Menghargai Ahli Sukan Muda.

Isu terkini yang hangat diperkatakan di Malaysia terutama di media sosial yang menjadi trending adalah mengenai pengiktirafan bakat anak-anak muda dalam bidang sukan terutama yang berusia 12 tahun ke bawah.

Menurut perhatian saya. Isu duit bukan isu utama. Namun jika hadiah ingin diberikan dalam pertandingan itu adalah wang ringgit, maka tidak wajar dibuat replika mock cheque besar tapi dengan nilai yang sangat rendah sehingga tahap nilainya ialah 30,20,10 ringgit dan sebotol air plastik.

Di barat, duit bukan keutamaan tetapi para pemenang kanak-kanak ini diiktiraf sewajarnya. Mereka diberikan medal, certificate, liputan media dan sudah pasti akan diberikan tindakan susulan sistematik menggilap bakat tersebut di pusat latihan swasta yang selalunya akan menyediakan sponsorship tajaan latihan professional ke atas bakat anak muda itu dalam bentuk bantuan kewangan, latihan dan juga pengajian akademik (ini berdasarkan pengalaman saya menghantar adik bongsu saya bermain bola sepak di luar negara sewaktu ketika dahulu).

Di Malaysia, tindakan susulan ke atas bakat hebat sangat kurang. Apatah lagi jika bakat itu adalah anak kampung yan tidak punyai wang dan sokongan keluarga. Sebagai contoh selepas menang pertandingan lumba basikal itu dan dengan kemenangan RM 30,20,10 di manakah bakat-bakat baru itu akan dibawa?

Isu RM 30,20,10 juga menjadi panas kerana masyarakat masih marah dengan isu-isu pecah amanah RM100 juta yang tidak disedari dan tidak diketahui oleh pihak menteri sendiri. Malahan penganjuran lumba basikal itu dilihat hebat dengan kehadiran menteri dan mock cheque yang nampak gah namun taraf penilaian hadiah setaraf dengan hadiah di acara sukaneka bagi hari keluarga syarikat swasta kecil.

Kesimpulan.

Hadiah wang jika ingin diberi, berikan dengan nilai tinggi dan sewajarnya supaya dapat digunakan oleh para pemenang untuk kegunaan maintainance alatan sukan dan makanan atlet.

Penganjuran hebat juga harus konsisten melatih bakat yang diperolehi melalui data base kemenangan ahli sukan muda ini dalam pertandingan yang dianjurkan seterusnya menjadi medan pegawai scouting bakat baharu melihat potensi anak muda sukan di masa hadapan.

Event management dalam acara sukan haruslah telus dan bijak memahami sentimen masyarakat. Ibu bapa yang berkorban wang ringgit dan masa harus bersedia dari segi mentaliti dan psikologi kerana management sukan kita belum lagi di tahap yang sama dengan negara maju.

Kepada atlet muda dan keluarga. Jangan putus asa, jaga kesihatan, jaga pemakanan dan jaga juga pendidikan di sekolah mahupun universiti sebagai back up untuk sebarang kemungkinan yang ada dalam bidang sukan.

Sukan di Malaysia perlukan banyak pengorbanan ibu bapa dan keluarga. Itulah resipi kejayaan utama, sokongan keluarga!

Majulah sukan untuk negara!

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger