Isu Gelandangan, Orang Miskin dan Visi Baharu Anak Muda Pemimpin Masa Hadapan!

Partner business saya baru balik dari USA baru-baru ini. Kata beliau, dalam filem Hollywood, USA nampak sangat indah dan hebat padahal orang miskin dan gelandangan di sana sangat ramai dan mereka kelihatan memang menyedihkan dan tiada harapan masa depan.

Kisah Gelandangan dan Kemiskinan ini adalah isu universal. Di Malaysia, gelandangan ini terdiri di kalangan rakyat Malaysia dan ramai juga di kalangan pendatang asing. Ada juga kumpulan gelandangan anak-anak muda remaja, anak-anak kecil di kalangan mereka ini ada ibu-ibu yang bekerja di lorong-lorong gelap tiada ayah dan hidup terbiar.

Boleh dilihat mereka hidup berkeliaran dengan basikal-basikal dan bila remaja pula mungkin mereka bekerja di kilang, bengkel-bengkel motor dan ramai juga terjebak dengan gejala rempit.

Saya terus kepada SOLUSI!

Gelandangan yang cukup sifat harus dilihat dan dipastikan apakah status kerakyatan mereka?

Jika pendatang asing harus diuruskan mengikut undang-undang negara. Pendatang asing tanpa dokumen sah cenderung terjebak dengan gejala sosial, masalah jenayah rompak dan curi malahan pembawaan wabak penyakit yang dah lama pupus di Malaysia boleh muncul kembali.

Isunya di sini mengapa sempadan negara mudah bolos? Kenapa pihak berkuasa terlepas pandang sehingga mereka boleh masuk ke dalam negara sehingga ke ibu kota negara? Jika mereka gelandangan ini adalah rakyat Malaysia pula, beri bantuan sara hidup dan latihan untuk mereka bekerja.

Jika mereka cacat anggota dihantar ke pusat-pusat latihan OKU. Jika mereka orang tua terbiar harus disiasat siapa anak-anak mereka dan ambil tindakan undang-undang jika sengaja dibuang oleh anak-anak.

Anak-anak yang membuang orang-orang tua tidak berdaya ke jalanan sama sahaja dosa dan kesalahannya seperti membuang anak-anak kecil yang tidak berdaya! Anda miskin macam mana sekalipun tidak bermakna anda boleh buang tepi jalan orang-orang tua anda atau anak-anak kecil anda seperti buang kucing tepi jalan!

Peminta sedekah kanak-kanak harus disiasat siapa sindiket yang memperalatkan kanak-kanak kecil ini sehingga malam buta meminta sedekah. Sayu saya melihat kanak-kanak ini sepatutnya mereka tidur dan berehat di rumah dan harus ke sekolah di waktu siangnya.

Anak-anak remaja yang berkeliaran tiada mak ayah atau ibu mereka adalah di kalangan pekerja seks Lorong Haji Taib misalnya boleh dijadikan anak-anak negara. Mereka "berani mati" bawa motor lawan arus di highway, gaya superman jika disabit kesalahan tangkap mereka dan latih mereka di kem kem askar. Didik mereka dengan hidup patriotik dan berikan mereka pekerjaan sebagai tentera dan askar di kem-kem askar seluruh negara.

Mengapa tak pernah selesai isu-isu gelandangan dan masalah kemiskinan ini?

Ianya kerana masalah dalam penguatkuasaan undang-undang oleh pihak-pihak berkuasa yang tidak efektif dan tidak efisien. Kemampuan NGO terhad. Kita hargai jasa mereka, namun peranan utama harus dimainkan oleh badan-badan rasmi berkuasa menyelesaikan masalah-masalah ini.

Nasihat saya pada anak-anak muda yang ada impian jadi ahli politik, kakitangan badan-badan  Kerajaan dan nak jadi menteri. Ketepikan cara pemikiran citra politik orang lama. Anda perlu turun padang, hayati dan selami dengan melihat semua permasalahan negara ini dengan serius tanpa budaya populis. Benar-benar ikhlas!

Pasakkan idealisme dan aktivisme membumi dan merakyat seawal mungkin. Jadi Pak Menteri atau Ahli Politik bukan untuk kejar glamour, kejar  kuasa dan ingin jadi kaya dengan kuasa politik.

Politik anak muda masa hadapan harus dinamik dan progresif. Isu klasikal orang tua, rebut kuasa, kejar kuasa, bodek membodek, main isu perkauman sejak zaman lepas merdeka dan pasca merdeka bukanlah untuk kita warisi. Itu masalah idealisme lama orang tua.  Kita generasi baru jangan ikut dogmatik lama.

Kita jadi agen perubah dan jangan didoktrin dan ikut skrip yang dah ketinggalan zaman. Pemuda pemudi masa kini adalah lambang maju atau mundurnya negara di masa hadapan!

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger