PENGANTARABANGSAAN PEMIKIRAN PEMIMPIN ANAK MUDA MALAYSIA.

Secara umumnya dan pemerhatian peribadi saya. Sahabat-sahabat anak muda yang berusia lingkungan 25 tahun ke bawah dari luar negara seperti Indonesia, Filipina dan negara-negara maju seperti USA, UK, German dan Australia dilihat matang awal.

Tanpa bantuan secara direct kerajaan negara masing-masing mereka mampu menggerakkan event antarabangsa yang melibatkan banyak negara seluruh dunia sebagai rangkaian network mereka untuk business, education dan social movement.

Saya kagum dengan mereka. Di Malaysia bagaimana? Adakah hanya dengan bergantung kepada kerajaan dan subsidi segala aspek menyebabkan anak muda kita dilihat tidak berdaya dan lemah mandiri dan berusaha bersaing di peringkat antarabangsa. Database saya untuk jaringan pemimpin muda antarabangsa memang ada dari luar Malaysia.

Saya perlukan lagi info anak-anak muda Malaysia yang berani bersaing di peringkat antarabangsa, menganjurkan program antarabangsa tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan dan buktikan anak muda Malaysia juga cukup matang dan berpotensi menjadi pemimpin dunia masa hadapan. Info ini perlu kepada saya untuk saya 'match' kan dengan network antarabangsa yang saya ada.

Dalam masa yang sama kita membanggakan nama negara dan tunjukkan imej yang baik kepada sahabat-sahabat antarabangsa kita. Kisah kejayaan Tun Dr  Mahathir di peringkat antarabangsa juga boleh menjadi kisah inspirasi.

Jasa Tun Razak di peringkat antarabangsa juga perlu dihayati selalu sebagai inspirasi selaku pengasas ASEAN bersama rakan-rakan menteri luar ASEAN ketika itu bersama pemimpin - Menteri Luar Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand (Adam Malik, Narciso R. Ramos, S. Rajaratnam dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai "Deklarasi ASEAN".

Waktu itu atas jasa Tun Razak dalam mengasaskan ASEAN, Malaysia menjadi negara berkecuali yang sangat dihormati oleh kuasa dunia seperti China, Rusia dan USA juga harus terpahat erat sebagai contoh tauladan aspirasi dalam jiwa anak muda kita.

Saya akan terus berusaha berdikari dan mandiri dalam usaha pengantarabangsaan pemikiran anak muda Malaysia bersempena inspirasi legasi kepemimpinan negara kita yang hebat sewaktu ketika dahulu.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger