Tahniah kepada penganjur World Village Conference 2016!

Monday 23 May 2016

Sepatutnya saya salah seorang speaker di World Village Conference 2016 yang berlangsung di Purwakarta Indonesia bermula 22 May hingga 26 May ini. Namun saya ada urusan yang tidak dapat dielakkan di tanah air. Tidak dapat hadir ke conference yang sangat bagus ini.

Suatu konsep yang sangat hebat  diusahakan oleh penganjur yang disokong oleh Mayor Purwakarta H.E Dedi Mulyadi dengan usaha ini. Memajukan kawasan daerah kampung tanpa perlu berubah menjadi bandar. Kemajuan yang organik dan mementingkan biodiversiti suasana hijau dan pokok-pokok.

Malahan dalam program ini Mayors dari USA, Korea dan delegasi 'pemimpin anak muda kampung' dari 30 negara datang membentangkan dan diskusi keadaan kampung di negara masing-masing.

Di negara maju seperti Korea dan USA telah ada usaha untuk memajukan bandar menjadi suasana kampung yang hijau dengan konsep 'GREEN CITY'. Kita selama ini menyangkakan kemajuan sesebuah kampung adalah dengan berubah menjadi bandar sedangkan kini bandar yang maju adalah bandar yang ada suasana kampung!

Sayang seribu kali sayang tidak dapat hadir. Kepada orang kuat organizer program World Village Conference ini sahabat saya Gugun Gumilar dan Nadya Pratiwi, anda berdua pemimpin anak muda yang sangat hebat dan saya sangat kagum dan terinspirasi dengan idealisme kalian.

Semoga program ini sukses dan InsyaAllah saya akan partisipasi di acara akan datang!

P.S:-  Diucapkan tahniah kepada Datuk Dzulkarnain Taib, Presiden Yayasan Media Hebat sebagai antara speaker utama dari Malaysia dan Wasif Wan, Pengerusi Jaringan Anak Muda  yang membawa nama Malaysia di persidangan hebat bertaraf dunia ini.

Kisah Imam Masjid Jamek Alam Shah diganggu pelacur asing dari China dan harapan kepada pemimpin-pemimpin negara anak muda generasi masa hadapan!

Friday 20 May 2016


Tadi ternampak siaran berita jam 1.30 petang di TV3. AJK masjid memanggil TV3 supaya kawasan sekitar masjid yang penuh dengan pelacur asing dibanteras. Kawasan masjid itu berdekatan pasar pudu, Jalan Pasar yang penuh dengan pusat pelacuran.

Jalan Pasar Pudu ini adalah kawasan Parlimen Bukit Bintang jika tidak silaplah. Parlimen Bukit Bintang adalah kawasan Ahli Parlimen DAP (P120), Encik Fong Kui Lun dan juga kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kemuncak sakit hati orang masjid apabila imam masjid diganggu oleh pelacur ketika beliau keluar dari ATM Bank berdekatan ditarik tangan sehingga jatuh hand phone dan beg duit. Difahamkan serban beliau juga jatuh. Rasanya imam terselamat dari godaan dan gangguan itu. Tak pasti apa terjadi pada serban, beg duit dan hand phone beliau.

MASALAH DIKENALPASTI:-

1. Masalah pelacuran tahap kronik di Ibu Negara Malaysia tak pernah selesai. Mengapa hebat sangat masalah pelacuran ini berdekad dekad tidak pernah selesai?

2. Di manakah DBKL, pihak Polis, Jabatan Agama Islam, Jabatan Imigresen, Ahli Parlimen yang sepatutnya selesaikan masalah pelacuran ini? Di bawah Seksyen 372A jenayah sindiket pelacuran ini boleh disabitkan maksimum 15 tahun penjara .

3. Tidak hormat pada Pak Imam dan Institusi Masjid dan Agama. Pelacur juga berpeleseran di kawasan masjid.

4. Kempen - kempen mengatasi masalah pelacuran, persundalan seperti tidak kedengaran.

5. Kempen Gerakan Dakwah kepada para pelacur dan mak nyah perlu dijadikan kempen peringkat kebangsaan juga tidak kedengaran.

SOLUSI:-

1. Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa Pihak Polis, Imigresen, Jabatan Agama, DBKL dan Ahli Parlimen.

2. Kempen-kempen kesedaran dan pemutihan akhlah di kawasan tersebut oleh NGO-NGO Agama dan Masyarakat. Jangan sibuk nak berpolitik partisan.

3. Anak-anak muda generasi baharu yang sibuk publisiti diri di media sosial yang cuba memposisi secara tak langsung sebagai pemimpin masa depan negara ambil tahu dan pasang azam supaya kegagalan pemimpin tua dan pemimpin masa kini yang gagal selesaikan masalah sosial ini tidak berulang.

KESIMPULAN:-

Isu gejala sosial akan berkait rapat dengan pelbagai masalah lain. Isu rogol, jenayah, AIDS akan berleluasa. Malaysia dikenali sebagai Hub Halal, Hub Bank Islam dan Perlembagaan Negara juga mempunyai DNA Islam.

Perlembagaan dua Parti Polititk Melayu seperti PAS dan UMNO juga meletakkan Islam sebagai DNA dan perkara penting dalam perlembagaan parti masing-masing.

Keberkatan dan Rahmat Ilahi ini dalam sesebuah negara penting walaupun bagi golongan Atheism, Anti Agama dan Liberal Agama (yag negatif) menganggap isu pelacuran ini bukan masalah yang merisaukan.

Anak-anak muda dan pemimpin generasi masa hadapan, jika anda jadi pemimpin nanti dalam kepemimpinan negara, Jabatan Polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama, DBKL buatlah perubahan radikal. Jangan korupsi dan hapuskanlah masalah sosial ini sungguh-sungguh.

Aamiin Ya Allah.

Isu DJ radio keterlaluan, ianya sangat memalukan.

Thursday 19 May 2016


Setiap pagi apabila ke tempat kerja apabila memandu kereta menghadapi traffic jam, saya akan membuka siaran radio.

Apa yang saya dengar banyak radio tempatan terlalu syok sendiri dengan DJ nya yang cakap 'engkau', 'aku', gelak ketawa mengilai lelaki perempuan dan ada pula rancangan panggilan hangit menipu menyakitkan hati isteri orang. Kebiasaannya saya akan tukar siaran radio.

Radio Islamik pula bunyi audio seperti tidak berkualiti dan terlalu mengasak dengan ceramah berat-berat sepanjang masa. Islam itu Indah dan kalau boleh Radio Islamik tingkatkan kualiti audio dan pengisian yang lebih dinamik dan moden tapi universal dan lebih memikat generasi muda. Seruan Islam bukan hanya untuk orang baik-baik sahaja, Islam adalah inklusif bukan eksklusif.

Bagi saya radio siaran berbahasa Inggeris lebih berkualiti dan balance. Santai, relaks, tiada ketawa mengilai dan sopan. Lagu yang dipilih berkualiti contoh yang saya puji dan boleh kita dengar ialah Radio Light and Easy .

Radio 24 BERNAMA adalah pilihan terbaik radio berbahasa Melayu yang saya ada balance dengan info berkualiti dan lagu juga ok pilihan DJ.

Sedih memerhati mentaliti orang Melayu Islam yang jadi DJ Radio ini. Adab berbicara budaya Melayu Islam mempunyai kaedahnya, sikap percakapan yang kurang manis adalah tidak sewajarnya anda tunjukkan di khalayak ramai pendengar apatah lagi anda didengari ratusan ribu dan jutaan pendengar bukan begitu caranya.

Tidak perlulah berbicara seperti tahap Ustaz atau Ustazah. Belajarlah dari DJ Radio Light and Easy bagi saya sudah cukup baik dan bersopan.

Ucapan Selamat Hari Guru (16 Mei)

Wednesday 18 May 2016

Saya dengan ini bersempena 16 MEI dengan segala hormatnya ingin membuat ucapan khas SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru saya yang mengajar dan mendidik saya di institusi-institusi ilmu seperti berikut selama ini.

Formal Education:-

1. Tadika Perba , Kampung Melayu Ampang, Ampang Selangor.
2. Tadika KEMAS, Taman Tasik Ampang, Ampang Selangor.
3. Sekolah Kebangsaan Ampang,  Selangor.
4. Sekolah Rendah Agama Kampung Melayu Ampang Selangor.
5. Sekolah Kebangsaan Taman Kosas, Ampang Selangor.
6. Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau Kuantan Pahang (UPSR).
7. Sekolah Menengah Damansara Jaya, Kuala Lumpur.
8. Sekolah Menengah Saint Thomas Kuantan Pahang (PMR).
9. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak (SPM).
10. Universiti Malaya (Certificate in Islamic Studies).
11. Institut Profesional Baitulmal (Diploma in Business), Kuala Lumpur.
12. Institut Zaba Pasir Mas (STPM), Kelantan.
13. Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Selangor (Degree in Law).
14. Open University Malaysia (Degree in Islamic Studies), Bangi Selangor.
15. Kuala Lumpur Metropolitan University College (MBA ongoing).

Islamic Informal Education:-

1. Pondok Pasir Tumboh, Madrasah Diniah Bakriah, Kota Bharu Kelantan.
2. Pondok Lubuk Tapah, Madrasah Al-Rahmaniah, Pasir Mas Kelantan.
3. Pondok Seligi, Pasir Puteh Kelantan.
4. Akademi 'Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun, Shah Alam, Selangor.
5. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Sijil Usuludin.

Self - enrichment Education:-

1. Pusat Latihan Pidato Profesional Malaysia (PULAPIPRO).
2. Akademi Nusantara (Pidato Nusantara - Dato Syed Ahmad).
3. Akademi Potensi Diri (Motivasi - Cikgu Alias Muda).
4. Akademi Pemikiran Bitara Jaafar Rahim (Pemikiran&Falsafah - Datuk Jaafar Abdul Rahim).
5. British Council English Language Centre, Kuala Lumpur.

Perguruan Persilatan Melayu dan Seni Pertahanan Diri:-

1. Gerak Silat Lian.
2. Taekwondo WTF.
3. Taekwondo GTF.
4. Pencak Silat Gerak Pendekar.
5. Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Wahai Guru...

Dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru.

P.S:-

Ini tidak termasuk pusat-pusat tuisyen yang dihantar ibu dan ayah saya ketika menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR.

Juga ustaz dan ustazah yang mengajar saya mengaji ilmu agama Islam dan Al-Quran di rumah-rumah, surau-surau dan masjid-masjid.

Terima kasih buat guru-guru saya semua.

Kalianlah insan mulia yang membimbing diri ini dalam kegelapan dengan cahaya yang menerangi diri ke jalan kebaikan dan kebenaran.

Semoga Allah merahmati dunia dan akhirat guru-guruku semua. Aamiin Ya Robbal Aalamiin.

'THINKERS' dalam dunia peperangan perniagaan.

Nasihat yang bagus dari sahabat baik saya merangkap mentor saya dalam Corporate Law, Tuan Lawyer Abdul Syaheed Ismail semalam selepas meeting berkaitan penubuhan beberapa buah syarikat yang mempunyai network dari Turki di office saya di Titiwangsa.

Beliau memetik kata-kata Confucius, "Jika anda dalam peperangan anda harus ada JENERAL PERANG yang hebat dan jika anda dalam perniagaan anda harus bersama dengan THINKERS  yang hebat."

Siapakah "THINKERS" itu wahai sahabat-sahabat usahawan dan ahli perniagaan sekalian?

Enam orang ini anda harus sentiasa dekat, dengar nasihat profesional mereka dan bawa bersama dalam memajukan atau menjalankan perniagaan anda:-

1. Company Secretary
2. Accountant
3. Tax Advisor
4. Lawyer
5. Banker
6. Shariah Advisor.

Mereka inilah yang akan menjadi 'Thinkers' yang akan memajukan perniagaan anda dengan kepakaran yang mereka ada. Dalam masa yang sama anda juga perlu sedikit sebanyak mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan thinkers yang saya sebut itu.

Tuan Abdul Syaheed adalah lawyer hebat yang selalu bersama dengan saya ketika susah dan senang dalam bidang perniagaan. Malahan persahabatan kami bermula sejak zaman sekolah dan mula bertemu pertama kali di masjid.

Kami pernah sama-sama bekerja di sebuah Legal Firm terkenal tanah air dan sama-sama sebagai rakan kongsi  perniagaan yang menggerakkan Legal Firm ASICOLEGAL yang ditubuhkan oleh beliau sewaktu ketika dahulu.

Diskusi kami berkaitan isu-isu penubuhan syarikat yang mempunyai shareholder orang luar negara, isu-isu imigresen, taxation, branding, trademark, Intellectual Property dan Corporate Governance yang menjurus ke arah perniagaan berkaitan Tourism, Food&Beverages, Education dan Housekeeping Services.

P.S:- Jika ada sahabat-sahabat dalam bidang yang saya sebut di atas saya nak berkenalan dan nak menuntut ilmu mendalami cabaran dan peluang dalam industri tersebut.

Kuasa Ahli Perniagaan Gen-Y.

Saturday 7 May 2016

Kuasa ahli perniagaan sukses yang tidak bergantung pada kerajaan adalah bukan calang-calang. Mereka mempunyai keyakinan diri tinggi dan mereka juga menyumbangkan kembali keuntungan bisnes mereka kepada kerajaan melalui cukai perniagaan mereka.

Saya mengikut secara dekat perkembangan seorang anak muda usahawan (saya kenal secara peribadi) yang berani menegur dan membaiki imej diri yang cuba dimalukan. Beliau berani menegur dan menyuarakan pendapat beliau kepada seorang yang mempunyai kuasa yang besar tertinggi dalam sebuah kerajaan kerana yakin beliau di pihak yang benar.

Gen-Y masa kini adalah golongan yang mempunyai network di dunia tanpa sempadan. Malahan peluang niaga juga terbuka luas. Mereka berada di kelas tersendiri dalam dunia global dari aspek pendidikan, keusahawanan dan juga politik.

Kepada golongan ayahanda, ibunda dan mereka dalam kategori generasi lama, baby boomers, komunikasi masa kini tidak lagi boleh menggunakan 'aku orang tua' dan 'kamu orang muda' sebagai ayat untuk mendominasi.

Zaman kini salah guna kuasa oleh mana-mana kuasa politik, jabatan kerajaan, kementerian diperhati rapat-rapat. Segalanya kini boleh jadi viral. Berhati-hatilah dalam mengeluarkan kenyataan rasmi kerana zaman telah berubah.

Kuasa media sosial boleh memviralkan salah laku dan kuasa media juga boleh menaikkan imej orang yang baik dan jujur.

Perbandingan Korea dan Malaysia : Rancangan cari bakat penghibur kanak-kanak dan drama bersiri.

Sepanjang saya diam tak update di facebook selama sebulan, di samping sibuk dengan urusan international business & trading, saya mengikuti rancangan hiburan cari bakat kanak-kanak bertajuk "We Kid" dan Drama Bersiri Korea bertajuk "Misaeng : Incomplete".

Sangat berbeza dengan Malaysia, rancangan bakat hiburan nyanyian kanak-kanak di Malaysia kelihatan seperti memaksa kanak-kanak menjasi dewasa, terlalu berkonsep hiburan semata-mata dan kurang elemen motivasi dan tidak realistik.

Dalam We Kid Korea pula bakat kanak-kanak ini disesuaikan dengan lagu bertemakan motivasi, kasih sayang dengan elemen kanak-kanak yang bersesuaian. Ditonjolkan juga latar belakang keluarga kanak-kanak ini yang mementingkan akademik dan aktiviti luar akademik yang seimbang.

Drama Misaeng : Incomplete Korea pula berkaitan kisah dalam organisasi syarikat besar yang melibatkan hubungan antara staffs dan bos, pengurusan pejabat, politik pejabat, strategi pemasaran, pengurusan klien, international trading business dan ianya sangat realistik dan memberi inspirasi kepada warga kerja.

Yang menariknya drama ini berkaitan sebuah syarikat trading tahap antarabangsa, terdapat babak trading 'Halal Products' dibincangkan dalam drama Korea ini. Saya juga sedang mengusahakan trading produk halal di peringkat antarabangsa dan bila lihat drama Korea bersiri terasa saya sebahagian dalam watak drama itu.

Di Malaysia, terlalu tipikal dengan kisah anak orang kaya korporat sombong dan cinta dengan anak orang miskin yang akhirnya mengubah sikap anak orang kaya itu. Kisah drama Malaysia kebanyakkannya seputar kisah antara dua darjat.

Malaysia harus ada anjakan paradigma dengan World Class Mentality. Wawasan 2020 tinggal tak sampai 4 tahun sahaja lagi. Malaysia akan berubah menjadi negara maju dan rakyatnya dari segala lapangan kehidupan dan aktiviti perlu bawa mentaliti negara maju juga.

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger