Fokus Perniagaan Saya Bermula Disember 2016

Tuesday 27 December 2016
Fokus perniagaan saya kini bermula Disember 2016 adalah pada dunia Digital Ekonomi yang akan mengubah masa depan dunia.  Secara spesifiknya Mata Wang Digital menjadi kajian saya sedalam mungkin.

Semua ini bermula kerana pada tahun 2013 hingga 2014 saya pernah berkhidmat di sebuah syarikat antarabangsa berkaitan Big Data Analytics dan mendapat pendedahan awal berkaitan Dunia Digital Ekonomi bermula di situ.

Antara rujukan utama saya dalam dunia Digital Ekonomi ialah CoinDesk Research .CoinDesk ini bolehlah kita katakan sebagai 'The World Leader' untuk segala news, prices dan informasi untuk info mengenai matawang digital.

Dan paling menakjubkan saya melalui mentorship dan guidance dari Pakar dan Ikon Tahap Dunia dalam Digital Ekonomi, Tuan Arai Bin Ezzra, saya diperkenalkan dengan Teknologi Blockchain dan Matawang Digital nombor dua paling bernilai di dunia setelah Bitcoin iaitu Ethereum.

Kekuatan Ethereum yang tiada pada Bitcoin adalah concept "Smart Contract". Developers Bitcoin pula adalah anonymous manakala Developers Ethereum menonjolkan dan memperkenalkan diri mereka secara rasmi yang diketuai oleh pengasasnya Vitalik Buterin yang digelar sebagai "The Next Mark Zuckerberg of Facebook".

Untuk mendalami ilmu-ilmu mengenai Ethereum dan Blockchain, untuk permulaan sahaja bagi mendapat kefahaman awal saya mendapatkan Report dari CoinDesk Research ini yang berharga USD 499!

Tidak termasuk buku-buku, research berkaitan blockchain, crypto currencies yang dibeli di Kedai Buku Kinokuniya yang sangat mahal harganya.

Semua ini berbaloi!

Dan tunggulah bagaimana kami rakan-rakan seperjuangan dalam FXBitlab dan Malaysian Association of Financial Technology Industry (MOFTI) akan beraksi di persada antarabangsa menggegar dunia Digital Ekonomi bermula tahun 2017.

Rujukan : http://www.coindesk.com/research/understanding-ethereum-report/

#fintech #blockchains #digitaleconomy #digitalcurrencies #cryptocurrencies

Apabila melihat orang berjaya dan kaya.

Kadang-kadang kita selalu terpesona secara zahirnya dengan melihat kejayaan dan kekayaan seseorang itu dalam hidupnya.

Bagi saya apabila melihat kehidupan orang yang telah berjaya dan kaya ini, saya lebih suka menyelidik kisah-kisah susah,  jatuh dan bangun mereka terutama di kalangan usahawan yang berjaya ini.

Dihina, dicerca, dipulaukan keluarga kerana ada "idealisme usahawan" adalah perkara biasa bagi mereka yang istimewa ini. Untuk berjaya dan kaya, lalui dahulu kisah gagal dan miskin dengan tenang, sabar dan berani.

Dan yakinlah kejayaan dan kekayaan itu akan datang dengan secara sendirinya juga dalam keadaan anda sedang tenang, sabar dan berani.

Sesungguhnya rezeki kejayaan dan kekayaan itu adalah dari Allah jua. Mukmin sejati, ketika senang atau susah, ketika miskin atau kaya, hatinya sama sahaja, sentiasa tenang di setiap masa kerana HANYA ALLAH di hati mereka...

#tenang #berjaya #kaya #Hati #mukmin #rezeki #usahawan #sabar #berani #Allah

P.S:- Saya sedar nilai kejayaan dan kekayaan ini adalah subjektif bagi setiap individu. Carilah HAKIKAT kejayaan dan kekayaan itu dengan Redho Ilahi.

Impian dan cita-cita.

Thursday 15 December 2016

Saya mempunyai impian dan cita-cita besar menjadi antara pimpinan dalam sebuah persatuan/gabungan/konsortium yang menghimpunkan segala jenis industri perniagaan /perkhidmatan/ perkilangan.

Saya mulakan dengan syarikat saya dulu dengan menjalankan kerjasama, MOU, JV, perkongsian untung dengan company-company enterprise, sdn. bhd sahabat-sahabat rapat yang mungkin sebelum ini bergerak secara bersendirian.

Syarikat saya mempunyai kepakaran/department khas yang menguruskan marketing management, IT and Website development yang dapat digunakan sebagai vehicle untuk sama-sama memasarkan perniagaan masing-masing mengikut kapasiti coverage market masing-masing yang sedia ada.

Sahabat-sahabat korporat saya berbangsa Cina dah lama buat dan mereka sentiasa bantu-membantu dan tidak bergerak seorang diri. Jika mereka tiada bisnes atau perkhidmatan yang diminta oleh pelanggan, mereka tawarkan perniagaan milik sahabat mereka lain yang ada perniagaan yang diminta itu.

Pembelian hartanah juga dibeli secara pukal dan berkumpulan dan kemudian keuntungan dibahagi mengikut syer atau sumbangan yang telah diberikan untuk pembelian hartanah itu...

Bila berniaga dipandang hina?


Itu adalah pandangan biasa di kalangan ibu bapa terutamanya di kalangan masyarakat melayu. Mengapa lihat risiko sahaja tidak melihat peluang?

Sejarah Islam dan Sejarah Bangsa Melayu di Kota Melaka  penuh dengan cerita hebat usahawan Melayu.

Nasihat saya, tak perlu jawab apa-apa. Buktikan dengan kejayaan. Pergilah bertanya kepada usahawan yang telah berjaya. Nescaya majoriti akan menjawab mereka telah biasa dihina, dikutuk sepuasnya oleh masyarakat sekeliling mereka terutama ahli keluarga.

Nasihat saya kepada mak ayah yang konvensional. Jika selama ini keturunan anda makan gaji sejak turun temurun dan tiba-tiba anak anda ingin jadikan usahawan sebagai kerja tetap. Maka tentu ada sebabnya.

Fahami dan bimbing mereka dengan cara yang positif. Ibubapa sendiri perlu tambahkan ilmu perniagaan untuk memahami jiwa anak-anak usahawan ini biarpun ibubapa sendiri bukan usahawan.

Posting ini hanya ingin menyampaikan mesej positif kepada ibubapa seluruh Malaysia bahawa berniaga bukanlah kerjaya hina.

Berniaga adalah sunnah nabi, dan berniaga juga dapat memberi financial freedom. Gagal dalam berniaga adalah perkara biasa. Dan berniaga tanpa pernah rasa rugi adalah di luar kebiasaan. Rujuki dan  pandanglah kepada mereka yang dah berjaya.

Berfikir dahulu sebelum anda ibubapa bercakap mengguris perasaan anak-anak anda yang ingin berniaga kerana mereka perlukan doa, sokongan, dan motivasi ibubapa.

Percayalah, dengan jalan usahawanlah sesebuah negara, bangsa, masyarakat akan mendapat pelbagai faedah membina kekuatan tamadun negara  kerana golongan usahawanlah yang membuka banyak peluang kerjaya dan memudahkan kehidupan masyarakat dalam semua aspek kehidupan dalam melengkapi keperluan kehidupan kita dengan usaha mereka dalam perniagaan.

#usahawan #beranikaya #gagaluntukberjaya

-Effendy Mujaddid Usahawan-

Nasib Anak Muda Malaysia setelah tamat pengajian.


Jika belajar di oversea kos biasiswa JPA smpai 500K - 1 Million untuk 3-4 tahun kemudian kita suruh mereka kerja makan gaji di Malaysia dengan gaji RM2500-RM3000 sebulan di Malaysia.

Adakah ianya berbaloi?

Cuba bagi 500K - 1 Million secara dana/loan/geran kepada usahawan muda yg proven hebat dan ada progress. Mana lagi worthy?

IPTA dan IPTS sudah berlambak di pasaran.

Dilaporkan last year sahaja ada 130 ribu mahasiswa menganggur atau kerja yg tak sesuai dgn bidang. Habis belajar 3-4 tahun diploma/degree sudah berhutang 28K hingga 40K.

Maka setiap tahun kita melahirkan ratusan ribu anak muda belia yg berhutang, kerja pun belum dapat dan mungkin menjadi penganggur terhormat.

SPM holder kita pula hanya teori. Sepatutnya ketika form 1 smpai form 5 dah bagi cukup-cukup ilmu 'entrepreneurship' atau 'skills vocational'.

Kalaulah mereka tak sambung diploma atau matriks sekurangnya mereka ada skills utk survive. Ini habis SPM blur tak tahu nak buat apa.

Sahabat-sahabat ada pandangan yang sama atau berbeza dengan saya? Kongsikan di sini.

#usahawan #penganggur

-Effendy The Leaderpreneur-

Peluang Pelaburan di Malaysia.

Tuesday 13 December 2016

Saya semenjak dua menjak ini banyak buat research dan jadi jurucakap tak bergaji dan tak rasmi buat negara  berkaitan peluang investment di Malaysia kepada ramai sahabat-sahabat oversea dari Turkey, Arab Saudi, China , Filipina, Singapore dan Indonesia.

Dari Eropah pula berpeluang bertemu dengan potential investor dari Hungary. Dengan bangganya saya beritahu mereka bahawa Malaysia adalah negara terbaik di ASEAN untuk datang melabur dan membangunkan perniagaan.

Antara sebabnya adalah kerana:-

1. Kekuatan Ekonomi.

2. Polisi Kerajaan yang supportif.

3. Developed Infrastructure.

4. Workforce yang educated.

5. Suasana perniagaan yang Vibrant.

6. A heaven for companies yang telah
menarik lebih 5000 foreign companies dari lebih 40 buah negara.

7. Malaysia ada 5 Koridor Ekonomi yang power!

Nilai 5 KORIDOR EKONOMI yang ada di Malaysia.

1. Iskandar Malaysia (IRDA) - RM105 Billion.

2. Koridor Utara (NCER) - RM177 Billion.

3. East Cost (ECER)- RM112 Billion.

4. Sabah (SDC)- RM105 Billion.

5. Sarawak (SCORE)- RM334 Billion.

Total = RM840 Billion.

6 Kesimpulan.

1. Sebagai rakyat kita harus bersyukur dilahirkan di bumi yang bertuah ini. Atas faktor inilah juga rasanya kuasa-kuasa ekonomi dunia sangat berminat dalam membentuk kerjasama dengan Malaysia dari aspek kerjasama Geo-Ekonomi mahupun Geo-Politik.

2. Dan yang paling penting pembangunan ekonomi ini harus holistik. Negara kaya harus di manifestasikan dengan pembangunan ekonomi marhaen dan rakyat bawahan juga.

3. Adakah segala kenaikan kos sara hidup, pengangkutan dan makanan ini dikaji sedalamnya oleh pihak berkuasa kesannya kepada rakyat? Satu kajian akademik yang teliti perlu dibuat dan dikongsikan kepada rakyat.

4. Apakah pula impak pembangunan seluruh Malaysia ini memberi kesan kepada mikro ekonomi, Usahawan level kecil kecilan dan rakyat jelata dari aspek kewangan personal dan lapisan bawahan di peringkat keluarga?

5. Bagaimanakah institusi zakat, wakaf dan perbankan patuh syariah dapat dibangunkan segagah dan sekuat maksimum mungkin dalam membantu kekuatan ekonomi majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam?

6. Perniagaan, kekayaan dan keuntungan pelaburan bukan semata-mata untuk tujuan material zahir semata-mata. Ianya melibatkan pembangunan spiritual, budaya baik, dan dalaman nurani masyarakat dan rakyat tidak kira yang majoriti mahupun minoriti.

Effendy Zulkifly
-ASEAN Youthpreneur Community(AYPC)
-ASEAN Changemaker Community(ACC)
-ZK Dinamik (M) Sdn Bhd
-Denarmeq Group of Companies

Website: aseanchangemaker.org

Bulan Disember Bulan Paling Sibuk!

Monday 12 December 2016

Bulan Disember adalah bulan yang paling mencabar bagi saya setiap tahun. Pelbagai kertas kerja dan takwim 2016 perlu disiapkan. Amanah diberikan saya akan cuba laksanakan sebaik mungkin.

Sepanjang tahun 2015 ini saya dilantik sebagai Felo untuk satu organisasi akademik di Malaysia dan satu di luar negara khusus untuk kajian berkaitan Social Entrepreneurship dan impaknya kepada masyarakat setempat.

Saya juga menjadi penasihat kepada beberapa NGO berbasiskan pembangunan anak muda dalam dan luar negara.

Team saya iaitu Team Jaringan Anak Muda juga membuat penerbitan buku-buku berkualiti dari Indonesia ke Malaysia bersama Peace Generation Movement yang berpusat di Kota Bandung bersama Bro Irfan Amalee (The 500 Most Influence Muslim in The World 2009).

Awal tahun 2015 juga saya bersama sahabat di Indonesia membangunkan NGO Komuniti Usahawan ASEAN yang telah menjalankan 4 program antarabangsa dan menyertai lebih 20 program peringkat ASEAN.

Saya juga menjadi Director sebuah syarikat motivasi dan latihan. Beberapa bulan yang lepas juga syarikat saya telah melancarkan business model baru kami berasaskan business trading dan travel.

Yang terbaru dilantik menjadi penasihat kehormat untuk sebuah Koperasi yang ada keahlian lebih 15000 ahli. Saya juga dilantik menjadi Deputy Secretary General sebuah Dewan Perniagaan bertaraf antarabangsa yang ada di berpuluh puluh buah negara.

Saya juga aktif dalam badan think-thank yang terdiri ramai di kalangan golongan intelektual dan mantan-mantan ahli parlimen Malaysia.

Saya dilantik atas kapasiti jaringan antarabangsa yang saya ada. Pembangunan keusahawanan dan pendidikan untuk generasi anak muda di Malaysia dan ASEAN.

Saya cuba buat yang terbaik dengan time management yang sangat padat dan ketat. Saya mohon maaf sangat-sangat jika tidak lagi seperti dulu boleh duduk kedai mamak , sembang-sembang peluang bisnes peringkat cadangan awal.

Saya fokus sekarang kepada implementation dan closing. Saya juga sedang siapkan buku tulisan saya yang sudah berada di fasa terakhir untuk penerbitan.

Masa tidur juga telah diubah. Pukul 10 malam mula tidur, 4-5 pagi sudah bangun. Juga sudah elakkan meeting malam bermula November yang lepas.

Saya perlukan DOA sahabat-sahabat supaya saya istiqomah, jadi insan soleh dan laksanakan amanah-amanah diberi sebaik mungkin.

InsyaAllah. Aamiin.

Usahawan Tahap Global.

Thursday 1 December 2016

Sepanjang Tahun 2015 ini, saya banyak merantau ke seluruh pelusuk ASEAN memberi ceramah, training berkaitan mind-setting keusahawanan/wirausaha. Di Malaysia juga saya membuat pelbagai program-program keusahawanan.

Yang menariknya yang selalu follow up saya di Malaysia adalah mereka di kalangan usahawan yang bukan sebangsa dengan saya.  Yang tambah lagi menarik saya juga dihubungi usahawan-usahawan dari negara lain untuk kerjasama dari negara ASEAN selain Malaysia.

Bertambah-tambah lagi menarik, usahawan dari England, USA, Turkey dan Europe juga approached saya untuk pelbagai kerjasama. Mereka nampak peluang di ASEAN sangat besar dan cukup mewah dan luar biasa potensinya.

Perjanjian Perdagangan yang akan  dimeterai juga nanti bukan setakat TPPA. Masih  ramai di kalangan kita yang tidak tahu bahawa kita juga ada Perjanjian Regional Comprehensive Economic  Partnership (RCEP) yang melibatkan ASEAN+6 Negara seperti Australia, China, India, Japan, South Korea and New Zealand.

Kita juga ada Perjanjian Free Trade Area of the Asia-Pacific (FTAAP) yang lebih besar dari TPPA. ASEAN Economic Community(AEC) juga bermula Disember ini juga akan menjadi sebuah gabungan entiti semua negara ASEAN dengan dasar Free Trade yang hebat juga.

Adakah anda sebagai usahawan yang sedang bertungkus lumus hanya mahu berdiam diri tidak ambil peduli hanya berkokok sebagai juara di kampung sendiri sahaja?

Saya mahu jadi Usahawan Level Global supaya boleh bersaing di Pasaran Terbuka Antarabangsa. Anda juga harus begitu!

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger