Kisah Imam Masjid Jamek Alam Shah diganggu pelacur asing dari China dan harapan kepada pemimpin-pemimpin negara anak muda generasi masa hadapan!


Tadi ternampak siaran berita jam 1.30 petang di TV3. AJK masjid memanggil TV3 supaya kawasan sekitar masjid yang penuh dengan pelacur asing dibanteras. Kawasan masjid itu berdekatan pasar pudu, Jalan Pasar yang penuh dengan pusat pelacuran.

Jalan Pasar Pudu ini adalah kawasan Parlimen Bukit Bintang jika tidak silaplah. Parlimen Bukit Bintang adalah kawasan Ahli Parlimen DAP (P120), Encik Fong Kui Lun dan juga kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kemuncak sakit hati orang masjid apabila imam masjid diganggu oleh pelacur ketika beliau keluar dari ATM Bank berdekatan ditarik tangan sehingga jatuh hand phone dan beg duit. Difahamkan serban beliau juga jatuh. Rasanya imam terselamat dari godaan dan gangguan itu. Tak pasti apa terjadi pada serban, beg duit dan hand phone beliau.

MASALAH DIKENALPASTI:-

1. Masalah pelacuran tahap kronik di Ibu Negara Malaysia tak pernah selesai. Mengapa hebat sangat masalah pelacuran ini berdekad dekad tidak pernah selesai?

2. Di manakah DBKL, pihak Polis, Jabatan Agama Islam, Jabatan Imigresen, Ahli Parlimen yang sepatutnya selesaikan masalah pelacuran ini? Di bawah Seksyen 372A jenayah sindiket pelacuran ini boleh disabitkan maksimum 15 tahun penjara .

3. Tidak hormat pada Pak Imam dan Institusi Masjid dan Agama. Pelacur juga berpeleseran di kawasan masjid.

4. Kempen - kempen mengatasi masalah pelacuran, persundalan seperti tidak kedengaran.

5. Kempen Gerakan Dakwah kepada para pelacur dan mak nyah perlu dijadikan kempen peringkat kebangsaan juga tidak kedengaran.

SOLUSI:-

1. Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa Pihak Polis, Imigresen, Jabatan Agama, DBKL dan Ahli Parlimen.

2. Kempen-kempen kesedaran dan pemutihan akhlah di kawasan tersebut oleh NGO-NGO Agama dan Masyarakat. Jangan sibuk nak berpolitik partisan.

3. Anak-anak muda generasi baharu yang sibuk publisiti diri di media sosial yang cuba memposisi secara tak langsung sebagai pemimpin masa depan negara ambil tahu dan pasang azam supaya kegagalan pemimpin tua dan pemimpin masa kini yang gagal selesaikan masalah sosial ini tidak berulang.

KESIMPULAN:-

Isu gejala sosial akan berkait rapat dengan pelbagai masalah lain. Isu rogol, jenayah, AIDS akan berleluasa. Malaysia dikenali sebagai Hub Halal, Hub Bank Islam dan Perlembagaan Negara juga mempunyai DNA Islam.

Perlembagaan dua Parti Polititk Melayu seperti PAS dan UMNO juga meletakkan Islam sebagai DNA dan perkara penting dalam perlembagaan parti masing-masing.

Keberkatan dan Rahmat Ilahi ini dalam sesebuah negara penting walaupun bagi golongan Atheism, Anti Agama dan Liberal Agama (yag negatif) menganggap isu pelacuran ini bukan masalah yang merisaukan.

Anak-anak muda dan pemimpin generasi masa hadapan, jika anda jadi pemimpin nanti dalam kepemimpinan negara, Jabatan Polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama, DBKL buatlah perubahan radikal. Jangan korupsi dan hapuskanlah masalah sosial ini sungguh-sungguh.

Aamiin Ya Allah.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger