Berniaga makanan dengan harga murah untuk keberkatan dan menyelesaikan masalah masyarakat.

Antara perkara yang perlu diberikan penekanan dan juga sebagai prinsip kepada para peniaga adalah konsep berniaga untuk selesaikan masalah masyarakat dan mendapatkan keberkatan.

Kisah Gerai Nasi Kukus Ayam Berempah.

Semalam singgah makan tengah hari di sebuah kedai makan berhadapan Maybank Jalan Raja Muda, KL. Nasi kukus ayam berempah adalah menu utama yang dijual hanya RM3.50.

Manakala air minuman adalah layan diri. Diletaknya pelbagai jenis air seperti teh o, sirap, bandung dan ais dan layan diri. Limau nipis juga disediakan dalam mangkuk untuk dibuat teh o ais limau misalnya.

Kos saya makan dan minum ialah RM3.50 nasi kukus ayam berempah dan RM1.30 teh o ais limau buat sendiri. Semuanya RM4.80 sahaja!

Saya membuat analisis mengenai kedai tersebut ialah kawasan rumahnya dibuat restoran dan market mereka ialah mahasiswa di Universiti Swasta yang berhampiran. Menu mereka ialah OMR iaitu One Menu Receipe.

Jualan mereka mesti tidak lari minimum 200 hidangan setiap hari. RM5 × 200 = RM1000. Kiraan kasar saya untung kasar adalah 50% dari nilai jualan bersamaan RM500 sehari. Jika sebulan mereka mendapat RM500x30 = RM15,000 sebulan! Sama dengan gaji bulanan Ahli Parlimen Malaysia!

Kisah Gerai Ustaz Jual Taufu Fa.

Di kawasan rumah saya di kawasan Sungai Tangkas berdekatan Universiti Kebangsaan Malaysia , Bangi pula. Ada seorang ustaz ini menjual makanan dan minuman berasaskan soya seperti taufu fa dan air soya.

Beliau maintain jual setiap jenis makanan dan minuman di gerai beliau hanya RM1 sahaja! Bila saya tanya GST tak charge? Beliau kata GST absorb sekali dalam harga sambil ketawa sahaja.

Beliau mula berniaga selepas Asar dan Waktu Maghrib beliau terus ke masjid berdekatan meninggalkan gerai beliau begitu sahaja. Saya yakin ustaz ini orang soleh dan baik hatinya. Setiap kali balik rumah singgah kedai beliau saya akan membeli di kedia beliau.

The Moral Values.

Di dunia ini yang dikatakan zalim, kejam dan sungguh menekan perasaan dalam survival kehidupan terutama di kawasan bandar masih lagi wujud insan-insan peniaga sebegini yang berniaga bukan semata-mata mahu untung berlebihan tetapi menyelesaikan dan memudahkan kehidupan orang lain.

InsyaAllah ada keberkatan di situ dan ada kemanisan iman dimiliki mereka kerana sudah pasti ramai orang yang mendoakan mereka. Alhamdulillah.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger