Isu Low Yat : Analisis Ringkas Penyelesaian dan Pencegahan Penipuan.

Friday 15 July 2016

1. Apabila saya buka handphone tengok FB, majority Facebookers updates mengenai Kes Low Yat. Saya juga adalah mangsa segelintir penjual HP (saya tidak mahu beritahu bangsa apa) yang menipu jenis HP tiruan dikatakannya original. Ianya juga melibatkan pengalaman saya ditipu ketika beli charger HP, dan charge yang sangat mahal di bengkel kereta yang saya yakin juga ada unsur tipu atas sebab kejahilan sendiri yang tiada knowledge.

2. Namun pengalaman yang baik pun banyak juga dalam urusan jual beli ini. Kes amuk ini agak luar biasa kerana biasanya orang Melayu seperti saya akan mengalah kerana menganggap kami sudah bayar, resit pun dah dapat dan kawasan pembelian itu juga di dominasi oleh bangsa tertentu yang bukan Melayu.

3. Jika saya bertegas akan timbulkan pergaduhan pula. Jika report kepada tribunal pengguna akan ambil masa lama. Namun kes amuk Melayu ini luar biasa dan mungkin ada sesuatu yang berlaku di luar kebiasaan.

4. Mohon sahabat-sahabat saya tidak kira bangsa apa yang menjadi peniaga terutamanya barangan elektronik atau gadjet, layanlah sebaik mungkin customers anda dan yang datang membeli bukan semua orang senang dan kadang-kadang menabung lama atau ikat perut untuk dapatkan sesuatu barangan itu.

5. Kes amuk ini boleh merebak menjadi lebih serius. Yang menjadi mangsa penipuan pula, jangan ambil tindakan sendiri yang penuh emosi dengan buat hukuman membuta tuli kerana kesannya boleh menyakitkan diri sendiri dan juga boleh datangkan pula keributan rusuhan perkauman.

6. Kita negara majmuk cara terbaik adalah cara diplomasi dan jangan mudah terpedaya dengan mainan emosi.

7. Penyelesaian terbaik isu penipuan mestilah dengan langkah-langkah berhati-hati dari awal seperti berikut:-

i. Buat survey dulu secara teliti beza barangan tiruan dan original.

ii. Kenal pasti melalui forum track record kedai jualan.

iii. Bawa sahabat yang mahir gadjet atau alat elektronik ketika membeli.

iv. Semak warranty card di barangan.

v. Buat perbandingan harga dan kualiti di banyak kedai dan tempat.

vi. Beli di kedai elektronik yang authorised dealer.

vii. KPDNKK , PDRM letakkan premis mereka di kawasan seperti Low Yat dan buat pemeriksaan atau serbuan berkala.

viii. Beli barangan dengan knowledge yang dicari sendiri bukan melalui recommendation penjual.

ix. Jika terasa berlaku penipuan dan penjual tidak mahu bertanggungjawab buat laporan polis dan juga laporan kepada Tribunal Pengguna.

X. Elakkan jadi penyebar api pergaduhan dan adu domba perkauman di media sosial sedangkan kita tiada di lokasi kejadian.

P.S:-

Semoga tips ini membantu. Saya tidak copy paste memang fresh idea dari saya pagi Isnin ini atas kesedaran sosial mahukan negara tercinta ini terus aman dan stabil. Sesungguhnya rusuhan, pergaduhan, permusuhan bukan sesuatu yang baik dan bagus. Kekalkan keamanan negara kerana kita tinggal di sini, bekerja di sini dan membesar di sini bersama jiran yang pelbagai kaum terutama bagi yang tinggal di bandar seperti saya.

#lowyat #hakpengguna #keamanan #diplomasi

Gerak Kerja Terrosism Sangat Bersistematik, Peace Generation Ada Jawapannya!

Program Peace Generation menangani isu terrosism dan keganasan antarabangsa bersama Jaringan Anak Muda yang sangat bagus untuk disertai. Tahniah diucapkan kepada Peace Generation dan Jaringan Anak Muda atas inisiatif yang sangat hebat ini!

Seminar berkaitan anti terrosism yang bermodul , progresif, solution based sangat rare dan sukar ditemui di Malaysia. Sedangkan pengaruh penjahat terrorist, ISIS, Daesh dan lain-lain pengganas telah meresap di banyak negara di dunia termasuk di Asia Tenggara.

Dan para pengganas dan terrosists ini sangatlah bersistematik dan tersusun gerak langkag gerak kerja mereka di seluruh dunia! Adakah kita masih mampu berdiam diri, tidak ambil peduli dan tidak cakna kepada persekitaran kita.

Mangsa keganasan terrosism ini tidak mengenal sesiapa. Lihatlah apa yang berlaku baru-baru ini di France, Turki, Syria, Indonesia dan seluruh dunia aktiviti keganasan mereka yang sangat kejam ini! Kita dan keluarga kita mungkin mangsa seterusnya kerana mereka menyasarkan orang awam!

Di Malaysia juga aktiviti bom, serangan letupan telah bermula. Maka kita harus mengambil tindakan segera dengan awareness ilmu secara praktikal dan menyeluruh di peringkat anak muda dan grass root. Jika hanya sekadar dibahas di level intelektual semata-mata ianya akan jadi eksklusif.

Rakyat dan keseluruhan masyarakat harus dididik dan dibimbing. Peace Gen Malaysia, Peace Gen Indonesia dan Jaringan Anak Muda ada solusinya!

CC : Prof Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi, Azanisham Samat, Wasif Wan, Albark Yunus Bat, Smile Zuan, Dzulkarnain Taib, Mohd Nazrin Faiz, Saufi Jelani, Zuraidah Mohd Kassim, Ziaullah Mirza.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KONSTRUKTIF KEPADA TV ALHIJRAH.

Monday 11 July 2016


1) Sahabat saya orang kuat TV AlHijrah Saudara Azmil Abrar meminta pandangan sahabat-sahabat untuk penambahbaikan TV AlHijrah. Hijrah maksudnya perpindahan. TV AlHijrah sudah ok dan cukup baik tapi kita mahu "Hijrah" atau "Perpindahan" dari yang BAIK kepada yang LEBIH BAIK sehingga menjadi yang TERBAIK. Aamiin InsyaAllah.

2)Bagi saya banyak lagi boleh diperbaiki sekalipun secara incremental atau berdikit dikit sekalipun tidak terlalu radikal. Saya sayang TV AlHijrah kerana TV AlHijrahlah pertama sekali dalam sejarah hidup saya, bawa saya masuk ke TV melalui Rancangan Assalamualaikum sewaktu ketika dulu.

3) Terdapat satu persepsi melalui feedback yang yang saya dapat dari sesetengah pihak ialah bila sebut TV ALHijrah ianya adalah TV untuk orang orang nasyid taste, ulama-ulama dan ustaz. Bagi saya ianya beyond dari itu.

4) Dakwah Rasulullah untuk semua insan. Saya cadangkan slot usahawan level antarabangsa diperbanyakkan.  Setting rancangan assalamualaikum misalnya boleh saja interview ikon ikon popular tanah air sekalipun bukan ustaz ke set Rancangan  Assalamualaikum misalnya.

5) Contents untuk Gen Y perlu  diperbanyakkan dalam pelbagai variasi yang lebih 'hipster'. Contohnya, trending Gen Y yang hidup nomad, backpacker macam sahabat saya Putera Sriwijaya ni sekarang merupakan trending remaja. Beliau mengembara seluruh dunia petik buah, jadi nelayan di New Zealand, naik keretapi dari China ke Rusia misalnya adalah satu inspirasi.

6) Partner business saya Dato Ahmad Zaki Jinlapudin yang merupakan Atlet Strongman Level Antarabangsa boleh diperkenalkan melalui medium TV AlHijrah. Sekarang dah jadi trending anak muda Gen Y nak jadi sado dan gagah perkasa sehingga jubah pun dah ada design slim fit untuk abang-abang sado.

7) Kaitkan juga dengan Rasulullah yang badannya tough, Saidina Ali yang gagah perkasa. Islam hanya ditonjolkan melalui cerminan ustaz yang ajar Fardhu Ain, tausiyah rohani sahaja. Ya itu penting tapi berdakwah ini satu seni. Kehenseman Rasulullah , kegagahan Rasulullah, jiwa  keusahawanan Rasulullah travel oversea dengan Pakcik Baginda ketika muda boleh juga jadi medium dakwah.

8) Ceramah-ceramah ni ok tapi kalau berlebihan dengan style lama budak-budak remaja sukar nak terima. Road show perlu  diperbanyakkan dan bawa ikon dari semua golongan bukan hanya abang-abang nasyid dan ustaz-ustaz sahaja.

9) Manfaatkan artis, strongman, ahli sukan, pemuzik, rockers, designer dan juga usahawan seperti saya (sempat promote diri sendiri). Be inclusive not exclusive.

10) Akhir sekali jemput saya selalu ke konti Rancangam Assalamualaikum selalu-selalu. Tahulah nanti saya nak promote kepada anak muda macam mana. hehe

Kenangan SANFEST 2015 di Kota Bandung.

Sunday 10 July 2016

Penganjuran Program Ekonomi Perlulah Ikhlas Memberi Impak Jangka Panjang.

1. Keutamaan saya kini lebih kepada penulisan buku, gerak kerja berfokus dan spesifik kepada pembangunan komuniti atau lebih tepat golongan asnaf. Setelah tamat SANFEST 2015 saya cuba kurangkan untuk involve dalam program yang bersifat "ceremony", "konseptual" semata-mata.

2. Terlalu banyak program keusahawanan yang bersifat "awareness" yang dilihat seperti menguntungkan organizer semata-mata. Crowd atau peserta yang hadir digunakan untuk dapat tajaan dan funding kerajaan semata-mata tapi habis program tiada monitoring dan one off sahaja.

3. Organizer juga buat duit sebagai event organizer. Yang bergerak atas nama individu pula "buat duit" dengan "mengajar orang buat duit" atau "mengajar impian menjadi jutawan".

4. Setelah duit dilaburkan tiada pun follow up dan terpinga-pinga pelabur atau peserta yang telah keluarkan duit untuk sertai program/seminar/kursus usahawan dari golongan miskin yang berharap jadi usahawan atau jutawan itu.

5. Itu bukan kerja philanthropist tapi hanyalah orang opportunistic yang bersikap sebegitu. Apa sahaja program pembangunan Usahawan perlulah dengan sikap, tanggungjawab untuk monitoring dan follow up apatah lagi jika si miskin atau peserta program usahawan itu telah laburkan wang, masa dan tenaganya.

6. Jika ada rasa teraniaya timbul dalam hatinya maka tunggulah pembalasan di hari akhirat kelak. Syukur di Indonesia, dari sahabat merangkap saudara seperjuangan social entrepreneurship saya saudara Ahmad Zahir telah mengajar saya mekanisme terbaik buat saya untuk bangunkan komuniti.

7. Beliau menekankan konsep "Masjid Sebagai Pusat Peradaban Manusia". Saya bertemu beliau di masjid dan ramai lagi sahabat-sahabat baik di Masjid dan kini sedaya upaya mungkin saya cuba bangunkan komuniti usahawan yang berpusat di masjid.

8. Masjid di Malaysia sebenarnya telah ada yang benar-benar aktif seperti Masjid Hijau Bangi, Masjid di Meru, Masjid Wilayah dan beberapa lagi. Namun impak maksima belum benar-benar wujud dan masih berfokus kepada ceramah ritual semata-mata.

9. InsyaAllah saya cuba berusaha dengan izin Allah untuk mengisi vacuum itu. "Vacuum" yang saya maksudkan ialah MASJID perlu menjadi "PENYELESAI" masalah ummah secara "HOLISTIC". Moga Allah redhai dan rahmati impian ini. InsyaAllah. Amin.

#sanfest #masjid #socialentrepreneurship #philanthropy #usahawan #jutawan #asnaf #komuniti

Cadangan - Cadangan Pembangunan Aktiviti Masjid.

Saya ingin sangat bertemu dengan Ketua Pengarah Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Hj Nik Hassan. Ini adalah summary cadangan-cadangan beliau dalam sebuah jurnal akademik sejak 9 tahun yang lepas lagi untuk pembangunan aktiviti masjid yang sangat legendary. Menurut pemerhatian umum saya ianya belum benar-benar diaplikasi secara menyeluruh di masjid-masjid seluruh negara.

1. Memberi kesedaran tentang pentingnya kepada umat Islam berusaha meningkat kekuatan ekonomi melalui pendekatan Islam dalam program ilmiah di masjid.

2. Menganjur kursus, seminar dan bengkel berkaitan dengan urusan perniagaan yang berwibawa mengikut pendekatan Islam di masjid.  Dengan usaha ini ramai ahli peniaga dapat didekati kepada masjid. 

3. Membina masjid di kawasan pusat perniagaan negeri dan negara.  Oleh itu bangunan masjid perlu juga dibangun di pusat kegiatan ekonomi.  Ini sekaligus menyakinkan bahawa Islam tidak menganjurkan pemisahan ibadah khusus dengan melaksana hidup harian yang mesti disandarkan kepada Islam.

4. Menyedia kemudahan perkhidmatan perbankan, insuran dan perkhidmatan penting berhampiran dengan dan jika mampu dalam perkarangan masjid.  Usaha ini akan mendekatkan institusi kewangan ekonomi kepada individu Muslim yang mengunjung ke masjid. 

5.  Menyedia dan menjual keperluan asas masyarakat di perkarangan masjid.  Usaha ini mampu menarik ahli masyarakat mendekati masjid.  Ini termasuk kemudahan klinik-klinik kesihatan swasta.

P.S:- Cadangan-cadangan tersebut di atas adalah di antara beberapa kegiatan dan kemudahan yang disediakan berdekatan atau dalam perkarangan masjid.  Banyak lagi kemudahan atau kegiatan yang boleh diperkenalkan dari masa ke semasa mengikut keperluan setempat dan semasa.

Cadangan-Cadangan Solusi Isu Pengemis dan Pemberi Sedekah. Sebarkan!

Sunday 3 July 2016

1. Memang wujud sindiket yang peralatkan anak-anak kecil, pelajar yatim tahfiz dan orang buta untuk meminta sedekah. Malahan ada yang menyamar buta dan cacat pun ada. Pihak penguasa perlu rajin dan agresif siasat dan tangkat para sindiket dan penipu ini.

2. Pendatang asing yang meminta sedekah. Bertindaklah ikut undang-undang. Minta IC atau pas lawatan. Jika tiada dokumen sah memang perlu ditangkap kerana undang-undang perlu ditegakkan. Kalau ambil contoh negara barat,jika kita minta sedekah di UK dan tiada passport atau pas lawatan memang pun kena tangkap.

3. Uruskan peminta sedekah yang benar-benar susah ini dengan penuh kasih sayang dan hormat. Kalau nak denda mereka, duit pun minta simpati orang macam mana nak denda mereka? Jika mereka tak mampu bayar nak penjarakan mereka wahai pemimpin?

4. Pihak yang ada autoriti boleh guna kuasa untuk "ambil" mereka letakkan tempat khas yang selamat, bersih, selesa dan siasat status mereka, beri kaunseling dan serahkan pada pegawai baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dibantu. Jika ada ahli keluarga hubungi ahli keluarga mereka dan tanya kenapa biarkan mereka merayau?

5. Isu Homeless? Jika ambil pendekatan Pihak Berkuasa Nevada City di USA. Mereka keluarkan permit untuk homeless people ni dapatkan untuk merayau-rayau di bandar. Dan mereka sediakan bangunan atau rumah atau tempat khas untuk homeless untuk tinggal sementara waktu dalam pantauan pihak berkuasa. Bagi saya siasat mereka dan bagi bantuan Baitulmal atau JKM jika perlu. Jika ada rekod jenayah perlu disiasat polis.

6. Budaya sedekah orang Malaysia bagus. Apa kata selepas ini sedekah dengan memberi makanan dan minuman kepada peminta sedekah.

7. Institusi masjid yang mengumpul duit berkepuk-kepuk jangan hanya simpa duit di masjid untuk hias masjid bagi lawa-lawa dan bayar ustaz-ustaz bagi ceramah politik atau agama sahaja. Usahakan cari orang-orang miskin di kariah masing-masing. Masjid kena progresif dalam keadaan zaman yang dikatakan ramai rakyat melayu murtad sebab terhutang budi dengan jasa gereja yang bantu orang miskin.

8. Institusi Baitulmal dan JKM perlu lebih mesra rakyat dan kurangkan birokrasi. Duit zakat jangan sibuk nak invest untuk bisnes ladanglah, pelaburan sahamlah (kalau adalah). Gunakanlah duit zakat untuk bantu asnaf miskin ini dan asnaf orang berhutang yang dibelit Ah Long kerana faktor yang benar-benar terdesak bukan sebab nak hidup gaya mewah.

9. Pihak berkuasa perlu kerja keras halang penyalahgunaan pusat tahfiz atau rumah penjagaan anak-anak yatim yang menggunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah sehingga larut malam di bandar-bandar dan stesen-stesen minyak.

10. Kempen media massa, new media ,media sosial, media cetak mahupun media elektronik perlulah berkaitan kesedaran membantu orang yang miskin, kesedaran membantu kanak-kanak teraniaya untuk minta sedekah dan sebaran maklumat kerja-kerja amal dan tempat untuk orang miskin  yang boleh disumbangkan wang ataupun apa sahaja yang diperlukan.

P.S:-

Mungkin statement "pemimpin" itu disalah ertikan tetapi sepatutnya sebagai pemimpin negara anda perlulah keluarkan statement yang jelas dan tidak timbulkan salah faham dan bersifat generalization. Spesifikkan kategori peminta sedekah yang macam mana perlu diuruskan. Jangan guna ayat kasar seperti "ingin halau", "ingin tangkap", "ingin denda" kerana ianya berbunyi kasar dan berbentuk hukuman  kepada golongan miskin dan susah itu. Kemiskinan itu sendiri sudah cukup menjadi hukuman berat buat mereka...

-Effendy Si Rakyat Marhaen -

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger