakyat tempatan.

Kerajaan perlu pertingkatkan komunikasi dengan impak maksima yang jelas dan sampai kepada grass root di kalangan rakyat supaya segala dasar kerajaan yang baik seperti perlaksanaan infrastruktur, kebajikan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan menjadi keutamaan kerajaan.

Projek mega yang tidak jelas dan tidak bermanfaat dan yang boleh merosakkan alam sekitar misalnya seperti pembalakan haram dan projek bauksit diberhentikan.

Industri Pertanian, Penanaman dan Penternakan dijadikan keutamaan supaya kita tidak perlu import bahan asas makanan dari luar lagi. Harga makanan yang murah akan membantu rakyat mempertingkatkan ekonomi melalui simpanan kewangan. Keperluan makanan bukan pilihan ianya adalah keperluan wajib.

Projek perumahan mampu milik diperbanyakkan. Rumah juga keperluan. Projek rumah mewah akhirnya menguntungkan sesetengah individu dan syarikat sahaja. Struktur gaji pekerja dan harga rumah perlu seimbang. Kerajaan perlu kawal manipulasi pemilikan rumah yang berlebihan sehinggakan rakyat marhaen ramai lagi tak mampu memiliki rumah.

Mereka yang homeless juga perlu disiasat sehingga ke akar umbi untuk tahu puncanya dan diselesaikan supaya tidak terus melarat.

Saya percaya Malaysia boleh menjadi Negara Maju hebat tidak lama lagi!

Anak Malaysia dan Teknologi Blockchain.

Saturday 11 March 2017

Suatu kebanggaan buat negara kerana kepakaran anak Malaysia dalam Industri Fenomena masa kini dalam bidang Blockchain and FinTech diiktiraf dunia.

Keynote World Blockchain Forum 2017 - Dubai ini merupakan kemuncak himpunan pakar-pakar terbaik seluruh dunia dalam bidang khusus yang berkaitan Financial Technology terutamanya melibatkan Blockchain Technology.

Secara observation personal saya, sebagaimana kelahiran awal teknologi Internet kemudiannya kelahiran Social Media seperti Facebook, applikasi Waze, Whats App, sistem aplikasi pengangkutan awam seperti Uber dan GrabCar ketika awal kelahiran teknologi ini tidak ramai yang sedar potensi mereka malahan ditentang  dan sering dipandang negatif sebelum ini sebagai 'Disruptive Technology' kepada model perniagaan konvensional yang sedia ada.

Contoh terbaik ialah GrabCar@GrabTaxi. Pada awal penubuhan dan operasi GrabTaxi, mereka dipandang sepi sahaja oleh Kerajaan Malaysia.

Pada tahun 2015, GrabTaxi Holdings Pte Ltd (“GrabTaxi” dan dikenali sebagai MyTeksi di Malaysia) mengumumkan penerimaan pembiayaan terbesar yang pernah diperoleh iaitu AS$350 juta (RM1.4 billion) daripada Coatue Management, L.L.C. (“Coatue”), sebuah firma pelaburan Amerika Syarikat

Kini sudah tiba masanya Industri Perniagaan  berasaskan Blockchain Technology akan menjadi tunjang perniagaan digital seluruh dunia.

Saya melihat kepakaran Tuan Arai Bin Ezzra dalam dunia Blockchain telah diiktiraf dunia dan sangat dihargai di luar negara. Bermula tahun 2016 lagi jemputan dari seluruh dunia di London, USA, China, Dubai dalam Internatiobal Events berkaitan Teknologi Blockchain sangat  menghargai kepakaran dan sumbangan beliau dalam pembangunan inovasi berkaitan Teknologi Blockchain ini.

Semoga Kerajaan Malaysia menghargai jasa dan sumbangan kepakaran anak Malaysia ini yang mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia.

Sayang seribu kali sayang jika kepakaran beliau ini jika akhirnya nanti boleh jadi akan lebih dihargai dunia luar kerana polisi dan mentaliti pihak autoriti di negara kita hanya bersikap 'tunggu dan lihat'.

IMEJ DAN PERSEPSI.

Friday 10 March 2017

1. Bertemu dengan sahabat-sahabat yang mula mendaki puncak kejayaan dalam business dan pekerjaan. Bila berbincang semuanya pernah merasai jatuh bangun dalam perniagaan terutama di kalangan yang bermula dari bawah bukan melalui kekayaan warisan.

2. Satu perkara yang saya nampak adalah penonjolan imej dan bagaimana mereka mahu dilihat dari persepsi orang lain dan pandangan 'internal' mereka sendiri.

3. Walau apa sahaja dugaan sekalipun dalam diri mereka percaya bahawa kejayaan itu hampir dan dekat sahaja dengan diri mereka. Mereka bina "PERSEPSI" dalam diri mereka segala usaha yang banyak sekalipun belum dapat hasil  adalah kerana bukan disebabkan mereka gagal.

4. Mereka fikir hanya belum berjaya dan belum bertemu cara terbaik untuk berjaya. Maknanya dari awal 'PERSEPSI KEJAYAAN" itu dibentuk seterusnya berubah menjadi KEYAKINAN untuk berjaya.

5. Setelah berjaya membentuk PERSEPSI KEJAYAAN mereka juga ingin dilihat sebagai orang yang berjaya. Maka dibentuk "IMEJ KEJAYAAN" itu dalam dan luar diri mereka. Cara berpakaian, cara bertutur, cara berjalan.

6. Sebab itu ada kajian pakar perunding imej di luar negara, dalam mengkaji imej 'orang besar' dan 'orang kecil' ini terutama dalam organisasi korporat, mereka mengkaji secara detail sehinggakan kajian mereka mengatakan 'cara berjalan' juga secara umumnya ada berbeza antara pekerja level Bos, CEO, MD dan level kerani, mereka berjawatan rendah.

7. Secara umumnya, apa apa pun bagi saya kejayaan dan kekayaan ini masih lagi bersifat subjektif bergantung kepada individu berdasarkan apa matlamat hidup dan impian mereka.

8. Namun kita kajilah penerimaan kebiasaan melalu persepsi dan imej di kalangan masyarakat ini bagaimana supaya memudahkan laluan perjalanan usaha kita ini terutama mereka di kalangan usahawan.

(Effendy Zulkifly )
Member of Advisory Council,
Global Leadership Institute.
www.gliprograms.org

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger