Kisah Penjual Unit Trust; Dari Kapcai Ke Lamborghini!

Sebelum ini banyak posting kisah-kisah kesusahan dan kepayahan dan cabaran para penjual dan usahawan. Saya nak kongsikan pula kisah kejayaan dan motivasi usahawan Unit Trust yang berjaya.

Beliau adalah Datuk Seri Mahadi Bz. Ketika saya sibuk mengkaji potensi business Unit Trust dan Insurans pada tahun 2005 waktu itu. DS Mahadi telah mula membina empayar dalam Industri Unit Trust.

Kisah kali ini juga saya ingin kaitkan dengan "Skills Menjual".

Brian Tracy Tokoh Idola saya dalam bidang pemasaran dan sales pernah berkata,"Jurujual yang hebat boleh menjual pasir di padang pasir dan menjual ais di kawasan kutub ais".

Begitulah semangat yang perlu ada oleh usahawan apatah lagi dalam konteks mempromosi produk anda. DS Mahadi misalnya, rahsia beliau berjaya adalah usaha keras dan kesungguhan ingin berjaya.

Beliau pernah bercerita dalam satu hari jika beliau tak dapat buat closing client untuk unit trust, beliau akan hukum diri beliau tak balik rumah sehinggalah dapat closing sales.

Beliau pernah naik motosikal kapchai beratus kilo meter berjumpa klien beliau untuk presentation unit trust. Beliau keluar dari rumah awal pagi ketika matahari belum keluar dan balik rumah tengah malam bila bulan baru timbul.

Setelah lebih 10 tahun dalam industri Pelaburan Kewangan, kini agensi Unit Trust beliau telah melatih ribuan agen unit trust. Beliau telah menulis buku berkaitan kisah hidup beliau dan panduan menceburi industri pelaburan dan kewangan.

Rumah Bungalow beliau yang tersergam indah bersama kereta Lamborghini adalah hasil usaha keras beliau selama ini. Tak salah punyai kereta mewah jika dimiliki dengan titik peluh sendiri tanpa menzalimi orang lain.

Moral of the story.

Tiada siapa yang boleh merubah diri anda untuk mencapai kejayaan kalau bukan diri anda sendiri yang ingin berubah dan ingin kecapi kejayaan. Rahsia jutawan juga jangan dilihat pada apa yang mereka miliki sekarang. Lihat dan hayati apa yang telah mereka usahakan sebelum memiliki kesenangan itu semua.

Hubungan networking dengan jutawan-jutawan ini juga perlulah profesional dan saling hormat menghormati. Jika bertemu dengan jutawan fikirkan kerjasama bersama win-win situation bukan dengan ceritakan masalah hutang anda, masalah kewangan anda.

Mereka juga seperti anda dahulunya susah dan banyak masalah. Ambil peluang bertemu mereka dengan ambil nasihat dan tawarkan kepakaran anda kepada mereka untuk mendapat penghormatan dari mereka.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger