Kerja Makan Gaji vs Business Kerja Sendiri dan Kisah Realiti Usahawan.

Sebenarnya untuk menjadi usahawan bukanlah semudah dengan bercakap dan menyebutnya. Perjalanan anda lebih mudah jika dalam anda berusaha menjadi usahawan, anda dibantu oleh ahli keluarga yang memang dari awal menceburi bidang perniagaan dan jika anda telah berkahwin anda mempunyai pasangan hidup yang mempunyai gaji yang tetap untuk menyelesaikan keperluan wajib bulanan seperti belanja dapur, minyak kereta, bayaran rumah bulanan.

Saya nak bercakap dari perspektif usahawan yang bukan dengan perkataan yang indah-indah dan realiti sebenar yang berlaku kepada para usahawan. Jika anda bukan dari keluarga usahawan, ibu bapa tidak support, menjadi usahawan sepenuh masa adalah satu "mimpi ngeri" sebenarnya.

Perkara "Maha Utama" yang perlu anda persiapkan adalah kekuatan mental, kekentalan jiwa dan yakin pada Tuhan yang sentiasa meredhai usaha anda. Ramai yang bertanya pada saya bagaimana untuk mulakan perniagaan? Saya akan bertanya kembali, jika anda mahu berniaga keluarga support tak? Jika sudah beristeri, isteri bekerja tak? Saya tanya lagi, kenapa mahu berniaga?

Jika jawapannya keluarga support, isteri ada gaji tetap dan berniaga untuk tambah pendapatan yang sedia ada. Silakan berniaga sepenuh masa. Simpanan 6 bulan perlu ada jika beralih ke bidang perniagaan. Cukup-cukup menguji minda jika anda mula berniaga, modal belum mampu jana untung,  rumah sewa tak mampu bayar, dapur tak berasap, ibu dan ayah pandang serong, adik beradik juga pandang serong, kawan-kawan hilang tak jawap telefon.

Program bersama keluarga hadiri kenduri kendara, ziarah ziarah waktu cuti tak mampu anda join kerana terpaksa berjimat cermat untuk bayar kos petrol dan tol. Saudara mara pun 'pelik' dengan kesibukan anda padahal mereka tak tahu anda tengah survive kurangkan pergerakan untuk jimatkan wang.

Waktu itu, anda demam pun anda boleh sembuh sendiri, bila anda sakit tak boleh claim bil klinik dan anda bercakap seorang diri sambil menangis beritahu badan anda yang anda tak boleh sakit sebab anda tak berniaga business tak jalan(ini untuk usahawan start up) .

Anda sangat perlukan seorang isteri solehah yang tabah support anda, tak semua isteri boleh bertahan dan pasangan bercerai biasanya berlaku dalam fasa kesusahan inilah dan mental anda harus sekebal tembok besi.

Jika anda ketika bekerja makan gaji anda boleh berdisiplin di pejabat dan waktu kerja, jika berniaga sepenuh masa anda perlu 3 atau 4 kali lebih disiplin dalam menjaga masa anda. Kalau makan gaji pun anda failed dan gagal ikut sistem, nak berniaga tanpa sistem dan disiplin lupakan sajalah niat nak berniaga. Lebih baik anda makan gaji dan jaga bos dan kerja anda elok-elok.

Ramai yang fikir muluk-muluk dan indah-indah tentang niaga. Percayalah ianya tidak semudah seperti disangka. Namun ketika anda mengecapi nilai kejayaan ketika berjaya dalam perniagaan dengan financial freedom, ketika itulah rasa bahagia akan datang. Namun ujian kekayaan juga sangat berat. Ujian rasa sombong, rasa sombong datang menyerang pula.

Kadang-kadang saya tersenyum lihat di facebook, baru sedikit Allah tunjuk nikmat dan rezeki, mulalah tayang steering kereta mewah di facebook, makan tempat mewah. Jadikan facebook tempat kongsi inspirasi dan motivasi positif bukan tayang kemewahan kerana akan mendatangkan hasad dan dengki dari mereka yang sedang hidup susah dan kecewa dengan kehidupan. Biarlah hidup lifestyle mewah anda, share dengan keluarga yang telah bersusah payah dengan anda sahaja.

Ini hanya luahan santai sebagai peringatan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat yang ingin ceburi bidang niaga sepenuh masa. Jika anda berjaya dan kaya. Bersyukur dan bantu orang lain pula. Banyakkan sedekah, zakat dan ingat kembali kisah anda yang bermula dengan penuh kesusahan dan keperitan.

Niatkan apa sahaja yang kita buat ikhlas kerana Allah swt. Di situ ada Rahmat dan di situ ada berkah-Nya. Aamiin.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger