Terimbau Kenangan Lalu.

Wednesday 15 November 2017

Terimbau kenangan lalu.

Perniagaan ini suatu peperangan. Peperangan itu suatu muslihat. Dalam muslihat ada pelbagai strategi dan tactics. Sukarnya mencari kawan yang setia jika anda mengalami kesusahan. Dan jika anda ada kawan yang setia ketika susah jangan lupakan dia ketika anda senang.

Dulu ketika mula-mula berniaga 10 tahun yang lepas. Saya mengalami cabaran besar terutama pada tahun 2008 zaman krisis kewangan dan economy seluruh dunia . Business bermasalah semua orang menganggap kita ini hina dan tak berguna. Semua teman hilang dan jauhkan diri .

Saya berniaga macam-macam dan bekerja macam- macam. Jadi pak guard, jual kertas A4 sebagai Sales Executive.Jual vacuum cleaner hydro jenama mahal. Jual pelbagai produk ubat dan kopi MLM(lebih 4 companies termasuklah jadi speaker), jual hutang personal dan housing(kerja bank).

Kerja KFC, jadi mc orang kahwin, jadi macai orang besar jutawan, belikan makanan arnab, hantar anak dia ke sekolah. Hantar notis saman orang(legal firm). Macam-macam kerja dibuat cuma tak sampai hati jual diri je.

Warna-warni kehidupan ini. Jadi apabila kita telah senang kita akan teringat kisah lama itu dan kita tersenyum sendiri. Namun, peringkat seterusnya kita akan terus diuji. Kita dipandang tidak setaraf usahawan lain, kita dipandang sebagai tidak credential kerana tidak buat bisnes juta-juta.

Move on sahaja sahabat-sahabat entrepreneurs sekalian. Itu adalah ujian dari Tuhan untuk kita sentiasa Ingati-Nya berdoa dan lebih dekat dengan family dan insan yang sentiasa percaya diri kita.

Dan perasaan paling WIN sekali orang yang dulu hina kita, cemuh kita , pandang hina kita, dialah yang akan tersengih-sengih, malu-malu kucing bila bersua muka dengan kita. Semua orang mahu mendekati dan claim mereka sentiasa support dari belakang tabir.

Dulu, saya apabila melihat orang pangkat besar ni rasa kagum sangat. Tapi tidak lagi begitu sekarang, kerna satu hari nanti kita tahu dengan keyakinan atas impian kita dan network yang kita ada, kita juga bisa jadi lebih baik atau setaraf orang besar itu.

Nilai diri kita adalah dapat dilihat berdasarkan apa impian dan target kita di  masa hadapan. Bayangkan sepanjang masa di mata kita impian itu. Dengan doa, usaha dan berada dalam " jaringan" yang betul...

ANDA PASTI BERJAYA!

P.S:- Pagi ini banyak celoteh kerana tak sabar tunggu hari esok muncul. Ada 'rezeki besar' Allah nak bagi. InsyaAllah. Aamiin.

Pengalaman di Shanghai

Monday 11 September 2017

Shanghai adalah sebuah bandar moden yang yang mempunyai populasi seramai 24 juta orang manusia.

Merupakan Financial Hub terhebat di Asia di belakang Tokyo, Hong Kong dan Singapore. Shanghai Port pula merupakan port paling sibuk di dunia. Saya melihat infrastruktur bangunan di sini sangat moden seolah-olah berada di zaman masa depan.

Kebanyakan rakyat China di Shanghai boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Bandar ini juga adalah bandar yang mempunyai living cost yang tertinggi di Mainland China. Kenderaan Nasional China berjenama 'Buick' sangat banyak dilihat di sini.

Sukar melihat kereta buruk di sini. Deretan kereta mewah kelihatan di jalan raya di Shanghai ini. Keadaan di sini seperti Bandar Cyberjaya di Malaysia sedangkan Shanghai adalah antara bandar tertua di dunia dari aspek sejarah.

Terlalu banyak ingin dikongsikan berkaitan pengalaman di Shanghai kerana kehadiran saya di sini adalah bertugas demi syarikat dan negara dalam pembangunan ekosistem Fintech dan Blockchain.

P.S:- Gambar malam terakhir gaya 'Kongsi Gelap' sebelum ke airport di tengah Bandar Shanghai.

#shanghai #fintech #blockchain #financialhub #lendit

Apabila IPO bertemu ICO dan Alex Tapscott yang saya kenali.

Sunday 3 September 2017

Saya sertakan sekali link artikel yang cukup menarik dari Coindesk berkaitan sinergi antara dunia konvensional (IPO) apabila bertemu dengan dunia disruptive ecosystem (ICO) yang menjadi trending sedunia masa kini. Artikel dari Coindesk ini menceritakan vision Alex Tapscott yang merupakan penasihat kepada World  Economic Forum (WEF) berkaitan dunia Blockchain. Buku penulisan beliau bertajuk "Blockchain Revolution" tercetak 15 juta salinan dan diterjemahkan kepada lebih 10 bahasa dan negara di seluruh dunia.

Untuk mendapatkan beliau sebagai keynote speaker haruslah disediakan honororium sebanyak USD50,000 hingga USD100,000 per hour! Ayah beliau adalah Don Tapscott penulis buku dan pakar ekonomi terkenal dunia yang menulis buku "Wikinomic" dan ikon legenda yang mencipta istilah Gen X, Gen Y, Gen Z untuk kategori generasi-generasi yang ada di dunia masakini. Dan yang paling menarik saya berpeluang bertemu, berbual, mendengar buah pemikiran kedua-duanya ayah (di Acara Global Economic Summit 2015@KLCC) dan anak (LendIt Event 2017 @ Shanghai) yang merupakan events world class level yang sangat eksklusif !

Di Shanghai, China pertemuan saya dan Tuan Arai Bin Ezzra dengan Alex Tapscott adalah secara personal dan private meeting yang mengambil masa hampir satu jam bersama beliau memfokuskan kepada perkembangan blockchain dan ICO di seluruh dunia dan bersama tuan Arai Bin Ezzra kami memperkenalkan teknologi blockchain payment gateway dari Malaysia kepada beliau. Saya akan ceritakan nanti lebih lanjut pengalaman menarik berkaitan pertemuan yang sangat powerful dan penuh sejarah dengan Alex Tapscott ini nanti.

Berbalik kepada artikel Coindesk ini, Alex Tapscott yang merupakan ikon blockchain dunia yang mempunyai background undang-undang (beliau bukan programmer atau pakar IT/Coding) seperti saya melihat dengan penuh yakin bahawa sinergi antara dua dunia IPO dan ICO ini perlu digabungkan dan dimulakan dengan pendekatan konvensional iaitu penyenaraian di Bursa saham Canada. Secara peribadi beliau ingin melihat negara kelahiran beliau Canada sebagai negara yang advance untuk inisiatif ini (mungkin jiwa nasionalisme yang kuat demi tanahair beliau dan Canada juga adalah negara maju).

Beliau membawa inisiatif Nextblock Global yang dibangunkan beliau yang mengumpulkan pemain-pemain utama dunia dalam dunia Digital Assets termasuk ICOs menurut beliau mempunyai pertumbuhan ekonomi (Market Cap) 750% sejak 12 bulan yang lepas sehingga sekarang. Menurut CoinDesk data, blockchain projects telah mengumpulkan dana USD1.5 billion melalui ICOs sepanjang July, termasuk USD500 million sepanjang 30 hari yang lepas sehingga hari ini.

Nextblock Global yang diasaskan beliau mengumpulkan portfolio organisasi-organisasi yang terlibat dengan blockchain ecosystem yang mempunyai kekuatan pembangunan ICO yang hebat seperti Augur, Golem, Humaniq, ZCash, KIK dan banyak lagi. Vision Alex Tapscott jelas iaitu membuat 'bridge' antara dua dunia konvensional dan disruptive melalui penyenaraian "Toronto Stock Exchange" Canada organisasi beliau iaitu Nextblock Global. Ini bertujuan supaya dunia ICO tidak lagi kelihatan seperti movement underground dan beliau melihat ini adalah langkah terbaik untuk membentuk "indirect awareness".

Saya membaca hampir keseluruhan buku-buku tulisan ayah beliau (Don Tapscott) dan buku beliau. Saya melihat Alex Tapscott sedang meletakkan diri beliau sebagai "Pembangun Pool of investors" terulung dalam dunia ICO dengan membangunkan awareness di kalangan investors konvensional melalui penjualan token ICO sebagai suatu yang diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Sangat menghargai peluang bertemu beliau melalui kepercayaan yang diberikan oleh Tuan Azrai Ezzra yang merupakan anak Malaysia yang sedang mencipta nama dalam dunia Crypto dan ICO dari dunia ASEAN. Alex Tapscott juga menghargai kekuatan pembangunan teknologi blockchain yang dibangunkan Tuan Arai Bin Ezzra melalui aplikasi Blockchains.My.

Saya kongsikan di sini visi Alex Tapscott apabila ditanya mengapa mahu menggabungkan dua dunia yang berbeza ini iaitu ICO dan IPO?

""If we're going to be successful in migrating all traditional assets – bonds, interest royalties, deeds, titles, etc – into digital assets that are built on top of blockchain technology, then we’re going to have to interact closely with the people who lead in that field today, lead in the traditional world today."

Elakkan konflik dan mari kita berkolaborasi. Dunia ICO masih kecil dan kebanyakkannya 'unregulated' berbanding dunia konvensional IPO yang sangat gah dan sangat hebat buat masa ini. Saya bersetuju 100% dengan visi beliau!

P.S:- Saya bertemu Alex Tapscott di Shanghai, China pada July 15-16 yang lepas di LendIt Event yang merupakan Event Fintech terbesar di dunia yang meletakkan blockchain antara skop utama perbincangan.

Kenangan di ICOFA 2017.

Bergambar kenangan bersama Team blockchains.my dan para professors dari pelbagai universiti yang menyertai Exhibition di International Conference on the Future of ASEAN (ICOFA) 2017 dan The International Conference and Competition on Teaching and Learning (i-TeLearN) 2017 yang berlangsung serentak di dua venues yang berbeza di Star Complex dan Seri Semarak Hall UiTM Perlis Hall yang diserikan juga dengan kehadiran Crown Prince of Perlis.

Kedua-dua acara besar world class ini  dilaksanakan 2 tahun sekali (2015 & 2017). ICOFA 2017 memfokuskan kepada presentation pakar-pakar Profs/Dr PHD dalam pelbagai bidang teknologi seperti IT, Transportation, Biotech, Medical, Education dari universiti-universiti di rantau ASEAN. Manakala i-TeLearN 2017 pula merupakan competition untuk teknik dan contents pengajaran tahap universiti juga dari rantau ASEAN.

Sebagai alumni UiTM, sangat berbangga dengan inisiatif dari UiTM yang menghimpunkan kepakaran dari ASEAN yang berkumpul dan bertukar-tukar idea pembangunan teknologi dari perspektif Intelektual dan Academicians. Tuan Arai Bin Ezzra mewakili kepakaran dari dunia blockchain di events ini sebagai keynote speaker. Dan presentations pakar-pakar ini akan dimasukkan dalam Publication SPRINGER.

Dan kedua-dua events ICOFA dan i-TeLearN ini juga disertai SPRINGER sebuah syarikat publication yang sudah berusia 175 tahun dan telah published beribu journals dan lebih 200 ribu buku .

#icofa2017 #itelearn2017 #bcmy #blockchain #fintech

Kawan Hebat vs Kawan Tak Hebat..

Mempunyai sahabat-sahabat yang hebat adalah suatu kelebihan. Namun punyai kawan-kawan yang tidak hebat bukanlah suatu kekurangan.

Kadang kala kawan-kawan yang dikatakan    tak hebat inilah yang benar-benar menyanjungi kita, menyayangi kita dan benar-benar ikhlas ingin bersahabat dengan kita.

Namun jangan pula anda rasa rendah diri atau rendah hati dengan kawan-kawan yang hebat ini. Janganlah pula meremehkan kawan-kawan yang kelihatan tidak hebat ini.Yang kita lihat biasa-biasa.

Tiada manusia yang sempurna. Bukanlah kerana dia hebat maka dia seorang yang mulia di sisi Tuhan.Belum tentu. Yang kelihatan tidak hebat itu mungkin punyai hati nurani yang sangat suci dan ikhlas.

Tonjolkan sisi kekuatan kita, positifkan minda kita setiap masa, walaupun kita rasa kita tidaklah sehebat mana, akan tetap ada kawan-kawan yang pandang kita hebat dari dekat mahu pun dari jauh jika kita sentiasa berminda positif dengan ingatan yang senantiasa berpusat pada Allah dan kekasih-Nya Rasulullah.

Yang paling penting, kita sendiri tahu di mana kehebatan kita. Kehebatan kita sebenarnya, neracanya adalah kehebatan kita mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya di kala makhluk Allah lain nampak mahu pun tidak nampak.Sama ada di waktu siang mahu pun dalam gelap gelita...

Itulah namanya IKHLAS...

Inspirasi intipati ucapan Mark Zuckerberg di Harvard paling latest.

Thursday 25 May 2017

Berpeluang mendengar ucapan khas dari Mark Zuckerberg secara life dari Harvard University sempena Konvokesyen 2017 tadi memberikan saya suatu inspirasi yang sangat dekat dengan hati saya.

Beliau menekankan setiap orang perlu ada 'purpose' dalam kehidupan. Nilai hidup bukan lagi pada soal materialistik atau 'hasil' yang dinilai pada GDP dan sebagainya semata-mata.

Beliau juga mengatakan bahawa setiap perkara baik yang berimpian dan bervisi besar sudah pasti akan dikecam orang malahan akan dianggap sebagai idea gila. Jadi jangan ambil peduli dengan kecaman orang sekeliling yang ingin jatuhkan diri kita kerana idea besar apatah lagi jika belum diketahui orang memang akan ditakuti dan mendatangkan cercaan. Bersedialah untuk disalahfahami oleh orang lain di atas visi anda yang hebat itu.

Teruskan untuk hidupkan idea yang baik tanpa berlengah lagi sebab jika terlalu lama berfikir untuk bertindak tiada gunanya. Ramai orang ada idea tapi yang paling penting bagaimana bermula menghidupkan idea itu dan jadikan idea itu kenyataan. Bertindak segera dari idea yang baik dan jangan risau menghadapi  kegagalan.

Beliau sendiri ketika membangunkan Facebook menghadapi pelbagai kesukaran termasuklah ditinggalkan rakan seperjuangan ketika menolak tawaran jutaan USD waktu itu oleh investor yang ingin membeli Facebook yang dibangunkan beliau.

Nasihat beliau kepada usahawan jangan hanya berfikir untuk bangunkan syarikat sahaja demi keuntungan, tapi yang paling penting membina 'IMPAK' dari nilai keusahawanan itu.

Beliau kata lagi hiduplah untuk berkongsi. Tidak semestinya perlu bagi duit, paling kurang seminggu cuba beri 2 jam dari aspek sumbangan ilmu dan motivasi. Ubahlah persekitaran tempat anda sebelum berfikir untuk ubah dunia.

Kata beliau lagi generasi baharu millinneal bukan lagi terikat dengan faktor sempadan negara, bangsa, agama, sehingga kita saling mencurigai dan hidup terpisah. Kita adalah 'Citizen of the world' yang perlu berkongsi purpose hidup bermakna bersama orang lain.

Beliau dari dulu berimpian untuk menghubungkan setiap orang dengan mudah, cepat dan percuma dan impian itu tercapai dari dorm asramanya di Harvard. Isteri beliau merupakan inspirasi utamanya untuk beliau lebih bersifat kemanusiaan dan berkali-kali beliau menyebut nama isteri beliau ketika di Harvard tadi (isteri beliau Priscilla juga graduated dari Harvard).

Mark adalah insan technopreneur yang juga  hebat sebagai orator, motivator dan philantropist hebat. Moga suatu hari saya juga dapat belajar di Harvard. Aamiin.

Kisah Arwah Atuk Saya.

Wednesday 26 April 2017

Gambar arwah atuk masa muda. Bahari Bin Said (1928-2012) . Kisah hidup atuk sedang aku siapkan dalam artikel terbaru aku yang bertajuk, "Kisah aku, atuk dan rakyat marhaen". Aku pernah tinggal di rumah atuk selama 3 tahun ketika zaman bujang dulu-dulu.

Atuk selalu bercerita kisah beliau ketika muda remaja. Ketika kanak-kanak. Keturunan kami dari mana dan banyak lagi kisah hidup yang sungguh manis kenangannya ketika aku bersama beliau. Moyang kepada arwah atuk bernama Raden Mas Ayu.

Orang jawa bangsawan yang berkahwin dengan orang biasa kemudian bawa diri ke Johor/Temasek. Raden Mas Ayu berjiwan rakyat dan sangat cantik..

( Kisah Raden Mas Ayu ada persamaan seperti atuk cerita di sini :-http://www.rudyherman.com/2009/10/raden-mas-lambang-wanita-suci/ ) 

Kemudian zaman remaja atuk yang pernah jadi peon kepada kerani lawyer. Atuk yang suka bermain bola sepak sebagai defender. Ayah atuk seorang kerani lawyer. Atuk juga pernah bawa beca zaman Jepun dan boleh bercakap bahasa Jepun.

Atuk ada cerita tentang kisah Panglima Saleh. Atuk juga pernah menjadi warden penjara di Singapura. Banyak sangat kisah-kisah menarik atuk yang aku tahu melalui beliau. Aku mula terasa sebak bila ingat atuk. Orang biasa tapi mempunyai pengalaman yang cukup luar biasa. Atuk melalui zaman British, Jepun, Komunis dan banyak sungguh dia berkongsi dengan aku.

Atuk suka ketawa dan berjenaka. Atuk sangat suka bersenam, makan jamu dan makanan kesihatan.Suka bersedekah dan suka bagi binatang makan. Atuk sangat peramah dan tinggi budi bahasa. Anak aku lahir saja atuk tengah sakit-sakit datang ziarah my baby di Kuantan awal tahun 2012. Cerita yang lebih detail akan kutulis dalam satu artikel "Memoir atuk 1928-2012"....

Mengapa ramai orang benci MLM?

Thursday 20 April 2017

Seperti yang dijanjikan berminggu-minggu yang lepas aku hendak nukilkan isu ini yang sedang hangat di pasaran ini. Isu ini subjektif, ramai yang aku maksudkan ini tidak ada fakta dan statistk yang cukup. Adakah majoriti rakyat Malaysia benci MLM ? Aku tak pasti, aku hanya menulis mengikut pengalaman peribadi dan secara mengikut kata hati dan nuraniku sahaja.

Cumanya sedikit fakta yang aku ambil dari buku tulisan Norziati Mohd Rosman bertajuk Buat Duit Dengan MLM terbitan PTS ; Beliau menyebut jumlah pulangan jualan dalam industri MLM di Malaysia adalah sebanyak RM6.6 bilion dan 35 peratus jutawan di Malaysia adalah jutawan MLM statistik pada tahun 2005! Dan sekarang dah tahun 2010 mungkin makin bertambah jumlah jutawan di Malaysia dari kalangan pejuang-pejuang MLM! Hebat dan aku bangga jadi sebahagian pejuang-pejuang MLM di Malaysia.

Secara umumnya menurut pendapat peribadiku. Ini sebab-sebabnya orang benci MLM.

1. MLM banyak menipu, labur duit lepas itu lesap!
2. MLM ni kena kerja sampai larut malam tinggal anak bini!
3. MLM ni kena paksa-paksa orang jadi ahli.
4. MLM ni dah banyak sangat orang masuk.
5. MLM mengayakan orang atas.
6. Tidak ikhlas berjumpa saudara atau kawan. Bila berjumpa ingat hendak bertanya khabar? Tapi rupa-rupanya nak suruh jadi downline.
7. Produk MLM mahal berbanding di pasaran.
8. Jadi ahli MLM nanti terikat dengan stokis. Kalau pergi TESCO dapat banyak pilihan.
9. Ditipu dengan bekerja dengan kesesuaian masa tapi bila join MLM busy semacam saja.
10. MLM susah kena cari downline!

Dan ini adalah jawapannya kepada isu-isu benci di atas. Aku jawab secara umum dahulu. MLM bukan paksaan! MLM adalah cabang dari pelbagai jenis perniagaan! Aku rasa sebagaimana aku menulis 10 hujah di atas, aku akan jawab juga mengikut turutan nombor.

Jawapan-jawapannya:-

1. Kenal pasti MLM itu menipu atau tidak. Mudah sahaja, pergi di website KPDN dan klik disini-http://www.kpdnkk.gov.my/ajl/jos_ajllist.php terus saja semak samada company yang ingin disertai itu ada AJL atau tidak. Sebenarnya nama MLM dirosakkan oleh sindiket yang menggunakan topeng MLM, sebenarnya mereka ini skim cepat kaya, skim piramid.

Aku tidak menghukum puak-puak sebegini, tapi kalau dah terang-terang tiada dalam list KPDN engkau orang nak join juga terpulang. Paling mudah nak kesan bila mereka guna ayat-ayat sebegini,”Labur duit tunggulah sebulan dua duit kamu akan berganda, tidak perlu cari downline, tidak perlu jual barang, goyang kaki sahaja.” Memang best bisnes macam ini, tabur duit lepas itu goyang kaki duit masuk dengan mudahnya. Aku tetap dengan pendirian konvensional aku, MLM tulen perlu company profile yang kuat, marketing plan yang adil dan boleh difahami dan produk yang perlu dijual dengan usaha dan strategi yang betul.

2. Semuanya bergantung pada diri sendiri untuk urus masa dengan baik. Kerja konvensional semuanya memang tak balik malam ke? MLM dibuat pada waktu malam untuk beri peluang kepada mereka yang buat secara part time dan bekerja di siang hari.

3. Tiada paksaan dalam MLM, approach berbeza mengikut peribadi dan personaliti penggerak-penggerak MLM itu sendiri. Menghukum MLM disebabkan oleh sikap ahli-ahlinya adalah tidak adil sama sekali.

4. MLM menjual produk dan peluang. Manakala kebanyakan produk MLM adalah bersifat repeat sales dan akan ada penambahan produk. Disebabkan di dunia ini secara hukum alamnya disebabkan ada laki dan perempuan, maka manusia akan bertambah dan bila manusia bertambah di situlah peluang untuk kita menjual dan memasarkan apa jua jenis dan sistem perniagaan di muka bumi ini.

5. MLM memang mengayakan orang atas sebagaimana bisnes konvensional lain mengayakan bos atau share holders perniagaan. Konsep perniagaan memang sebegitu. Siapa di atas dia akan untung. Yang menjadi isu di sini apabila kita mengayakan orang di atas adakah orang di atas akan mengayakan kita atau menjutawankan kita seperti mereka di atas. MLM ada jawapan kepada permasalahan untuk jadi jutawan ini.

6. Ini paling kerap didengar, ikhlas tak ikhlas biarlah Allah yang menghukum, pendekatan saya pendekatan berhikmah, bila bertemu dengan kawan-kawan yang lama tak ketemu biasanya perbualan berkisar F.O.R.M atau bahasa penuhnya Family, Occupation, Recreation, Money. Jadi bila ada panduan F.O.R.M ini gunakanlah pendekatan masing-masing untuk cerita peluang perniagaan yang diceburi. Tidak kira MLM atau konvensional bisnes perbincangan yang berlegar pada perkara FORM ini akan memudahkan kita untuk berkongsi peluang perniagaan.

7. Mahal tak mahal adalah subjektif bergantung pada kemampuan prospek kita. Misalannya ada produk alternatif MLM itu yang pernah saya jual berharga ratus-ratus tapi disebabkan kemujarabannya menyebabkan prospek saya itu sembuh dan jimat dari kos ribu-ribu yang dikenakan oleh klinik-klinik pakar. Segalanya bergantung pada kemampuan prospek dan produk kesihatan MLM biasanya melalui tahap-tahap kajian yang mendalam dan tidak terdapat di Pusat Rawatan Konvensional.

8. Soal terikat dengan stokis itu terpulang pada ahli MLM iu sendiri, mereka dah dapat rasa dengan beli barang keperluan dari stokis mereka dapat bonus, diskaun dan produk sangat berkualiti adalah tidak salah untuk mereka mengikat diri mereka dengan stokis. Dan memang konsep MLM untuk menjadikan produk mereka pengganti pada produk-produk konvensional di pasaran.

Itu adalah persaingan sihat dalam perniagaan dan kini company seperti TESCO, JUSCO dah mula ikut konsep MLM dengan memberi rewards pada pelanggan setia mereka yang membeli secara banyak di super market mereka. Sedangkan dalam MLM beli produk syarikat pelbagai reward menanti dan jika kita mendidik downline kita supaya tukar barangan harian kepada produk MLM bonusnya akan berlipat ganda hingga mencapai tahap menjadi jutawan pun ada.

9. Seperti isu nombor 2 segalanya kembali kepada pengurusan masa individu. Kebebasan masa memang dapat dijamin sebab konsep e-wallet, e-commerce memberikan kemudahan pada ahli untuk membeli produk secara online dan menyemak bonus harian dan bulanan melalui internet sahaja.

10. Isu mencari downline adalah normal sahaja bagi aku. Semua business kena mencari customer. Tidak kira bisnes peringkat korporat besar, bisnes peringkat antarabangsa, pokok pangkalnya kena cari CUSTOMERS! Downline kita adalah pelanggan dan juga rakan niaga kita. Kalau kita jadi guru misalnya, pelanggan kita adalah anak murid, begitu juga pensyarah pelanggannya adalah siswa dan siswi. Guru dan pensyarah juga perlu memastikan kelas pengajian mereka dihadiri anak-anak murid mereka, jika anak-anak murid tiada, mereka tiada kerja dan mungkin akan dipersoalkan kredibiliti mereka di pihak pengurusan sekolah atau unversiti.

Dalam konteks Usahawan MLM, downline adalah rakan niaga,pelanggan dan sumber pemasaran duplikasi mereka. Tiada downline bererti tiada bisnes.

Penutup:-

Syukur, dapat juga akan tunaikan janjiku untuk menjawab persoalan mengenai mengapa ramai benci MLM. Semoga artikel tidak seberapa ini membantu usahawan MLM yang lain untuk terus berjuang mengejar kejayaan di lapangan MLM. Akhirul kalam. Jumpa anda di puncak jaya! Jaya dunia, jaya akhirat. Wassalam.

Pengalaman Tahun 2015 di Pesta Wirausaha 2015.

Thursday 13 April 2017

Di Pesta Wirausaha Indonesia yang berlangsung April baru-baru ini berjaya menghimpunkan 5000 entrepreneurs, 15,000 visitors, 251 booths yang dibuka dan disertai lebih 35 speakers local dan international.

Saya juga di temuramah oleh team editorial Majalah Remaja Kuntum yang beribu pejabat di Jogjakarta (gambar di bawah adalah gambar saya bersama team editorial Majalah Kuntum).

Saya diminta menulis artikel berkaitan mindsetting keusahawanan untuk anak-anak remaja di Indonesia di Majalah Kuntum dan membuat program Jelajah Motivasi Usahawan di seluruh Indonesia bersama Majalah Kuntum.

Alangkah indahnya jika ada Majalah sebegini di Malaysia ingin membuat kerjasama begini dengan saya. Namun rezeki Allah itu luas. Warga Indonesia sangat menghargai peluang dan ruang gagasan "Social Entrepreneurship" yang dibawa oleh saya. Saya akan buat terbaik di sana InsyaAllah.

P.S:-  Untuk program motivasi keusahawanan yang dijalankan oleh saya di Indonesia boleh hubungi manager saya saudari Ayu May Fakih . Beliau diamanahkan untuk membuat promosi dan timetable program saya di Indonesia.

SEMINAR KOMUNIKASI IMPAK MAKSIMA (SKIM 2017) KINI KEMBALI!!!

APAKAH ANDA ??

Merasa takut, dan tertekan saat berbicara di depan khalayak ramai ?

Apakah tekak Anda menjadi kering, tubuh gementar, jantung berdebar dan keluar peluh saat berbicara di depan khalayak ?

Menolak jika diminta berbicara di hadapan banyak orang kerana malu, dan gugup ?

Pernah ingin lari dari sebuah program dan mesyuarat kerana perlu berbicara di depan publik ?

Pernah ditertawakan orang lain karena kemampuan berbicara Anda yang tidak lancar ?

APAKAH ANDA INGIN ?!

Tampil Percaya diri dengan self esteem yang tinggi, Berani, Tenang & Mantap saat berhadapan khalayak ramai ?

Boleh berbicara selayaknya gaya seorang profesional dan handal (Great Speaker) ?

Boleh tampil memukau dan menarik para audiens ?

Mahir dan lancar berbicara di hadapan umum dengan baik sekalipun tanpa persiapan ?

Boleh menyusun atur presentation yang jelas dalam waktu singkat ?

Boleh mencairkan (Ice Breaking) dan menghidupkan (Energizer) suasana ?

Boleh meyakinkan customer, partner bisnes, atasan, bawahan & rakan kerja Bisnes Anda ?

PM saya laju-laju di sini kerana SEMINAR KOMUNIKASI IMPAK MAKSIMA di bawah kelolaan saya akan menemui anda dalam masa yang terdekat ini! 

Yuran penyertaan dengan diskaun 20% kepada sesiapa yang response di Facebook saya ini!

Sekarang!

NOW or NEVER!

[Coach Effendy Zulkifly]
Pakar Komunikasi Impak Maksima
+6019 3009262 (What's app)

Blockchains.my suatu revolusi transaksi kewangan dunia.

Saturday 8 April 2017

Blokckchains.my adalah satu revolusi dalam dunia transaksi kewangan yang melibatkan semua aspek kehidupan. Sesiapa saja di ceruk rantau dunia memerlukan wang dan pertukaran transaksi untuk memenuhi keperluan hidup.

Bagi sang usahawan di peringkat antarabangsa, transaksi kewangan melalui sistem perbankan konvensional selalunya akan melibatkan 'transfer fee' yang agak tinggi. Malahan interbank international transaction melibatkan masa yang lama menjangkau 72 jam / 3 hari.

Malahan beberapa tahun yang lepas, dunia dikejutkan dengan isu security melibatkan organisasi Financial Institution seperti Standard Chartered China yang telah diceroboh hacker melibatkan kerugian 200 juta USD.

Blockchain Technology mempunyai solusi kepada permasalahan tersebut iaitu:-

1. Transaction duration yang lama (transaction hanya dalam beberapa saat sahaja).

2. Transfer fee yang mahal (jimat lebih 70% dari kos transfer fee oleh bank konvensional).

3. Isu security (hampir mustahil untuk kena hack).

Generasi masakini lebih advance kerana mereka memperjuangkan hak transaksi nilai wang adalah hak P2P (peer to peer) yang sepatutnya perlulah 'decentralize' dan tidak dikenakan charge yang mahal.

Sistem perbankan konvensional perlu memikirkan isu ini jika mahu terus kekal relevan di kalangan generasi masakini. Pembangunan FinTech selari dengan kepesatan pembangunan teknologi blockchain haruslah mempunyai hubungan yang harmonis dalam keseluruhan ekosistem kewangan dunia.

Blockchains.my adalah 'Decentralized Digital Wallet yang berada dalam senarai Top 50 Finalists di kalangan ratusan syarikat yang membawa teknologi inovasi dalam SwissInnovation Challenge Asia 2017 yang melibatkan kerjasama penilaian dari pakar-pakar dari kalangan para akademik dan industri dari Switzerland dan Malaysia (UTM).

InsyaAllah. Banyak lagi perkhabaran gembira akan dibawa oleh blockchains.my kepada rakyat Malaysia khasnya dan masyarakat dunia umumnya.

Diari di Bandung 2015.

Saya sekarang masih di Kota Bandung @ 'Paris Van Java' Indonesia!

Alhamdulillah saya masih lagi di Kota Bandung membuat pelbagai diskusi, perbincangan, terlibat dengan jemputan mengajar, memberi motivasi berkaitan hal-hal perniagaan, isu social enterpreneurship, innovation activism dan digital currency di merata tempat di Kota Bandung.

Saya sebenarnya sudah berada di Indonesia sejak 27 March yang lepas bermula di Jakarta dan telah berada di Indonesia keseluruhannya selama hampir 2 minggu menghadiri Program Seminar Antarabangsa berkaitan Digital Currency(28-29 Mac) dan Pesta Wirausaha Indonesia 2015(3-5 April) di Jakarta (wirausaha=usahawan).

Di Kota Bandung juga saya berkesempatan bertemu dengan ulama-ulama dan tokoh-tokoh intelektual untuk mendalami ilmu agama, muzakarah dan mendapatkan pengisian rohani. Saya juga terlibat dengan projek event terbesar tahun ini di Kota Bandung yang melibatkan kehadiran dan partisipasi Walikota/Governor Kota Bandung iaitu Bapak Ridwan Kamil Untuk Bandung dan para usahawan atau wirausaha hebat seluruh Bandung.

Program ini akan melibatkan dua Kota besar iaitu Putrajaya - Bandung dan saya sebagai Ketua Jawatankuasa dari Malaysia. Program ini dinamakan SANFEST (Sancang Festival) yang akan berlangsung secara gilang gemilang di Kota Bandung pada Jun hingga Julai 2015 ini. Tema program SANFEST ini adalah 'Eat-Pray-Peace-Summit' yang melibatkan Pusat Kota Bandung dan Putrajaya.

Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat di Malaysia yang tidak dapat bertemu saya sejak awal tahun 2015 kerana banyak masa saya dihabiskan dari awal tahun di Indonesia.

Saya mohon doa sahabat-sahabat dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore dan seluruh ASEAN agar misi saya membawa agenda memperkuatkan dan mempromosi warna-warni semangat muhibbah ASEAN dipermudahkan, berjalan lancar dan peroleh kejayaan.

P.S:- Perkembangan saya yang detail setiap hari secara bergambar boleh ikuti Facebook Dato' Dzulkarnain Taib yang bersama saya sepanjang masa membuat networking business dan liputan media di Kota Bandung.

Effendy Zulkifly,
Usahawan dan Inovator Sosial ASEAN
Rumah Tawa, Taman Siswa Kota Bandung
'Paris Van Java'.
8 April 2015
2.02 am

Kisah Gerai Nasi Kukus Ayam Berempah.

Berniaga makanan dengan harga murah untuk keberkatan dan menyelesaikan masalah masyarakat.

Antara perkara yang perlu diberikan penekanan dan juga sebagai prinsip kepada para peniaga adalah konsep berniaga untuk selesaikan masalah masyarakat dan mendapatkan keberkatan.

Semalam singgah makan tengah hari di sebuah kedai makan berhadapan Bangunan Menara Yayasan Selangor (ada Maybank dalam bangunan itu) Jalan Raja Muda, KL. Nasi kukus ayam berempah adalah menu utama yang dijual hanya RM3.50.

Manakala air minuman adalah layan diri. Diletaknya pelbagai jenis air seperti teh o, sirap, bandung dan ais dan layan diri. Limau nipis juga disediakan dalam mangkuk untuk dibuat teh o ais limau misalnya.

Kos saya makan dan minum ialah RM3.50 nasi kukus ayam berempah dan RM1.30 teh o ais limau buat sendiri. Semuanya RM4.80 sahaja!

Saya membuat analisis mengenai kedai tersebut ialah kawasan rumahnya dibuat restoran dan market mereka ialah mahasiswa di Universiti Swasta yang berhampiran. Menu mereka ialah OMR iaitu One Menu Receipe.

Jualan mereka mesti tidak lari minimum 200 hidangan setiap hari. RM5 × 200 = RM1000. Kiraan kasar saya untung kasar adalah 50% dari nilai jualan bersamaan RM500 sehari. Jika sebulan mereka mendapat RM500x30 = RM15,000 sebulan! Sama dengan gaji bulanan Ahli Parlimen Malaysia!

Kisah Gerai Ustaz Jual Taufu Fa.

Di kawasan rumah saya di kawasan Sungai Tangkas berdekatan Universiti Kebangsaan Malaysia , Bangi pula. Ada seorang ustaz ini menjual makanan dan minuman berasaskan soya seperti taufu fa dan air soya.

Beliau maintain jual setiap jenis makanan dan minuman di gerai beliau hanya RM1 sahaja! Bila saya tanya GST tak charge? Beliau kata GST absorb sekali dalam harga sambil ketawa sahaja.

Beliau mula berniaga selepas Asar dan Waktu Maghrib beliau terus ke masjid berdekatan meninggalkan gerai beliau begitu sahaja. Saya yakin ustaz ini orang soleh dan baik hatinya. Setiap kali balik rumah singgah kedai beliau saya akan membeli di kedia beliau.

The Moral Values.

Di dunia ini yang dikatakan zalim, kejam dan sungguh menekan perasaan dalam survival kehidupan terutama di kawasan bandar masih lagi wujud insan-insan peniaga sebegini yang berniaga bukan semata-mata mahu untung berlebihan tetapi menyelesaikan dan memudahkan kehidupan orang lain.

InsyaAllah ada keberkatan di situ dan ada kemanisan iman dimiliki mereka kerana sudah pasti ramai orang yang mendoakan mereka. Alhamdulillah.

Beberapa tips di Indonesia.

Wednesday 29 March 2017

Jika naik teksi pilihlah teksi Syarikat Blue Bird. Sebagai contoh, di Airport Jakarta ni walaupun teksi lain berlambak di airport ni, semua orang tetap sanggup beratur panjang demi menanti teksi Blue Bird.

Satu lagi duit kecil kena standby cukup-cukup sebab bila bayar duit makan atau teksi mereka beri alasan wang kecil tiada. Kalau 100 kali traksaksi, wang kecil pun jadi besar.

Lainlah kalau saya sekaya bos saya Sifu Norzairy Mohd Noor, semuanya "Keep the change". Hehe.

P.S:- Mood nak update facebook bertimpa-timpa sebab bosan keseorangan tunggu Blue Bird taxi.

Guru Pidato Saya.

Tuesday 28 March 2017

Di kelas Akademi Pidato Profesional Malaysia di bawah bimbingan Guru Pidato saya Dato'Dr Syed Ahmad setiap Isnin malam Selasa di Shah Alam, saya mempertajamkan lagi teknik berpidato saya untuk memastikan penyampaian saya untuk modul "Komunikasi Impak Maksima" saya lebih kemas dan menarik.

Saya mula belajar pidato Nusantara dengan beliau sejak tahun 2005 hingga tahun 2011 secara aktif. Dato' Dr Syed Ahmad adalah pemidato hebat juga merupakan seorang motivator dan jutawan dalam bidang insurans ketika tahun 1990-an dulu. Bermula awal tahun 2000 beliau fokus kepada mengajar pidato dan juga membuat events motivasi dan keusahawanan sehingga kini.

Melalui ilmu pidato yang saya pelajari dari beliau saya kembangkan dengan modul "Komunikasi Impak Maksima" yang menggabungkan kekuatan komunikasi verbal, non verbal, komunikasi teknologi IT dan media sosial  seperti facebook, twitter, youtube, instagram. Saya juga kembangkan ilmu pidato beliau untuk teknik closing sales dan menjadi pakar seni jualan dengan memikat dan memukau para prospek dan pelanggan.

Saya juga mengajar cara untuk bercakap di televisyen dan radio yang memerlukan teknik dan tips tertentu. Ilmu pidato dari Dato Dr Syed Ahmad ini sangat berharga dan syukur pada Allah saya dapat kembali mendalami ilmu pidato ini bersama Mahaguru Pidato terbaik level dunia!

#mahaguru #pidato #nusantara #motivasi

Formal Presentation on Blockchain Technology to Government Link Company.

Saturday 25 March 2017

Sepanjang Bulan Mac 2017 ini, pelbagai siri pertemuan dan diskusi berkaitan teknologi Blockchain dan Ekosistem FinTech menjadi fokus utama kepada team kami.

Jemputan presentation mengenai Blockchain Technology dan FinTech Ecosystem datang dari pelbagai organisasi mahupun individu samada di peringkat local mahupun antarabangsa. Teknologi Blockchain ini dikatakan 'The Next Big Thing' selepas Teknologi Internet ketika di awal penggunaannya.

Pengalaman paling menarik adalah menghadiri satu meeting yang sangat formal yang sepatutnya berlangsung dalam masa satu jam bertukar menjadi tiga jam. Kami berpeluang membuat presentation khas bagaimana teknologi blockchain dan FinTech boleh membantu menyelesaikan dan menjadi inovasi penambahbaikan organisasi seperti agensi GLC di Melaka ini.

Kehadiran kesemua ahli Board of Directors (Top Management) bersama Team IT mereka memang sangat mengujakan kami.

Antara isi-isi penting diskusi yang dapat saya share di sini berkaitan pembentangan mengenai blockchain kami ialah:-

1. Blockchain adalah teknologi yang menggabungkan segala jenis pangkalan data dan kriptografi untuk bertindak sebagai platform pemindahan pelbagai urusan dengan pantas, selamat dan menjimatkan kos.

2. Teknologi blockchain sebagai alternatif yang lebih ekonomikal dalam pemindahan nilai wang kerana ia tidak memerlukan pihak ketiga sebagai perantara di samping menghapuskan kos tinggi proses penyelarasan semula.

3. Pelbagai objek bernilai boleh ditransaksikan menggunakan platform ini seperti wang, hasil seni dan kontrak. Namun begitu, sehingga kini, hanya mata wang crypto paling kerap menggunakan teknologi terbabit.

4. Selain berfungsi sebagai landasan untuk urusan kewangan seperti pemindahan wang dan pembayaran, blockchain juga dicipta untuk pengurusan pemindahan data yang efektif, pantas , selamat dari manipulasi hacker atau pengubahan info maklumat secara haram yang sering berlaku dalam sistem server biasa.

5. Sektor swasta mahupun kerajaan boleh memanfaatkan teknologi blockchain ini untuk memastikan kecekapan transaksi data kerana tidak berlaku pertindihan maklumat data yang sama.

6. Data Management menggunakan blockchain ini boleh dimanfaatkan untuk menguruskan kepelbagaian rekod dalam berurusan dengan orang ramai seperti maklumat penjagaan kesihatan, pulangan cukai, info vendor contractor atau rekod pemilikan tanah.

7. Organisasi sektor awam yang amat bergantung kepada data dari urusan pentadbiran, perniagaan yang mungkin melibatkan info insurans, info kredit perbankan, data penjagaan kesihatan atau apa sahaja data seperti info alamat rumah sekalipun boleh memanfaatkan teknologi blockchain ini.

8. Blockchain ledger juga boleh menghubungkan databases antara semua department atau jabatan-jabatan kerajaan dan boleh dikongsikan sesama mereka melalui satu sumber yang sama untuk informasi data melibatkan masyarakat mahupun perniagaan.

9. Dengan itu dapat mengelakkan pengulangan carian maklumat, pendafataran sebagai contoh dalam perkhidmatan kesihatan misalnya info pesakit menjadi mudah untuk diuruskan dan data pesakit juga tidak boleh diubah. Manakala dalam industri halal misalnya para peniaga tidak boleh menipu info halal yang tertera di packaging kerana ledger blockchain tidak boleh diubah dan dimanipulasi.

Kesimpulannya.

Alhamdulillah kami berjaya membuat presentation yang betul-betul komprehensif dan sistematik.

'Payment Gateway System' yang dibangunkan syarikat kami yang memanfaatkan teknologi bockchain yang mempunyai pelbagai fungsi inovasi pelbagai pembayaran (melibatkan transaksi multi-digital currencies pertama dari Malaysia ciptaan rakyat Malaysia) dan pengurusan data juga diterima dengan baik hasil dari mesyuarat rasmi ini.

Nantikan berita gembira seterusnya dari kami!

#blockchain #fintech #paymentgateway #smartcontract #corporate

Informal Business Pitching Session.

Thursday 23 March 2017

Petangnya pula diziarahi adik-adik Technopreneur di office saya. Mereka ini diketuai oleh saudara Albark Yunus Batt selaku Co-Founder NGO Jaringan Anak Muda

Bagi saya mudah sahaja. Dalam business perlu ada 4 perkara TIME ini atau salah satu sahaja sudah cukup untuk terlibat dalam dunia keusahawanan. Tapi perlu bergerak dalam team, membuat kolaborasi dan partnership untuk melengkapkan vacuum atau loop holes atau kekurangan yang ada.

Empat perkara TIME itu ialah:-

1. Time
2. Idea
3. Money
4. Energy

Yang paling mahal dan penting ialah IDEA. Yang lain-lain itu akan datang dengan mudahnya jika basic needs IDEA itu sudah ada.

Saya telah bertemu dan membimbing ramai anak-anak muda seperti mereka dalam membentuk entrepreneurial skills, design thinking, creative thinking dan beri motivasi keusahawan kepada anak-anak muda dari seluruh dunia terutama ASEAN yang mempunyai potensi untuk menjadi usahawan berjaya.

Seringkali yang disebut adalah masalah modal, agensi yang patut membantu ambik idea mereka dan copypaste dan masalah birokrasi.

Saya kata kepada mereka, dunia ini luas. Redah sahaja cari investment tanpa berharap pada agensi jika kamu yakin idea kamu ini hebat.

Banyak sebenarnya Venture Capitalists, Angel Investors, Crowfunding Management dalam dan luar negara yang boleh ditemui dan dibentangkan idea business.

Mereka designed satu sistem 'Ticketing Vending Machine' yang sangat bagus dan sistematik dengan apps secara digital solution untuk selesaikan masalah ticketing untuk events management terutamanya untuk sukan bola sepak di stadium.

Lepas bertemu saya, mereka akan bertemu Datuk Vida Qu Puteh dan TMJ JDT untuk jual idea mereka ini. Doakan kejayaan mereka sahabat semua.

Saya rasa berbangga kerana saya orang pertama yang mereka presentasikan idea business hebat  mereka ini. InsyaAllah mereka boleh sukses. Aamiin.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KONSTRUKTIF KEPADA TV ALHIJRAH.

Monday 13 March 2017

1) Sahabat saya orang kuat TV AlHijrah Saudara Azmil Abrar meminta pandangan sahabat-sahabat untuk penambahbaikan TV AlHijrah. Hijrah maksudnya perpindahan. TV AlHijrah sudah ok dan cukup baik tapi kita mahu "Hijrah" atau "Perpindahan" dari yang BAIK kepada yang LEBIH BAIK sehingga menjadi yang TERBAIK. Aamiin InsyaAllah.

2) Bagi saya banyak lagi boleh diperbaiki sekalipun secara incremental atau berdikit dikit sekalipun tidak terlalu radikal. Saya sayang TV AlHijrah kerana TV AlHijrahlah pertama sekali dalam sejarah hidup saya, bawa saya masuk ke TV melalui Rancangan Assalamualaikum sewaktu ketika dulu.

3) Terdapat satu persepsi melalui feedback yang yang saya dapat dari sesetengah pihak ialah bila sebut TV ALHijrah ianya adalah TV untuk orang orang nasyid taste, ulama-ulama dan ustaz. Bagi saya ianya beyond dari itu.

4) Dakwah Rasulullah untuk semua insan. Saya cadangkan slot usahawan level antarabangsa diperbanyakkan.  Setting rancangan assalamualaikum misalnya boleh saja interview ikon ikon popular tanah air sekalipun bukan ustaz ke set Rancangan  Assalamualaikum misalnya.

5) Contents untuk Gen Y perlu  diperbanyakkan dalam pelbagai variasi yang lebih 'hipster'. Contohnya, trending Gen Y yang hidup nomad, backpacker macam sahabat saya Putera Sriwijaya ni sekarang merupakan trending remaja. Beliau mengembara seluruh dunia petik buah, jadi nelayan di New Zealand, naik keretapi dari China ke Rusia misalnya adalah satu inspirasi.

6) Partner business saya Dato Ahmad Zaki Jinlapudin yang merupakan Atlet Strongman Level Antarabangsa boleh diperkenalkan melalui medium TV AlHijrah. Sekarang dah jadi trending anak muda Gen Y nak jadi sado dan gagah perkasa sehingga jubah pun dah ada design slim fit untuk abang-abang sado.

7) Kaitkan juga dengan Rasulullah yang badannya tough, Saidina Ali yang gagah perkasa. Islam hanya ditonjolkan melalui cerminan ustaz yang ajar Fardhu Ain, tausiyah rohani sahaja. Ya itu penting tapi berdakwah ini satu seni. Kehenseman Rasulullah , kegagahan Rasulullah, jiwa  keusahawanan Rasulullah travel oversea dengan Pakcik Baginda ketika muda boleh juga jadi medium dakwah.

8) Ceramah-ceramah ni ok tapi kalau berlebihan dengan style lama budak-budak remaja sukar nak terima. Road show perlu  diperbanyakkan dan bawa ikon dari semua golongan bukan hanya abang-abang nasyid dan ustaz-ustaz sahaja.

9) Manfaatkan artis, strongman, ahli sukan, pemuzik, rockers, designer dan juga usahawan seperti saya (sempat promote diri sendiri). Be inclusive not exclusive.

10) Akhir sekali jemput saya selalu ke konti Rancangam Assalamualaikum selalu-selalu. Tahulah nanti saya nak promote kepada anak muda macam mana. hehe

Taraf Ekonomi Rakyat Melambangkan Kestabilan Negara!

Di Malaysia rungutan saban hari kenaikan harga barang keperluan dan makanan. Malaysia mengamalkan dasar penswastaan dan industri perkilangan untuk menguatkan ekonomi negara.

Namun adakah peluang kerja itu benar-benar menyeluruh? Dilaporkan jumlah pengangguran meningkat saban tahun ratusan ribu. Dalam masa yang sama pekerja Bangladesh mahu diambil bekerja di Malaysia.

Dasar kapitalis memang begitu. Yang penting kos buruh perlu serendah mungkin supaya keuntungan semaksima mungkin.

Tiga permasalahan di sini dikenal pasti:-

1)Harga keperluan makanan rumah yang mahal.

2)Masalah pengangguran rakyat Malaysia.

3)Kemasukan warga asing yang berlimpah ruah.

Kesannya berangkai meliputi masalah ekonomi, politik dan sosial sekaligus.

Dari segi ekonomi, pendatang asing ini yang datang ini sangat kreatif. Mereka datang bukan setakat bekerja sahaja. Tapi mereka juga berniaga dan membuat koloni perniagaan.

Saya tidak berniat mengulas dari aspek rasa iri hati mahupun cemburu. Kerana seperti kata pepatah arab,"man jadda wa jadda"  (sesiapa yang berusaha dia akan dapat).

Namun kerajaan yang dipilih rakyat harus memainkan peranan penting mengatasi kesan berangkai ini yang mendatangkan kesan negatif. Pertambahan kehadiran pendatang asing selalu berpusat di kawasan bandar yang melibatkan pembangunan bandar, rumah dan perkilangan.

Permintaan keperluan makanan yang tinggi kerana bertambahnya penduduk sesuatu tempat secara drastik menyebabkan harga makanan meningkat. Rakyat berjimat cermat dan makan makanan yang kurang nutrisi dan tidak sihat.

Masalah sosial juga berlaku kerana pendatang asing ini ramai yang berjauhan dengan isteri dan kita boleh lihat bertumbuhnya bagai cendawan pusat-pusat rumah urut haram yang menawarkan perkhidmatan seks.

Dari segi aspek politik pula kelihatannya ahli politik menyerang peribadi ahli politik pihak lawannya dengan menimbulkan isu pendatang asing juga boleh mendapatkan kad pengenalan Malaysia untuk mengundi dan timbul pelbagai persepsi berkaitan hal ini di kalangan rakyat.

Penyelesaiannya?

Penguatkuasaan di sempadan perlulah diperketatkan. Pendatang asing yang dikatakan berjuta tak dapat dikesan harus dikesan dan dihantar pulang. Perketatkan visa pelancong dan pelajar yang disalahguna.

Sektor pekerjaan di bidang 3D (dirty,dangerous,difficult) perlu dinaiktaraf dan diberi gaji setimpal dan profesional seperti di luar negara kepada rakyat tempatan.

Kerajaan perlu pertingkatkan komunikasi dengan impak maksima yang jelas dan sampai kepada grass root di kalangan rakyat supaya segala dasar kerajaan yang baik seperti perlaksanaan infrastruktur, kebajikan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan menjadi keutamaan kerajaan.

Projek mega yang tidak jelas dan tidak bermanfaat dan yang boleh merosakkan alam sekitar misalnya seperti pembalakan haram dan projek bauksit diberhentikan.

Industri Pertanian, Penanaman dan Penternakan dijadikan keutamaan supaya kita tidak perlu import bahan asas makanan dari luar lagi. Harga makanan yang murah akan membantu rakyat mempertingkatkan ekonomi melalui simpanan kewangan. Keperluan makanan bukan pilihan ianya adalah keperluan wajib.

Projek perumahan mampu milik diperbanyakkan. Rumah juga keperluan. Projek rumah mewah akhirnya menguntungkan sesetengah individu dan syarikat sahaja. Struktur gaji pekerja dan harga rumah perlu seimbang. Kerajaan perlu kawal manipulasi pemilikan rumah yang berlebihan sehinggakan rakyat marhaen ramai lagi tak mampu memiliki rumah.

Mereka yang homeless juga perlu disiasat sehingga ke akar umbi untuk tahu puncanya dan diselesaikan supaya tidak terus melarat.

Saya percaya Malaysia boleh menjadi Negara Maju hebat tidak lama lagi!

Anak Malaysia dan Teknologi Blockchain.

Saturday 11 March 2017

Suatu kebanggaan buat negara kerana kepakaran anak Malaysia dalam Industri Fenomena masa kini dalam bidang Blockchain and FinTech diiktiraf dunia.

Keynote World Blockchain Forum 2017 - Dubai ini merupakan kemuncak himpunan pakar-pakar terbaik seluruh dunia dalam bidang khusus yang berkaitan Financial Technology terutamanya melibatkan Blockchain Technology.

Secara observation personal saya, sebagaimana kelahiran awal teknologi Internet kemudiannya kelahiran Social Media seperti Facebook, applikasi Waze, Whats App, sistem aplikasi pengangkutan awam seperti Uber dan GrabCar ketika awal kelahiran teknologi ini tidak ramai yang sedar potensi mereka malahan ditentang  dan sering dipandang negatif sebelum ini sebagai 'Disruptive Technology' kepada model perniagaan konvensional yang sedia ada.

Contoh terbaik ialah GrabCar@GrabTaxi. Pada awal penubuhan dan operasi GrabTaxi, mereka dipandang sepi sahaja oleh Kerajaan Malaysia.

Pada tahun 2015, GrabTaxi Holdings Pte Ltd (“GrabTaxi” dan dikenali sebagai MyTeksi di Malaysia) mengumumkan penerimaan pembiayaan terbesar yang pernah diperoleh iaitu AS$350 juta (RM1.4 billion) daripada Coatue Management, L.L.C. (“Coatue”), sebuah firma pelaburan Amerika Syarikat

Kini sudah tiba masanya Industri Perniagaan  berasaskan Blockchain Technology akan menjadi tunjang perniagaan digital seluruh dunia.

Saya melihat kepakaran Tuan Arai Bin Ezzra dalam dunia Blockchain telah diiktiraf dunia dan sangat dihargai di luar negara. Bermula tahun 2016 lagi jemputan dari seluruh dunia di London, USA, China, Dubai dalam Internatiobal Events berkaitan Teknologi Blockchain sangat  menghargai kepakaran dan sumbangan beliau dalam pembangunan inovasi berkaitan Teknologi Blockchain ini.

Semoga Kerajaan Malaysia menghargai jasa dan sumbangan kepakaran anak Malaysia ini yang mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia.

Sayang seribu kali sayang jika kepakaran beliau ini jika akhirnya nanti boleh jadi akan lebih dihargai dunia luar kerana polisi dan mentaliti pihak autoriti di negara kita hanya bersikap 'tunggu dan lihat'.

IMEJ DAN PERSEPSI.

Friday 10 March 2017

1. Bertemu dengan sahabat-sahabat yang mula mendaki puncak kejayaan dalam business dan pekerjaan. Bila berbincang semuanya pernah merasai jatuh bangun dalam perniagaan terutama di kalangan yang bermula dari bawah bukan melalui kekayaan warisan.

2. Satu perkara yang saya nampak adalah penonjolan imej dan bagaimana mereka mahu dilihat dari persepsi orang lain dan pandangan 'internal' mereka sendiri.

3. Walau apa sahaja dugaan sekalipun dalam diri mereka percaya bahawa kejayaan itu hampir dan dekat sahaja dengan diri mereka. Mereka bina "PERSEPSI" dalam diri mereka segala usaha yang banyak sekalipun belum dapat hasil  adalah kerana bukan disebabkan mereka gagal.

4. Mereka fikir hanya belum berjaya dan belum bertemu cara terbaik untuk berjaya. Maknanya dari awal 'PERSEPSI KEJAYAAN" itu dibentuk seterusnya berubah menjadi KEYAKINAN untuk berjaya.

5. Setelah berjaya membentuk PERSEPSI KEJAYAAN mereka juga ingin dilihat sebagai orang yang berjaya. Maka dibentuk "IMEJ KEJAYAAN" itu dalam dan luar diri mereka. Cara berpakaian, cara bertutur, cara berjalan.

6. Sebab itu ada kajian pakar perunding imej di luar negara, dalam mengkaji imej 'orang besar' dan 'orang kecil' ini terutama dalam organisasi korporat, mereka mengkaji secara detail sehinggakan kajian mereka mengatakan 'cara berjalan' juga secara umumnya ada berbeza antara pekerja level Bos, CEO, MD dan level kerani, mereka berjawatan rendah.

7. Secara umumnya, apa apa pun bagi saya kejayaan dan kekayaan ini masih lagi bersifat subjektif bergantung kepada individu berdasarkan apa matlamat hidup dan impian mereka.

8. Namun kita kajilah penerimaan kebiasaan melalu persepsi dan imej di kalangan masyarakat ini bagaimana supaya memudahkan laluan perjalanan usaha kita ini terutama mereka di kalangan usahawan.

(Effendy Zulkifly )
Member of Advisory Council,
Global Leadership Institute.
www.gliprograms.org

Pemikiran Pemimpin Negara Maju.

Monday 13 February 2017

Ketika hari pertama dan hari kedua Perdana Menteri Singapore bersempena USA ASEAN Summit 2016, beliau telah updated lawatan official personal beliau ke office Tesla, Space X, Apple, Google, Facebook dan beberapa tokoh ilmuan dan saintis.

Kita perlu lahirkan ramai lagi future leaders yang boleh bersaing dengan pemikiran maju pemimpin negara jiran Malaysia dan nampak gah di mata dunia. Pemimpin-pemimpin masa depan ini harus kukuh dengan sarwajagat keilmuan yang holistik termasuk cara fikir setaraf negara-negara maju dan perlukan sebanyak mungkin pendedahan antarabangsa dari awal.

Menguasai ilmu teknologi adalah sangat penting di dunia serba moden. Mark Zuckerberg Facebook sangat menghargai lawatan Perdana Menteri Singapore kerana menghargai beliau sebagai Pemimpin Negara yang satu-satunya pandai buat coding.

Kita hanya akan ketinggalan dan terus ketinggalan di mata dunia jika terus  diserabutkan dengan isu-isu konflik dan politik domestik yang tak pernah selesai. Ditambah lagi dengan konflik tafsiran Agama antara scholars yang jugdemental thinking bersifat menghukum ke tahap penentuan syurga dan neraka ketika masih di dunia lagi.

Tekanan hidup rakyat pula seperti kelihatan cuba ditutup dengan pelbagai Program Hiburan dan Sukan yang sebenarnya hanya di takuk lama di level tempatan sahaja dan tiada impak kukuh menguatkan daya intelektual, world view leadership generasi baharu berpaksikan ilmu sains dan matematik di dasari ilmu wahyu sebagai pembatas antara halal dan haram demi keberkatan hidup insani.

Semoga hari cerah Negara Malaysia kembali muncul nanti. InsyaAllah.

Kisah Penjual Kopi Segera Yang Kini Mempunyai Syarikat Bertaraf Antarabangsa!

Thursday 9 February 2017

Saya pun tak tahu kenapa minggu ini banyak bercerita mengenai isu sales and marketing. Mungkin sebab semangat Chinese New Year yang kebanyakannya diraikan oleh sahabat saya di kalangan business people.

Di posting kali ini saya kongsikan gambar-gambar bersejarah lama saya kira-kira 10 tahun yang lepas. Waktu ini Syarikat Kopi Power Root melancarkan business model baharu mereka dengan menggunakan pendekatan MLM.

Disebabkan pengalaman sales saya yang berpuluh tahun ditambah pula dengan jenama yang terkenal. Sekejap sahaja saya jadi "Leader Besar" di arena MLM. Kebetulan pula saya pada tahun itu  mengalami kejatuhan business kerana ekonomi dunia yang merudum waktu itu dan ditipu rakan niaga(sudah arwah pun dia), saya bersungguh-sungguh berusaha menjadi penjual kopi syarikat yang berjaya.

Waktu itu saya mempunyai barisan team sales di kalangan yang berpendidikan tinggi. Ada yang baru graduated Master, ada yang baru berhenti kerja sebagai engineer kapal dan ada juga yang sedang buat PHD dalam bidang solar!

Kisah ini satu sejarah menjual paling manis bagi saya. Pengiktirafan datang dengan cukup banyak sehinggakan setakat melancong ke New Zealand, Taiwan dan luar negara senang-senang sahaja company taja team kami. Di samping saya menjadi penjual kopi saya juga dilantik konsultan motivasi untuk Syarikat Power Root.

Cara kami bekerja sangat luar biasa. Kami bekerja dari pagi sampai tengah malam. Kami buat road tour seluruh Malaysia. Kami jelajah masuk kampung-kampung dan estet-estet seluruh Malaysia dengan Kenderaan 4 Wheel Drive. Orang kampung yang tak mampu beli kopi kami sedekah free berkotak-kotak kepada mereka sebagai amal jariah untuk keberkatan.

Ramai juga artis-artis join venture bersama saya buat business jual kopi ini. Saya sendiri approached  ramai orang-orang kaya yang suka kopi dan nak buat business. Dan sampai satu tahap itu, kopi di gudang sampai habis dan tiada stok. Setakat Jom Heboh tu senang-senang sahaja kami buka booths.

Panjang pula mukadimahnya.

Ini semua kisah lama sebagai nostalgia klasik pemangkin semangat dan buat tatapan anak cucu saya bahawa nak berjaya dan kaya perlu usaha kuat dan agresif bukan malas berusaha tapi nak jadi kaya.

Sebenarnya juga bukan nak cerita sangat berkaitan cerita sales ni. Sebenarnya nak cerita yang kepakaran sales ini dah jadi darah daging saya. Saya juga nak ceritakan kisah anak muda dalam gambar-gambar yang saya kepilkan di sini.

Tokoh Anak Muda ini namanya Mr. OOex Shahiwan yang baju t-shirt putih dalam gambar-gambar itu.

Ketika satu team bersama saya membuat sales dan marketing, beliau sedang buat PHD dalam bidang solar. Sangat kuat berusaha dan berniaga. Kini beliau menguasahakan Produk Solar beliau sendiri dengan jenama Suncrox Solar Malaysia. Pasaran produk beliau sampai ke negara Arab, Afrika, Indonesia, Kemboja, Myanmar dan seluruh Malaysia. Banyak projek Kerajaan Negeri Melaka beliau dapat.

Moral of the story.

Anda ada idea business yang paling bagus dalam dunia pun atau produk yang terbaik dalam dunia pun dalam perniagaan produk itu tetap perlu DIJUAL. Dalam business tiada jualan maknanya tiada untung. Tiada untung maknanya anda sedang rugi. Bila anda rugi, business pun tutup.

Bersusah susah dahulu bersenang-senang kemudian. Seni Menjual ini sangat penting buat usahawan. Sebagai usahawan tidak kira anda kategori kecil, besar, nasional, international anda perlu menjual! Anda perlu promosikan business anda.

Kegagalan menjual produk anda melambangkan business anda yang bermasalah!

Cuti Chinese New Year, Self Evaluation dan Tokoh-Tokoh Billionaires Dunia!

Monday 6 February 2017


Cuti Chinese New Year ini saya ambil kesempatan untuk self evaluation dan perkemaskan kembali jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan saya supaya lebih efektif dan sistematis.

Saya mulakan dengan membaca pelbagai jurnal dari Oxford Islamic Studies Online dan subcribe beberapa makalah yang berkualiti mengenai ilmu-ilmu Islam sebagai tonggak jati diri. Kemudian saya mengembara dalam bidang perniagaan yang saya minati dengan mengikuti pelbagai lecture dari Harvard Business School.

Saya juga melihat dan menghayati review berkenaan tokoh-tokoh Billionaires seluruh dunia melalui Siri Dokumentari Bloomberg Business.  Antara tokoh-tokoh yang saya kaji pola pemikiran mereka adalah seperti Mark Cuban dengan sejarah hebat beliau dengan Yahoo dan kepakaran beliau sebagai trendsetter dalam segala lapangan perniagaan yang beliau ceburi.

Juga mengkaji pemikiran Elon Musk seorang Billioanires USD pengasas Pay Pal yang telah mengubah transaction kewangan seluruh dunia menjadi satu revolusi yang sangat pantas. Asas pemikiran perniagaan beliau bukan atas rasa ingin kaya dan terus kaya semata-mata untutk diri dan syarikat tetapi dengan nilai " Cutting Edge Innovation" dan "Break Through High Tech".

Elon Musk sangat terkenal dan dikagumi oleh masyarakat dunia dengan Electric Car Tesla, research berkaitan Space Exploration dengan kos yang lebih murah dan sebagai satu bentuk 'percutian ke angkasa' melalui Projek Space-X dan research transportation paling pantas dunia lebih pantas dari kapal terbang dengan Hyperloop.

Beliau sanggup berhabisan dan bankrup ketika ingin membangunkan teknologi kereta elektrik yang pada mulanya tidak diyakini para pelabur kerana teknologi ' Future High Tech' biasanya dianggap tiada track record dan tidak praktikal. Mengkaji juga pemikiran Jack Ma dengan Ali Baba yang juga sebelum benar-benar berjaya telah ditolak dan tidak diberi kepercayaan dan penghargaan pada mulanya.

Tokoh Billionaire Islam yang saya kaji pula adalah Fethullah Gulen berasal dari Turki dengan kekayaan yang dinilaikan hampir 50 Billion USD dengan networking dewan-dewan perniagaan seluruh dunia dan pengembangan pusat-pusat pendidikan melalui Sekolah dan Universiti yang mencecah lebih 1000 buah di seluruh dunia.

Fethullah Gulen juga banyak membuat dialog agama yang sangat harmonis dengan komuniti Jews, Christian, juga pelbagai dialog keamanan dan menulis berpuluh buku yang diterjemahkan kepada berpuluh bahasa di seluruh dunia.

Kejayaan mereka ini terbangun dengan "proses panjang" yang bukan calang-calang dan penuh cabaran dan rejection. Mereka ini terdiri dari kalangan 'Game Changers' dan 'Risk Takers'.

Cukup mengujakan dan memberi inspirasi kepada saya. Semoga tokoh-tokoh ini semua boleh datang ke Malaysia dan moga ada di kalangan generasi muda rakyat Malaysia juga boleh mengikuti jejak langkah mereka dan menjadi tokoh inspirasi di tahap dunia!

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger