Anak Muda Zaman Sekarang, Perbandingan Dalam Dan Luar Negara.

Saturday 29 October 2016

Sepanjang pengalaman saya bertemu dengan ramai anak-anak muda bawah 30 tahun di seluruh dunia dan ASEAN khususnya setakat hari ini, saya rasa sangat khuatir dengan perkembangan anak-anak muda Malaysia. Mungkin saya ini ketinggalan info mengenai anak-anak muda di Malaysia.

Di luar negara, yang saya ketemu mereka ini sangatlah agresif membuat networking antarabangsa dengan pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti PBB, OIC dan ASEAN.

Minggu lepas saya bermesyuarat dengan Tokoh Korporat Anak Muda dari Philippines, Hong Kong dan USA. Ada daripada mereka itu sebelum umur 30 tahun sudah ada dalam senarai FORBES. Apabila membuat dealing business cukuplah matang malahan networking mereka lebih 20 negara.

Begitu juga dengan sahabat-sahabat anak muda di Indonesia. Pengalaman mereka bertemu dengan Presiden USA, Putera Istana di England, Sec Gen UN adalah sangat biasa bagi mereka. Organisasi mereka juga melibatkan liputan Global dan antarabangsa.

Bersyukur kepada Allah saya terpilih untuk sama-sama bersama mereka membangunkan gerak kerja Social Enterprise, Social Innovation dan pelbagai International Trading. Ada juga melantik saya sebagai Penasihat Kehormat untuk organisasi mereka ini yang ahlinya mencecah puluhan ribu orang.

Di Malaysia mungkin saya sendiri terlepas pandang. Adakah kerana sistem pendidikan kita yang agak lambat mematangkan pemikiran anak muda kita? Faktor didikan keluarga? Pelajar lepasan SPM kita jika tak ke universiti atau kolej apa mereka boleh buat?

Di luar negara terutama dari barat, di usia 18 tahun mereka yang saya temui telah mula mengembara ke seluruh dunia paling kurang sebagai Backpacker. Ramai juga seawal belasan tahun telah menulis buku, punyai syarikat dan business sendiri mahupun menggerakkan organisasi sosial mereka

Di Malaysia, mahasiswa perlu explore dunia antarabangsa sebaik mungkin. Jika minat politik dan aktiviti sosial buat network dengan jaringan antarabangsa. Elakkan politik partisan domestik yang terlalu dogmatik dan berada di takuk lama cara berfikir abah dan atuk kita dulu-dulu.

Dulu-dulu kalau masuk universiti, kerjaya di agensi swasta dan kerajaan sudah menanti. Harga barang dapur masih murah, harga rumah masih murah, petrol masih murah.

Zaman sekarang cuba compare living cost zaman abah, atuk dan zaman kita sekarang? Dulu zaman 60an, 70an adakah berita mahasiswa ratusan ribu menganggur? 

Tazkirah Solat Zohor di office.

Sunday 23 October 2016

Tadi di office after Zohor berjemaah, saya kena bagi tazkirah. Tazkirah saya bagi tadi sentuh tentang hadis ini...

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”

(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Kemudian saya sentuh juga tentang ada berzikir. Berzikir boleh di mana sahaja dan bila-bila. Tapi realiti masa kini dengan kesibukan harian bekerja cuba disiplinkan diri selepas solat baca Al-Fatihah dan berzikir 33 kali tasbih,tahmid, dan takbir . Sebelum baca Al-Fatihah sebagai adabnya hadiahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga baginda, ibu bapa kita dan semua umat Islam tidak kira hidup mahupun mati.

Sebelum Zikir 33 kali Tasbih, Tahmid dan Takbir niatkan di hati supaya diri kita berubah dari tidak elok kepada elok jadi insan soleh. Kalau tidak amalkan adab ini maka dikhuatiri zikir kita itu tidak memberi kesan kepada hati...

THE MAGIC OF THINKING BIG!

Setiap hari network antarabangsa saya semakin berkembang. Ianya kini seperti air yang mengalir tanpa henti.  Petang tadi seorang trader usahawan hebat dari Nigeria pula bertemu saya membincangkan peluang kerjasama untuk trading antarabangsa.

Beliau inginkan produk lampin pakai buang baby (Drypers). Kata beliau di Nigeria sangat mahal harganya. Beliau ingin import dan seterusnya menjadi distributor di Nigeria. 1 kontena produk tersebut diperlukan dalam masa yang segera untuk permulaan.

Menariknya trader dari Nigeria ini saya kenal beliau adalah insan hebat yang juga merupakan lulusan PHD dari UKM dalam bidang Project Management dan juga seorang tahfiz Quran dan fasih berbahasa Arab.

Syukur kepada Allah swt, semakin hari dan waktu jaringan antarabangsa semakin berkembang. Malahan jaringan itu sebenarnya ada sebahagiannya jarang dimiliki oleh rakyat Malaysia yang lain.

Tahun 2017 saya akan berusia 35 tahun dan ketika saya berusia 25 tahun (10 tahun lepas) lagi saya telah membuat 'Score Board @ Target Line' yang ingin saya kecapi secara detail mengikut hari, minggu, bulan dan tahun.

Mengikut timeline Score Board saya, ketika usia saya 35 tahun pada tahun 2017 saya akan melaksanakan misi penting bertahap antarabangsa dan mencapai segala impian dan harapan yang telah saya rancangkan. Saya YAKIN saya akan perolehinya dengan Izin ALLAH dalam doa saya saban hari!

KATA-KATA HIKMAH DARI DAVID J.SCHWARTZ, PHD SEBAGAI INSPIRASI.

David J. Schwartz, Ph.D dalam bukunya bertajuk 'The Magic of Thinking Big' menyebut punca kegagalan adalah kerana 'kekerdilan minda' dan takut berfikir besar merupakan 'penyakit' yang menyebabkan individu itu kekal di takuk lama dan seterusnya tidak dapat melahirkan potensi optimum yang diberikan Tuhan.

KEYAKINAN DIRI ITULAH 'KUNCI' KEJAYAAN.

Menjadi 'Orang Yang Berjaya' perlulah selalu diwujudkan persekitaran yang merangsang KEJAYAAN. Caranya ialah kita harus selalu bergaul dan meminta nasihat pada orang-orang yang berjaya. Elakkan orang-orang yang bersikap negatif, pastikan jiwa segar bugar dengan keyakinan diri yang kita pasti berjaya.

Kata beliau lagi, 'Hidup adalah singkat bagi dibazirkan dalam kekerdilan'.

Berfikirlah secara besar, maka kita akan dapat hidup sebagai orang besar. Kita akan hidup dalam suasana yang 'besar' , besar dari segi kebahagiaan, besar dari segi pencapaian, besar dari segi pendapatan, besar dari segi bilangan kawan dan besar dari segi rasa hormat orang lain pada diri kita.

P.S:- Buku bertajuk 'The Magic Of Thinking Big' by David J. Schwartz, Ph.D ini direkomendasikan oleh Guru Pemikiran Lateral, Kreatif dan Kritis saya iaitu Datuk Jaafar Abdul Rahim.

REVIEW TAHUN 2013.

Saturday 22 October 2016

Tahun 2013 ini adalah tahun paling mencabar dan sangat mengejutkan untuk diri saya sendiri. Tahun 2013 saya diberi peluang untuk lead beberapa organisasi besar yang saya anggap sebagai tanggungjawab dan amanah dari Allah buat saya untuk dilaksanakan sebaik mungkin. Allah memberi saya peluang dan ruang untuk pembangunan ummah melalui pendekatan pendidikan agama Islam dan juga melalui jalan keusahawanan. Setiap masa saya memikirkan apakah segala perancangan itu menjadi kenyataan. Anak yatim, warga emas, mereka yang ingin menuntut ilmu tahfiz adalah antara tanggungjawab saya kini melalui pelancaran Madrasah Integrasi Islam Malaysia (MIIM).

Tahun ini juga 3 program besar melibatkan menteri-menteri kabinet telah terlaksana melalui kertas kerja yang saya bentangkan. Untuk sampai ke tahap ini sebenarnya ianya ibarat mimpi bagi saya. Saya hanya insan biasa yang dulunya sudah biasa hidup susah, bersendirian dalam menggapai cita-cita. Kejian, makian dan perlian adalah biasa apabila diri ini cuba menzahirkan idealisme diri yang ada. Saya tidak ada ahli keluarga pun yang ada background sebagai usahawan dan semuanya makan gaji dan makan gaji secara konsisten di company besar atau stable dianggap sebagai lambang kejayaan hidup. Kadangkala keluarga tidak faham pun apa yang ingin saya lakukan melalui kerja-kerja sukarelawan dan kebajikan. Namun saya juga bertemu dengan sungguh ramai sahabat-sahabat yang cukup berbakat, hebat, sangat berpengetahuan tinggi dalam bidang masing-masing dan sama-sama ingin berbakti untuk pembangunan sosial demi kemajuan negara dan bangsa.

Saya juga sangat merindui suasana cintakan buku, ilmu, pengajian ilmiah agama dan intelek yang dulunya menjadi rutin harian yang mengujakan. Pembacaan buku begitu kurang tahun ini kerana hambatan masa dan saya perlukan pengurusan masa yang lebih efektif. Tahun ini adalah tahun saya meletakkan batu asas dalam segala perancangan di masa depan. Tahun depan adalah waktu untuk menuai hasil. Saya memilih pendekatan jalan keusahawanan korporat melalui "Social Entrepreneurship" yang diharapkan dapat membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia terutamanya umat Melayu Islam supaya jangan terus ketinggalan dalam aspek perniagaan dan keusahawanan kerana ianya  adalah sunnah nabi Muhammad dan para sahabat juga ramai merupakan ahli korporat ketika di zaman Mekah dan Madinah.

Saidatina Khodijah isteri Rasulullah juga adalah ahli korporat dan Rasulullah pernah menjadi CEO menguruskan perniagaan Saidatina Khodijah di peringkat antarabangsa ketika zaman muda Rasulullah. Para sahabat juga biasa menderma beribu unta dan membebaskan beribu hamba yang menunjukkan kekuatan para sahabat sebagai ahli korporat zaman itu. Tapi kita masih ketinggalan dari aspek perniagaan dan korporat kerana rata-ratanya lebih berminat dengan perbalahan "politik partisan" yang dilihat seperti tiada akhirnya dan seperti ada pihak yang jadi "batu api" supaya umat Islam tidak bersatu dan terus hanyut dengan dilema polemik politik partisan di tanahair tercinta ini. Renung-renungkanlah dan selamat beramal...

-Effendy Al-Ampangi-
@ Bukit Sekilau,Kuantan
2.47 pagi
23 Oktober 2013

ISU LAPORAN AUDIT NEGARA ULASAN DAN SOLUSI II.

Tuesday 4 October 2016

Oleh : Effendy Zulkifly

Sahabat saya CyWar Putrajaya telah menerangkan dari perspektif beliau yang pernah bekerja sebagai staff syarikat pembekal kelengkapan pejabat kepada Jabatan Kerajaan. Saya pula akan jelaskan berdasarkan pengalaman saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan berpencen. Setelah  kerja 3 tahun sebagai kakitangan kerajaan saya bersara sebab ingin ceburi bidang korporat.

Sebenarnya dalam polisi melibatkan pembelian terus oleh Jabatan kerajaan terdapat polisi tertentu . Sebagai contoh untuk barangan berharga RM20,000 Ketua Pengarah ada kuasa seperti polisi di bawah:-

Bidang kuasa Ketua Pengarah atas perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja.

Ketua Pengarah mempunyai kuasa untuk:

a) mengadakan kontrak bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja.
b) mengeluarkan sebarang arahan kepada Pusat Tanggungjawab berhubung
dengan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja sejajar dengan polisi
perolehan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Pembelian terus ini juga melibatkan borang pesanan, ada yang melibatkan invois dan pelbagai borangs sokongan. Pembelian terus juga bergantung pada kos barangan yang terlibat. Ada yang jika bawah RM20,000 maka Ketua Jabatan boleh memlih mana-mana pembekal yang telah mengeluarkan invois yang dirasakan berpatutan.

Kalau tender yang bernilai juta-juta pula akan melibatkan Jawatan Kuasa Khas Lembaga Perolehan yang terdiri daripada Ketua Pengarah, Wakil Kementerian, Wakil Perbendaharaan, Seorang pegawai awam dari agensi lainda setiausaha biasanya Pengarah Bahagian Kewangan & Belanjawan. Meeting lembaga itu mesti tidak kurang dari 3 orang.

Tak perlu lagi saya cerita terlalu teknikal sebab nanti kawan-kawan tertidur pula.

Yang jadi isu ialah pembelian terus melibatkan pembelian RM20 ribu ke bawah sebagai contoh. Apakah cara untuk menyekat jika invois yang diberi oleh kontraktor (mungkin proxy) itu ada kaitan dengan Ketua Jabatan? Jika ikut persepsi negatif boleh sahaja duit keuntungan mark up mesin printer harga RM200 tapi dibeli dengan harga RM2000 itu nanti masuk ke kantung Ketua Pengarah atau Ketua Jabatan atau juga masuk ke Kelab-Kelab Kebajikan Jabatan.

Jika kita berfikir positif.

Adalah berbeza jika saya beli sendiri di Low Yatt berbanding dengan printer yang dibeli melalui LO (Local Order) oleh Jabatan Kerajaan kerana melibatkan kos pengangkutan, penambahan power supply, partition dan ada sesetengah jabatan perlu service buat network menggunakan kepakaran mereka di kalangan technician kerana melibatkan printers yang banyak.  Sesetengah Jabatan Kerajaan yang melibatkan barangan ketenteraan tentera atau pihak keselamatan seperti teropong binokular memerlukan dalam tempoh segera. Tempoh segera memerlukan harga yang mahal untuk didapatkan dari pengeluar berbanding barang yang sama yang memerlukan tempoh biasa yang lama untuk sampai kepada jabatan.

Apa yang ingin ditekankan di sini. Jikalau keluar laporan audit di tahun yang berikutnya dengan isu yang sama adakah penilaian audit itu mengambil faktor yang pelbagai mengikut keadaan, tempat sekalipun barang itu sama tapi harganya berbeza? Sebab itu saya ingin tegaskan, pembelian yang mahal itu memang mengikut prosedur jabatan sebab ada bukti pembelian dengan invois, LO, resit dan sales after service lagi. Dari segi legal menyebabkan mereka kakitangan kerajaan tidak dikenakan tindakan undang-undang tapi mungkin dari segi moral ianya salah.

Walaupun begitu jika benar ianya melibatkan rasuah (ini hanya imaginasi saya) seperti kontraktor membayar duit poket kepada Ketua Jabatan dengan mark up terlalu melampau dengan harga asal atau rasuah untuk memperolehi tender kerajaan, saya kongsikan cerita SPRM dan penguatkuasaan undang-undang di bawah ini.

KISAH RASUAH SIME DARBY DAN TINDAKAN SPRM.

Tahukah rakan-rakan mukabuku sekalian bahawa SPRM telah melancarkan ‘Ops Billion’ bagi menyiasat kes kerugian Sime Darby Berhad dalam konteks kesalahan rasuah.? SPRM ini di bawah Jabatan Perdana Menteri. Hasil siasatan yang dilakukan telah membawa kepada penangkapan tiga orang pegawai kanan Sime Darby Berhad. Tangkapan pertama melibatkan Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby Perkhidmatan Marin di Sime Darby Marine And Engineering Sdn. Bhd. atas dua kesalahan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 daripada pemilik sebuah syarikat. Suapan tersebut adalah sebagai balasan kerana membantu memperolehi kerja membekal Derrick Lay Barge (DLB) dan dua Anchor Handling Tugs Supply (AHTS) kepada Sime Darby Marine Sdn. Bhd. yang keseluruhannya berjumlah USD134 juta.

Pegawai tersebut juga menerima wang rasuah sebanyak USD2,500 sebulan daripada pemilik syarikat yang sama bermula Jun 2008 sehingga Februari 2010 dipercayai sebagai balasan membantu syarikat berkaitan kontrak berkenaan. Ekoran daripada itu, bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2010 atas satu pertuduhan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 sebagai upah mencadangkan syarikat tersebut kepada pihak Sime Darby dalam mendapatkan kontrak pembinaan dan penjualan tiga buah kapal tunda (barge) bernilai USD134.2 juta (RM467.9 juta) dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama."

KESIMPULAN:-

PROGRAM UNTUK MENANGANI GEJALA RASUAH.

Bagi memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, bagi saya penekanan kepada usaha meningkatkan integriti dan jati diri individu adalah sangat penting. Secara mikronya, usaha banteras rasuah perlu dibahagi kepada dua sasaran:-

1)Fokus kepada jabatan/agensi yang memberikan perkhidmatan kepada orang awam.

Di peringkat jabatan/agensi, kajian semula prosedur yang panjang, sukar dan lambat perlu dikemaskini dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penggunaan borang, proses saringan dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang awam khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

2)Fokus kepada individu-individu yang berkhidmat dalam organisasi kerajaan tersebut.

Manakala di peringkat individu, langkah-langkah yang boleh diambil adalah dengan memantapkan dan mengukuhkan jati diri dalam diri setiap pegawai awam. Keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras gejala kerana sekiranya setiap individu bencikan rasuah maka amalan ini dapat diatasi. Kekuatan jatidiri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca dan menghayati.

P.S :- Penat menaip. Walaupun ini kerja sukarelawan. Saya dapat kepuasan
dan Allah swt akan memberi balasan.

Pembinaan Tamadun Bukan Sekadar Fizikal.

Menurut Sarjana Islam dari Algeria, Malek Ben Nabi, sebarang usaha membina tamadun yang tidak berteraskan kerohanian pasti tidak akan berjaya Kalau berjaya sekalipun ianya tidak akan bertahan lama. (A Latif, 1983).

Maksudnya pembinaan tamadun bukan sekadar pembinaan bangunan tinggi, alatan canggih (sophisticated) dan senjata moden tetapi yang lebih penting pembangunan modal INSAN itu sendiri.

Cuba lihat Empayar Amerika yang baru berkuasa tak sampai 100 tahun. Dunia jadi porak peranda dengan pelbagai isu akhlak dalam peperangan, pencemaran, kapitalisme yang menekan rakyat di negara tidak maju.

Segala ubatan kelas ketiga dijual di negara membangun, sisa-sisa toksid dihantar di negara tak maju tapi negara barat serba serbi nak bersih, sistematik dan selamat.

Zaman Empayar Islam yang beribu tahun, setiap negara yang bernaung secara umumnya aman damai, lahirnya tokoh-tokoh agama dan intelektual seperti Ibnu Sina, Khawrizimi, Al Kindi, Ar-Razi dan ramai lagi.

Pembangunan infrastruktur juga tidak mencemarkan alam. Itulah bezanya tamadun yang dibentuk dengan sifat kerohanian dan yang dibentuk dengan akhlak yang celaru dan songsang.

@Kuantan.
-Effendy Al-Ampangi-

KAJIAN IMF : 'SUBSIDI MINYAK SELURUH DUNIA HANYA MENGUNTUNGKAN GOLONGAN KAYA YANG BANYAK KERETA BESAR DAN SEBABKAN KENAIKAN HARGA MINYAK SELURUH DUNIA!'

Monday 3 October 2016

Hasil kajian saya melalui jurnal yang dikeluarkan oleh IMF, bolehlah disimpulkan bahawa subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerjanya yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap unit sumber yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 unit atau lebih digunakan oleh golongan lebih kaya.

Kertas kerja berkenaan turut mencadangkan subsidi minyak dihapuskan. Perbelanjaan untuk subsidi kemudiannya boleh dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.

Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya turut meningkatkan permintaan minyak sekali gus mendorong kenaikan harga borong. Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China.

China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang), kini juga merupakan pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta unit). Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang sebegitu besar di China tidak perlu membayar harga sebenar untuk minyak, kerana mereka menerima subsidi 3.9 peratus daripada kos sebenar.

Rujukan :-

Petroleum Product Subsidies: Costly, Inequitable, and Rising. By David Coady, Robert Gillingham, Rolando Ossowski, John Piotrowski, Shamsuddin Tareq, and Justin Tyson .

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger