Isu Pendatang Asing Bukan Isu Warna Kulit Semata-Mata.

Dalam newsfeed facebook ramai sungguh response sahabat-sahabat yang berikan pelbagai perspektif berkaitan isu pendatang asing ini.

Ada yang bersimpati kerana mereka negara miskin, ada yang kata kalau warga Russia, Syria mungkin rakyat Malaysia boleh terima.

Sebenarnya isu ini melibatkan pengurusan sebelum dan selapas pengimportan besar-besaran ini yang ingin diambil tahu. Jika semata-mata disalahkan rakyat Malaysia yang dikatakan malas belum tentu tepat tuduhan itu. Ramai rakyat Malaysia boleh kerja 3D di luar negara. Mengapa?

Pendatang asing yang seramai 2 juta yang dikatakan duduk secara haram apa cerita? Jika mereka sedang bekerja sudah pasti boleh dikesan?

Ramai yang juga mempersoalkan adakah ianya suatu bisnes tahap RM Billion nilainya? Adakah kerana bisnes semata-mata? Kesan sosial kepada aspek jenayah dan keselamatan, kesan ekonomi, kesan kepada budaya ada dibuat penelitian kukuh dan dikaji sedalamnya?

Isunya adalah PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG! Yang datang 1.5 juta tanpa pengurusan sistematik akan menjadi isu yang sama kepada 2 juta yang tidak dapat dikesan itu

Solusinya:-

Kerja-kerja pembersihan, berat, perladangan yang dianggap dirty, difficult, dangerous(3D) itu tidak kotor sebenarnya. Ianya kerja mulia dan dihormati kerana tanpa kerja-kerja ini negara akan bermasalah.

Kerja-kerja ini perlu dinaik taraf dengan pengurusan seperti negara maju. Di luar negara mereka yang berada dalam bidang ini dikatakan boleh menyimpan wang dan juga mendapat jaminan kehidupan.

Jika mengambil jalan mudah dengan import kerana mahu untung bisnes, sampai bila-bila industri kita tidak berubah. Industri juga harus diberi tekanan untuk naik tarafkan bidang kerja 3D ini.

Industri pasti akan berikan pelbagai insentif dan naikkan gaji misalnya apabila mereka ditekan untuk dapatkan pekerja dalam bidang 3D ini.

Baharulah impian untuk menjadi negara maju akan tercapai apabila setiap lapisan ekosistem bidang pekerjaan Malaysia dilayan sebagai professional terutamanya kerja 3D ini dengan pendapatan yana berpatutan dan menjamin masa depan.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger