Nasihat Kepada Usahawan Baru, Jangan Malu Menjual Secara Kecil-Kecilan.

Nak menjadi usahawan skills jual beli kena mahirkan dulu. Seperti kita naik basikal masa kanak-kanak dulu. Naik basikal kecil dulu jatuh bangun dan sudah hebat pandai menunggang basikal baru pakai basikal besar seterusnya belajar naik motor pula.

Mark Cuban seorang Billionair hebat dari USA pernah cakap "Only morons start business with loan". Anda lihat businessman lain kaya raya dengan BMW dan kedai besar anda ingat mereka terus kaya begitu? Biasanya mereka ini bermula dengan kisah sedih dan tragis. Dihina, dicerca, kena tipu, kena pulau dan pelbagai lagi kisah susah mereka yang buat mereka kuat dan nampak gagah sekarang ini dengan BMW atau Mercedez mereka kini.

Ya, memang ada anak-anak jutawan mak ayah jutawan lepas tu bantu anak-anak mereka buka business dan dilemparkan carpet merah kepada mereka. Itu rezeki mereka dan mereka tetap diuji juga. Ujian anak-anak orang kaya lain pula. Bila terlalu senang dapat duit kadang-kadang terlalu senang pula habiskan duit. Jiwa pula kosong.

Ini untuk usahawan baru saya nak cerita sikit. Anda tak pernah menjual hatta sebungkus nasi lemak pun kemudian anda nak terus buat loan puluh ribu, ratus ribu buat bisnes? Percayalah anda adalah calon bankrupsi paling berpotensi di muka bumi.

Untuk mereka-mereka anak muda yang ingin buat bisnes dari kalangan bukan anak orang kaya dan mak bapak pula memang jahil business dan keluarga keturunan makan gaji, mulakan dengan meniaga, bekerja jual produk orang lain dulu. Tak kira online atau offline.

Jika anda graduan lepasan universiti yang minat business. Anda tengok Jobstreet dan The Star Vacancies kekosongan kerja Eksekutif Pemasasan dan Jualan memang sentiasa banyak peluang kerja. Kerana kerja bidang pemasaran ini dinilai berdasarkan target sales setiap bulan. Basic kecil sahaja.Tak cukup target sales dalam masa 3 bulan anda akan diberi notis satu bulan berhenti kerja.

Pengalaman Menjual Saya.

Pengalaman saya bekerja dalam bidang Sales dan Marketing cukuplah banyak dan  saya boleh tulis satu buku berkaitannya. Pengalaman menjual saya bermula sejak sekolah rendah darjah 4 lagi (tahun 1992). Saya jual Kad Nama yang saya order dari Penang. 10 orang saya jual saya dapat satu pakej kad nama percuma. Bila sekolah menengah Hari Kantin Sekolah saya jual rojak buah-buahan dari resepi ibu saya.

Ketika zaman universiti saya jual buku teks undang-undang (yang original dan fotostat) dari hostel ke hostel kepada juniors saya. Saya pernah jual alat senaman kecergasan di shopping complex, saya pernah menjual vacuum pembersihan yang eksklusif yang perlu masuk rumah ke rumah dan buat demonstrasi, saya pernah jual kertas A4 dari kedai ke kedai .

Juga pernah jual personal loan untuk beberapa buah bank. Pernah jual juga produk insurans. Belum masuk lagi jual produk kopi gagah untuk produk MLM Konvensional lebih dari 5 companies (jika ingin terlibat dalam busines MLM pilih MLM yang ada pengiktirafan Akta Jualan Langsung). Jual produk MLM pula pernah saya dapat panggilan customer beli satu Ubat Gigi yang harga RM10++ tapi kos petrol dan tol lebih RM20.

Saya juga membuat jualan untuk latihan motivasi beberapa agensi motivasi dalam dan luar negara. Saya selalu juga dilantik menjadi juru cakap membuat presentation untuk syarikat-syarikat besar berkaitan produk mereka. Juga pernah bekerja bekerja di pusat gymnasium terkenal di Kuala Lumpir menjual membership gymnasium. Juga pernah buat presentation di luar negara untuk trading international.

Sampai satu tahap anda mendapat satu tahap confidence level yang 'Super Confidence' untuk bercakap dengan siapa pun hatta di depan Pak Menteri, Presiden Negara, CEO Syarikat bahawa anda boleh membuat dealing dalam apa sahaja bidang perniagaan sekalipun.

Kalau nak cerita pengalaman dalam Sales dan Marketing ini 3 hari 3 malam pun tidak akan habis. Boleh mengeteh dengan saya atau bayar fee consultancy kepada saya untuk mengajar jika mahu saya kongsi pengalaman berharga saya ini (wah sempat promosi lagi).

Kesimpulannya.

Jika anda hendak berniaga, tidak perlu malu bermula dengan menjual secara kecil-kecilan. Percayalah sahabat-sahabat, jangan malu ceburi bidang sales dan marketing kerana semua itu akan beri anda pengalaman bernilai sebagai usahawan hebat satu hari nanti.

P.S:- Biasanya apabila melihat anak muda atau sesiapa sahaja menjual barang kepada saya , saya akan senyum dan puji penjual itu dan biasanya saya tidak pernah menolak beli barangan mereka walaupun sebatang pen kerana saya faham perasaan mereka.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger