Perbandingan Korea dan Malaysia : Rancangan cari bakat penghibur kanak-kanak dan drama bersiri.

Sepanjang saya diam tak update di facebook selama sebulan, di samping sibuk dengan urusan international business & trading, saya mengikuti rancangan hiburan cari bakat kanak-kanak bertajuk "We Kid" dan Drama Bersiri Korea bertajuk "Misaeng : Incomplete".

Sangat berbeza dengan Malaysia, rancangan bakat hiburan nyanyian kanak-kanak di Malaysia kelihatan seperti memaksa kanak-kanak menjasi dewasa, terlalu berkonsep hiburan semata-mata dan kurang elemen motivasi dan tidak realistik.

Dalam We Kid Korea pula bakat kanak-kanak ini disesuaikan dengan lagu bertemakan motivasi, kasih sayang dengan elemen kanak-kanak yang bersesuaian. Ditonjolkan juga latar belakang keluarga kanak-kanak ini yang mementingkan akademik dan aktiviti luar akademik yang seimbang.

Drama Misaeng : Incomplete Korea pula berkaitan kisah dalam organisasi syarikat besar yang melibatkan hubungan antara staffs dan bos, pengurusan pejabat, politik pejabat, strategi pemasaran, pengurusan klien, international trading business dan ianya sangat realistik dan memberi inspirasi kepada warga kerja.

Yang menariknya drama ini berkaitan sebuah syarikat trading tahap antarabangsa, terdapat babak trading 'Halal Products' dibincangkan dalam drama Korea ini. Saya juga sedang mengusahakan trading produk halal di peringkat antarabangsa dan bila lihat drama Korea bersiri terasa saya sebahagian dalam watak drama itu.

Di Malaysia, terlalu tipikal dengan kisah anak orang kaya korporat sombong dan cinta dengan anak orang miskin yang akhirnya mengubah sikap anak orang kaya itu. Kisah drama Malaysia kebanyakkannya seputar kisah antara dua darjat.

Malaysia harus ada anjakan paradigma dengan World Class Mentality. Wawasan 2020 tinggal tak sampai 4 tahun sahaja lagi. Malaysia akan berubah menjadi negara maju dan rakyatnya dari segala lapangan kehidupan dan aktiviti perlu bawa mentaliti negara maju juga.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger