Superb meeting with MTDC

Thursday 28 January 2016

Today morning meeting with the powerful and very commited team of Top Management of Malaysian Technology Development Corporation.

After 5-6 meetings with MTDC. Very feel so comfort to have meeting with them. Feel like friend, mentor, business partner, strategist, technologist advisor with them.

Sometimes we serious in the middle of the discussion, sometimes we laugh together, sometimes we just keep silent for a moments in the meeting to fine tune and solution.

We visit at MTDC office and they visit us at our office only 100 meter the distance. Something so so big in our collaboration for this year of 2016 under our implementation and action plan!

Dato' Norhalim Yunus, i am so thankful to you introduced to me with superb professional and awesome team of MTDC. Please ensure big bonus Dato this year for them.

Aamiin Ya Robb. See you next week guys for the 7th meeting.

Paradigma seorang usahawan.

Tuesday 26 January 2016

Mengurus perniagaan bukan seperti makan gaji bulan-bulan. Sebagai usahawan saya bekerja hampir 18 jam sehari. Saya jadikan usaha saya dalam perniagaan sebagai ibadah dengan niatkan kerana Allah s.w.t. Ramai yang melihat menjadi usahawan seolah-olah mereka yang tiada pilihan kerja makan gaji dan pilihan terakhir. Mak dan ayah juga takut bermenantukan mereka yang menceburi bidang usahawan.

Paradigma itu ingin saya tukarkan. Saya mulakan dengan diri saya, isteri dan anak supaya faham apa yang dibuat ini adalah langkah untuk majukan anak bangsa yang terlalu ketinggalan dalam usaha jihad ekonomi. Jangan dihirau kejian orang. Usahawan adalah kerja mulia, adalah sunnah nabi yang ada keberkatannya.

Pesanan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam dunia perniagaan. Kita berganding bahu, sedarkan anak bangsa dengan kisah perjuangan dalam perniagaan. Kegagalan (yang bermaksud akan berjaya) juga adalah satu resepi kejayaan yang harus dilalui. Jangan ambil kisah dengan orang yang pesimis dengan jalan perniagaan. Teruskan optimis dan percayalah umat Islam Melayu juga pandai berniaga jika diberi peluang dan kepercayaan!

-Effendy Al-Ampangi-

Cara Mengurus Syarikat

Mengurus syarikat juga perlukan disiplin ,standard operation procedures (S.O.P) , key performance indicators (K.P.I), business plan (B.P) dan perlu faham organizational behaviour dengan teliti dan sebenar-benar faham dan jelas. Perniagaan kita perlu handle dengan serius dan tahap international sekalipun company kita kecil, baru bertapak. Kita kena bekerja kuat, berfikir besar dan bertindak bijak.

Masalah orang kita, apabila berniaga, lebih relax dari orang yang makan gaji. Semasa makan gaji kerja 8 jam sehari, bila berniaga kerja pula jadi 4 jam sehari dan lebihkan tidur. Kalau nak berniaga tak boleh tahan dengan tidur yang kurang, tak boleh tahan meeting lama sikit dengan orang, muka tak boleh senyum, bila jadi bos sombong, bila kaya kedekut sedekah, dengan staff tunjuk muka kerek@berlagak, belum cerita skandal lagi tu dengan secretary, semua ini adalah penyakit hati dan rohani dalam dunia korporat.

Berniagalah dengan etika tahap tertinggi dan berlandaskan iman dan takwa. Berniagalah dengan niat untuk tunaikan fardhu kifayah dan ikut sunnah nabi. InsyaAllah akan ada keberkatan, akan ada kejayaan di situ.

P.S:- Semua ini adalah pesan kepada diri sendiri yang pernah makan gaji selama 10 tahun dalam pelbagai syarikat antarabangsa, syarikat bangsa bukan melayu, legal firm, bank, hotel, restoran makanan segera, kerja angkat sampah dan jadi salesman jalanan. Semua kerja dah rasa, kini tiba masanya uruskan syarikat dan perniagaan sendiri.

-Effendy Al-Ampangi-

Gerak Kerja Business 2016!

Saturday 23 January 2016

Untuk Tahun 2016 capaian niaga Group of Companies melalui networking Malaysian Turkish Chamber of Commerce and Industry (MTCCI) dan organisasi ASEAN Youthpreneur Community(AYPC),  melibatkan beberapa gerak kerja seperti berikut:-

1. Salah satu anak syarikat dalam konsortium  iaitu Denarmeq Group of Companies menjadi Wakil Tunggal untuk Media Al-Jazeera di Malaysia dan Indonesia. Al Jazeera mahukan banyak produk-produk keluaran tempatan untuk distribution pasaran Timur Tengah. Kumpulan Niaga kami juga ada contact yang rapat dengan seluruh Chamber of Commerce di Timur Tengah dan Turkey.

2. Market Timur Tengah berjumlah 500 juta populasi. Ini juga jalan yang kita buka untuk usahawan Malaysia dengan membuat 'Market Research' dan 'Market Analysis' yang bersesuaian dengn kapasiti usahawan-usahawan terlibat seterusnya  mengadakan kerjasama dan memasarkan produk mereka di sana.

3. Kami juga telah kenalpasti sektor-sektor yang ada di kalangan usahawan-usahawan di Malaysia dan juga beberapa agensi kerajaan yang mempunyai ekosistem usahawan yang mereka bangunkan yang sesuai dipasarkan di seluruh dunia untuk pasaran antarabangsa.

4. Kami akan gunakan platform Business to Business (B2B) dan Business to Customers (B2C) yang menggunakan Advertisement Business Magazine untuk dihantar ke seluruh negara-negara ASEAN. Produk yang mereka ada kami bantu distribution di seluruh negara ASEAN setelah iklan-iklan bisnes tersebut tersebar luas.

5. Kami juga akan membantu beberapa agensi kerajaan yang berkaitan melakukan kerjasama dengan universiti-universiti di seluruh ASEAN bagi program Technology Transfer.

6. Selain itu, kami akan membantu usahawan-usahawan yang ada dalam ekosistem kami untuk aktiviti logistik dalam dan luar negara. Kami akan memberikan cadangan yang bersesuaian dengan kapasiti usahawan-usahawan ini terutamanya dalam aspek Trading Import dan Eksport.

7.Melalui Ramer Far East Sdn Bhd, kami membuat persaingan sengit dengan Spritzer dalam membekalkan Air Spring Water dengan jenama Hamidiye dari Turkey. Kami juga dalam proses untuk membangunkan perniagaan untuk menghasilkan mineral water keluaran tempatan di Malaysia. Kami juga membawa pelbagai jenama produk Food&Beverages dari Turkey ke Malaysia.

8. Team AYPC akan memulakan beberapa Trade Missions dengan tujuan business matching melalui BerkahTravel melalui syarikat Ummu Rizqi Resources.  Usahawan-usahawan dari Malaysia dibawa ke luar dari Malaysia bermula di Indonesia dan seluruh ASEAN untuk melihat potensi niaga di luar negara bersempena dengan menjemput TPPA yang mungkin akan ditandatangani tak lama lagi.

9. Melalui networking Malaysian Turkish Chamber of Commerce and Industry (MTCCI) dan organisasi World Halal Development yang berpengkalan di Italy, kami akan juga membuat trade mission di Turkey dan membawa products Malaysia ke pasaran Eropah melalui Turkey dan Italy.

10. AYPC juga penggerak utama program The ASEAN Colloquium 2016 anjuran Global Leadership Institute (GLI) yang berpengkalan di Filipina. Program ini akan dihadiri lebih 20 negara bermula 18-21 February 2016 di Bangkok.

Rujukan website :www.gliprograms.org

Yang berkhidmat untuk usahawan,

(Effendy Zulkifly)
-Deputy Secretary General, Malaysian Turkish Chamber of Commerce and Industry (MTCCI).
-Founder, ASEAN Youthpreneur Community (AYPC).

Pengguna LRT, Orang Tua , Jutawan Dosa dan Moral Of The Story.

Friday 22 January 2016

Saya boleh dikatakan hari-hari gunakan LRT ke office saya di area KLCC. Saya parking kereta di Stesen LRT dan gunakan LRT untuk elak kesesakan lalu lintas dan kos parking yang mahal.

InsyaAllah jika satu hari nanti saya dah jadi kaya sekaya Syed Mokhtar atau berkuasa sebagai ahli politik setaraf Perdana Menteri pun nanti. Saya akan tetap gunakan LRT untuk merasai jerit perih kepayahan rakyat dalam menggunakan pengangkutan awam.

Cabaran utama naik LRT ini adalah satu sahaja bagi saya. Kena berdiri berhimpit-himpit itu biasa. Yang masalahnya apabila ada orang tua di depan kita dan kita sedang duduk, kita offer tempat duduk orang tua itu tidak mahu duduk.

Ini biasanya berlaku kepada orang tua lelaki. Buatnya ada orang ambil gambar guna handphone virallah nanti muka kita di sosial media.

Moral of the story:-

1) Naiklah LRT untuk jimatkan kos,kurangkan pencemaran alam sekitar dan kurangkan traffic jam. Berjalan kaki dari stesen ke stesen juga menyihatkan badan anda. Menjaga kesihatan diri juga adalah Sunnah Nabi.

2) Pak Menteri ada masa sekali sekala naiklah LRT supaya sama-sama merasai pengalaman direct bersama rakyat dan memantau prestasi semasa pengangkutan awam di Malaysia ini.

3)Pengguna LRT haruslah menghormati orang tua, anak-anak dan perempuan mengandung. Utamakan mereka untuk duduk dalam pengangkutan awam.

4) Pengguna media sosial harus berhati-hati memviralkan sebarang gambar, berita atau perkataan negatif. Siasat dulu dari pelbagai sumber. Bagi orang Islam kesannya berantai. Jika ianya fitnah sehingga sejuta orang percaya ada juga akan jadi "Jutawan Dosa". Dahlah Jutawan Duit pun tak mampu lagi mahu jadi Jutawan Dosa.

MY LATEST BIODATA 2016

Wednesday 20 January 2016

EFFENDY BIN ZULKIFLY

EDUCATION:-
1)Malay College Kuala Kangsar (MCKK).
2)Bachelor in Legal Studies (Hons), UiTM.

POSITIONS:-
1)Founder/Chairman, ASEAN Youthpreneur Community(AYPC).
2)Deputy Secretary General, Malaysian Turkish Chamber of Commerce and Industry(MTCCI)
3)CEO ZK Dinamik(M) Sdn Bhd.
4)Advisor & Ambassador, Global Leadership Institute.

TYPES OF BUSINESSES:-
1)Trading raw food (fruits, beras, minyak masak) &  mineral water.
2)Travelling Agency  Bandung-Garut, Indonesia & Turkey (Trade Mission).
3) Peace, Anti Terrorism, Fitness&Health and Social Entrepreneurship Training (with systematic modules).
4)Business Advertising and International Networking Consultation.
5) All types of Event Management and Business Consultation.

WEBSITES:-
aseanchangemaker.org
www.zkdinamik.com
www.mtcci.org
effendyzulkifly.blogspot.com

FB : Effendy Zulkifly
Personal Email: fendymckk@gmail.com

Mahasiswa, Futuristic Solutions, Future Cities dan Dunia masa depan!

Sejak saya zaman kanak-kanak lagi Allah sentiasa memberi saya pelbagai ilham yang sangat kreatif sehingga kini berkaitan dengan permasalahan dan solusi dunia di sekeliling saya.

Tahun 2015 yang lepas, bersama dengan Johnny Bong seorang mahasiswa hebat dari UKM, saya membantu beliau membuat pengisian satu Program Mahasiswa Peringkat Antarabangsa yang benar-benar membuka mata saya kepentingan kita "meramal penyelesaian masalah masa depan" sebagai solusi kepada permasalahan masa lepas dan masa kini.

Mereka ini terutamanya mahasiswa dari Singapore sangat proaktif dan banyak melontarkan persoalan yang bijak dan profesional padahal mereka ini kebanyakannya hanyalah merupakan mahasiswa dan mahasiswi tahun pertama dan kedua di universiti!

Kami juga berdiskusi mengenai permasalahan dunia global yang dijangka berlaku 20 tahun dari sekarang seperti masalah pemanasan global, kebuluran dan banjir kilat dan apa yang kita boleh lakukan mulai sekarang dalam membuat kesedaran kepada masyarakat dan cadangan solusi!

Organisasi mahasiswa yang diketuai Johny Bong yang mewakili Mahasiswa UKM menjadi tuan rumah penganjur kepada acara "Asian Undergtaduates Summit 2015" mencari speakers yang boleh present isu-isu berkaitan "Food Security", "Global Warming" dan "Clean Water Issues" sebagai tema utama yang melibatkan mahasiswa dari National University of Singapore (NUS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Malangnya para profesor dan pensyarah yang ramai di UKM tak mampu luangkan masa bersama grup mahasiswa ini dengan pelbagai alasan yang munasabah mahupun tak munasabah. Adakah kerana program ini tidak glamour? Tiada liputan media dan bayaran sukarelawan menyebabkan mereka tak mampu luangkan masa?

Para Profesor tak boleh datang maka sayalah yang ambil alih kebanyakan slot di situ bersama-sama sahabat-sahabat seperti Anna Karina Jardin, OOex Shahiwan dan Dzulkarnain Taib. Saya kagum dengan Johny Bong atas ketabahan beliau meneruskan program tersebut.

Mahasiswa-mahasiswa ini membentangkan pelbagai isu-isu global dengan kaedah "Futuristic Solutions". Majoriti adalah mahasiswa Chinese. Adakah mahasiswa Melayu tidak cakna atau sibuk dengan politik domestik?

Sebenarnya bukannya nak cerita mengenai isu mahasiswa itu.

Setelah melihat hasil seni "Future Cities" oleh Rhys Morgan, director of engineering and education, the Royal Academy of Engineering in London, award-winning architects Arthur Mamou-Mani and Toby Burgess, dan  urbanist Linda Aitken.

Sangat mengujakan saya!

Inilah dunia masa hadapan!

Orang kampung atau orang asli berpeluang tangkap ikan di sungai dan bertani. Orang bandarlah yang sangat malang terutama yang bergaji paras miskin. Dengan tekanan hidup , tol dan kos sara hidup menyebabkan tekanan hidup di bandar sangat menyeksakan.

Future Cities dalam lakaran architects ini saya yakin dapat memberi penyelesaian masalah kepada orang bandar dan membantu menyelesaikan masalah Global Warming dan perlu difikirkan oleh pemimpin generasi masa hadapan!

P.S:- Nanti saya ulas lagi tentang kisah dunia masa hadapan ini.

Pengalaman Di Indonesia Dan Pemimpin-Pemimpin Muda Mereka Yang Hebat!

Thursday 14 January 2016

Pengalaman saya di Indonesia baharu sahaja bermula 10 tahun lepas (menghadiri program pemimpin pelajar ASEAN di Cibubur, Jakarta pada tahun 2006) hingga kini. Saya harus akui saya belajar banyak perkara yang berkaitan idealisme, aktivisme dan intelektualisme dari Indonesia. Malahan sudah bermula membuat pelbagai jaringan business dengan partners business di Bandung dan Jakarta.

Jika ke Indonesia tokoh-tokoh politik yang mereka selalu sebut dan kagumi adalah Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim . Artis pula Siti Nurhaliza dan animasi Upin Ipin sangat disukai rakan-rakan Indonesia. Tempat percutian yang mereka sangat suka di Malaysia adalah KLCC (jasa Tun Dr Mahathir).

Budaya niaga, budaya intelektual adalah marvelous tahap superb. Sukar ketemu orang gemuk di Indonesia menandakan mereka ini mungkin kuat bekerja dan mungkin juga kerana faktor pemakanan yang sihat seperti jamu dan sebagainya.

Sistem pendidikan? Pelajar sekolah atau universiti mereka jika berbasiskan pengajian agama, mereka akan menekankan komunikasi sebagai sangat penting dan boleh bertutur Bahasa Arab dengan fasihnya di peringkat sekolah lagi. Di Malaysia dah tamat degree Bahasa Arab pun  kadang-kadang tak fasih bercakap Arab. Tapi kita johan baca Quran tapi tak faham maksudnya (saya di antaranya).

Pemimpin mahasiswa mereka pula perjuangkan isu-isu rakyat dan pihak universiti layan mereka sebagai orang dewasa yang bebas bersuara dan sangat vokal dan lantang menyuarakan hak-hak mahasiswa. Di Malaysia juga kelihatannya (secara umum) majoriti mahasiswa seperti 'agak tumpul' dalam menyuarakan pelbagai isu marhaen dan lebih prefer jadi ulat buku untuk pass exam sebagai satu keutamaan supaya boleh dapat kerja bagus, beli kereta dan boleh kawin dengan isteri atau suami idaman hati.

Pembangunan Infrastruktur? Negara mereka besar sangat-sangat jadi memang ada sesetengah kawasan yang ketinggalan. Tapi jika ambil keluasan negara kita. Pembangunan bandar-bandar di Indonesia lebih besar saiznya dari Negara Malaysia. Jakarta sahaja mencecah populasi hampir 30 Juta! Sama seperti Malaysia.

Di Jakarta di bawah Walikota Ahok (walikota itu adalah Datuk Bandar yang menang pilihanraya), Jakarta sangatlah maju malahan di sebuah shoppping complex namanya Pacific Indonesia yang besarnya semacam Mid Valley, siap ada showroom kereta mewah Mc Laren lagi. Dan setakat Mid Valley tu berlambak-lambak di Jakarta.

Dan Walikota Ahok sedang membangunkan sistem LRT. Sistem teksi mereka dari syarikat Taxi Bluebird (semuanya seragam Toyota Vios warna biru muda, recommended!) juga sangat bersih, friendly, tak memilih tempat destinasi dan berpatutan.

Manakala Walikota Bandung pula nama Pak Ridwan Kamil (didoakan beliau jadi Presiden Indonesia tak lama lagi) telah mengubah lanskap Kota Bandung kota percutian hebat level antarabangsa dengan mengubah pemikiran rakyatnya, pembangunan lanskap kota yang go green, develop kota ICT di Bandung malahan beliau telah diiktiraf sebagai Pengerusi Persatuan Smart Cities seluruh dunia bermula tahun 2015 sempena Asia Afrika Summit.

Saya mempunyai ramai sahabat-sahabat baik dari Indonesia yang saya yakin akan jadi pemimpin masa depan ASEAN , ASIA, OIC  dan peringkat dunia. Bayangkan. Mereka belum mencecah umur 40 tahun tapi jasa mereka dalam pembangunan masyarakat, perniagaan dan keilmuaan sudah capai taraf dijemput Barrack Obama personally (tak perlu lobi nak main golf), ada yang diiktiraf oleh Prince Charles dari England kerana jasa Social Enterprise. Dan ada juga diiktiraf sebagai Top 500 The Most Influence Muslim in the world (Bro Irfan AmaLee).

Saya tulis di sini sebahagian tokoh-tokoh anak muda hebat dan mereka ini level antarabangsa dan juga tahap Barrack Obama dan Prince Charles pun kenal mereka. Boleh google nama mereka dan Alhamdulillah saya kenal mereka secara personal. Goris Mustaqim , Irfan Amalee,
Gamal Albinsaid , Wempy Dyocta Koto , Muzakkir Djabir , Ahmad Zahir, Ranitya Nurlita , Achmad Syamsuddin , Gumilar Gugun , Nadya Pratiwi , Roy Darmawan , Ibu Trimumpuni dan ramai lagi.

Tapi kita di sini sibuk nak tahu anak artis pakai baju apa, sambut birthday di mana? Artis dah mengandung ke belum? Pengalaman saya di Indonesia, ramai yang saya temui ketika mereka masih bergelar mahasiswa mereka telah mampu menulis buku-buku ilmiah malahan telah membuat program networking antarabangsa yang sangat banyak.

Moga anak-anak muda pemimpin masa hadapan negara di Malaysia tidak leka dan alpa. Kita jangan ketinggalan. Biarlah Bola Sepak kita ketinggalan tapi janganlah budaya dan minda kita ketinggalan. Kita juga perlu hebat bukan sahaja di pentas nasional. Kita perlu beraksi dan bersuara di peringkat dunia dari awal lagi .

Moga apabila jadi pemimpin masa hadapan negara, kita jadi pemimpin negara yang dihormati dunia seperti Tun Razak, Tun Mahathir dan ramai lagi tokoh-tokoh negara yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia! Aamiin InsyaAllah.

4 Kategori Perniagaan Yang Harus Diceburi!

Monday 11 January 2016

Semalam dari pukul 10.30 malam sampai pukul 3 pagi, seorang profesor ni lulusan PHD dari Notingham University dah bersara kerajaan dan kini buat bisnes international trade dengan Maldives dan Philippines Company,  ketika sharing bisnes di office aku, beliau nasihatkan aku.

Dia kata, "Kalau saya masih muda macam awak Fendy, 4 jenis bisnes ni saya akan fokus untuk cari ilmu dan peluang dengan sungguh-sungguh".

1) Bisnes DUIT . (Finance investment, duit buat duit).
2) Bisnes Metals . (Gold, Diamond, Coal, Uranium etc).
3) Bisnes Oil and Gas. (Petroleum)
4) Bisnes Food Industries. (Restoran, supply makanan, bahan mentah masakan).

Aku terkedu dan terkesima. Terlalu besar sangat untuk aku ceburi buat masa ini apa yang prof tu cadangkan. Beliau juga buka peluang untuk company aku supply apa sahaja barang makanan yang unik, sedap yang boleh dibawa ke Maldives. Dia suruh aku buat proposal presentation kat dia.

Dia juga akan recommends aku untuk supply baju korporat dan uniform staffs untuk dua Syarikat Airlines luar negara sekitar ASEAN. Supply baju atau pakaian dan segala jenis textiles adalah CORE business company aku. Bagai pucuk dicita ulam mendatang.

Semoga apa yang beliau usulkan tu akan jadi kenyataan kerana memandangkan beliau kelihatan begitu bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali berkongsi pengalaman beliau dengan aku. Semoga segala yang dirancang menjadi kenyataan. Amin Ya Robb.

-Effendy Al-Ampangi-

3 Generasi Melayu Yang Berbeza Selepas Zaman Merdeka.

Sunday 10 January 2016

Secara umumnya Generasi Awal Zaman Merdeka (lahir 1930 -1950) ramai bekerja sebagai petani kerana polisi 'divides and rules' oleh British dan sebahagiannya adalah aristokrat di kalangan golongan bangsawan dan ahli politik. Ramai orang melayu generasi ini tidak mahu duit disimpan di bank kerana tidak mahu involve dalam riba.

Generasi yang lahir 1950 -1970 pula ramai yang masuk universiti dengan biasiswa atau jika lepasan GCE(PMR) atau O-Level(SPM) pun mampu mengisi pelbagai kekosongan jawatan kerajaan mahupun swasta. Lepasan universiti selepas graduasi pula  syarikat-syarikat sendiri hantar surat offer tawar kerja.

Rumah juga masih murah ketika awal 1980 hingga 1990. Malahan tanah kosong di kawasan bandar di KL, di PJ dan Ampang masih banyak dijadikan rumah setinggan yang kemudiannya dengan bantuan orang politik diconvert jadi tanah halal dan kini harga tanah tersebut jadi sangat mahal.

Generasi Melayu lahir 1980-2000 inilah yang sekarang inilah menghadapi pelbagai tekanan hidup. Bagi mereka yang kuat menghafal buku, fokus pada silibus buku, akademik sebagai keutamaan beruntung dengan result SPM berderet A akan dapat biasiswa JPA.

Sambung degree pun dengan style skema ulat buku dan result seperti Datuk Ahmad Maslan dapatlah kerja kerajaan atau swasta makan gaji. Dan jika dilihat di sektor kerajaan ramai wanita kini sebagai ketua jabatan.

Biasiswa sudah semakin mengecil dan lepasan universiti semakin bertambah saban tahun. Biasiswa diganti dengan PTPTN. Rumah juga harga terlalu mahal berbanding nisbah gaji. Harga bahan asas makanan dan petrol sentiasa mencanak naik.

Bas, Komuter dan LRT pun tambang sentiasa naik. Ramai yang dah berkahwin akhirnya menumpang rumah ibu dan ayah. Dan bertuahlah mereka yang ada ibu dan ayah beli rumah di kawasan KL kerana peluang kerja banyak di bandar. Generasi ini jugalah dengan pelbagai tekanan hidup bila waktu pilihanraya paling ramai yang menyokong parti pembangkang kepada kerajaan hari ini.

Sebenarnya nak ceritakan mengenai generasi berniaga orang Melayu. Kerana peluang kerja makin mengecil, graduasi menganggur pun ramai akhirnya dari generasi yang lahir 1980- an inilah yang ramai ingin jadi usahawan. Bukan mudah untuk sukses dan berjaya kerana generasi 1980-an ini kadang kala tidak difahami oleh generasi awal bahawa peluang kerja tidak lagi seperti dulu.

Nak buat bisnes awal-awal akan dianggap akan menyusahkan mak bapa generasi awal yang sudah selesa dengan hidup makan gaji dan ramai berada di tangga gaji tertinggi dalam organisasi makan gaji masing-masing.

Generasi bangsa lain sudah dari awal mulakan perniagaan. Anak-anak yang masuk universiti dihantar dengan hasil bisnes dalam dan luar negara dan kemudian akan support business keluarga masing-masing.

Bagi saya sangat penting generasi 1980-an Melayu ini kolaborasi dengan sahabat berbangsa Cina yang terbukti sangat mahir berbisnes kerana faktor keturunan mereka yang sudah lama berniaga dan networking mereka yang sangat luas.

Ambil yang positif dan jadikan neraca halal di sisi agama sebagai panduan untuk beroleh berkah dan redho Ilahi.

P.S:- Ini baru mukadimmah. Ada sambungannya nanti. InsyaAllah.

Apakah itu yang dikatakan hebat?

Ianya sangat subjektif. Letaklah tanda aras hebat itu mengikut kepuasan diri sendiri. Bukan kerana untuk memuaskan hati atau kehendak orang lain. Ada orang melihat hebat itu apabila memiliki Ferrari. Ada orang rasa hebat apabila bergambar dengan Ferrari atau pemilik Ferrari.

Bagi saya pula, seorang orang tua berwajah bersih dan tenang yang berbasikal buruk ke masjid setiap Subuh bersolat jemaah istiqomah berpuluh tahun adalah hebat berbanding pemilik Ferrari yang ada sikap angkuh dan memandang rendah orang lain.

Namun lebih hebat pada pandangan saya, si pemilik Ferrari yang sentiasa awal waktu solat Subuh berjemaah, sentiasa bersedekah.  Walau berFerrari, di hatinya ada Allah dan Ferrari itu tidak memberi kesan kepada hatinya untuk sentiasa tawadhuk, zuhud, syukur dan mulia hati.

-Coach Effendy Zulkifly -

Perkataan ENTREPRENEUR!

Friday 8 January 2016

Perkataan yang saya paling suka adalah motivation, innovation, leadership dan successful dalam PETAK ENTREPRENEUR itu. Hakikatnya untuk dapat UNTUNG dan DUIT.

Hasilkan DEMAND dan SUPPLY. Kita jadi MODERATOR antara DEMAND dan SUPPLY. Maka duit akan datang seperti MAGNET.

MODERATOR pula jika TIADA MODAL DUIT boleh guna TEKNIK UP-TIME untuk gerakkan DEMAND dan SUPPLY. Apakah itu TEKNIK UP-TIME? Saya akan bagi tahu selepas posting ini dapat 40 likes.

#entrepreneur #leadership #innovation #successful

Pengalaman berapa lama diperlukan sebelum jadi usahawan?

Sebenarnya ianya soalan yang begitu subjektif (setiap orang berbeza pengalamannya). Sahabat saya di kalangan bangsa Cina yang ada bisnes sendiri biasanya dari kecil sudah ditanam untuk buat bisnes sejak tadika atau sekolah rendah lagi. Minat itu dipupuk sejak kecil dan mereka secara sendirinya akan meneruskan bi

snes keluarga tanpa dipaksa bila sudah dewasa.

Di kalangan keluarga Melayu pula biasanya yang saya jumpa keluarga semuanya makan gaji. Ini cabaran besar. Sebabnya minat anda biasanya didorong kerana faktor luaran dari keluarga dan anda tiada langsung pengalaman. Yang anda nampak, buat bisnes boleh kaya, masa lapang, masa bebas.

Anda akan silap jika berfikir begitu. Bila anda ceburi bisnes pada permulaannya makin sibuk , makin tiada masa dan kadang kala makin tiada duit anda dibuatnya. 3 tahun pertama biasanya masa untuk bersusah payah dan jarang saya lihat untuk dapat jalan mudah melainkan keluarga anda memang sudah kaya raya dan ada pengaruh.

Cari ilmu sebelum berniaga!

Jika anda dari keluarga yang bukan minat bisnes. Carilah ilmu dulu bekerja sekurangnya setahun ke dua tahun dalam bidang perniagaan yang anda minati.  Saya sendiri dalam dunia pekerjaan kerajaan, korporat, sales, selama lebih 10 tahun sebelum memulakan perniagaan secara sepenuh masa.

Jika anda kosong, kosong, kosong (seperti kata Najwa Latif) belajar dulu dan bekerja dulu dalam industri yang anda minat. Ketika di universiti atau sekolah join Kelab-Kelab Usahawan. Tiada jalan mudah untuk jadi kaya dan berjaya dalam usahawan jika anda bermula dari kosong.

Jangan terpedaya dengan janji palsu mudahnya kaya dalam bisnes!

Elakkan bisnes yang menjanjikan untung mudah dengan melabur tidak jelas tujuannya atau mengikut orang yang salah memberi nasihat tentang perniagaan dengan mengatakan "Keluar duit banyak ini esok lusa untung berlipat ganda tanpa susah payah!"

Untuk menghasilkan IDEA kadang kala sangat mudah. untuk PERLAKSANAAN itu sangat payah!

P.S:- FAKTA. Berniaga adalah Sunnah Nabi yang tidak diamalkan majoriti Umat Islam di Malaysia!

#usahawan #kerjakuat #bisnes #business #berniaga #idea #semangat #cekal #berani

MEETING OFFICIAL PERTAMA DI TAHUN BARU 2016!

Hari pertama dan minggu pertama bekerja di Tahun Baru dimulakan dengan meeting official pertama di office saya di Wisma UOA bersama dengan Mr Elton Kuah dan Ms Nive Yong.

Mr. Elton Kuah.

Mr Elton Kuah adalah seorang pakar level international dalam 5 bidang ini:-

1. Market Research.
2. Facebook Advertising Services.
3. Social Media Training.
4. Business Strategy Training.
5. Business Strategy Consultation.

Meeting dengan beliau sangat menarik dan beri banyak input yang sangat powerful untuk pastikan business plan dan market analysis untuk sebarang business ventures yang lebih tepat dan menyeluruh supaya kita dapat mengurangkan risiko kerugian dan mengoptimumkan peluang keuntungan.

Beliau juga mempunyai network yang kuat di USA, Hong Kong dan China melalui klien-klien beliau yang telah dibantu melabur di pasaran business ASEAN dan seluruh dunia melalui market analysis dan strategy consultation yang beliau berikan.

Bersama dengan saya, kami akan kembangkan perniagaan bersama melalui capacity dan kekuatan masing-masing untuk kerjasama dalam membuat analisis dan database management usahawan dan korporat melalui organisasi-organisasi perniagaan yang digerakkan oleh saya.

Nasihat beliau kepada saya ialah berikan tumpuan dan fokus kepada perniagaan yang telah punyai hala tuju yang jelas dan mandiri dan kukuh struktur organisasi  supaya kita tidak melakukan sebarang pembaziran masa dan wang apabila mula menjalankan kerjasama.

Malahan tambah beliau lagi, events yang ingin disertai tahun ini juga perlulah lebih selective dengan memilih events yang bertujuan research, tambah pendapatan dan build network yang memperkuatkan organisasi niaga dari aspek pengurusan kewangan dan sumber manusia.

Ms. Nive Yong

Beliau adalah Presiden Global Development Initiative Association of Malaysia (GDI) dan Country Director of Malaysia untuk Global Leadership Institute (GLI).

Organisasi beliau ini juga punyai jaringan aktivis sosial, future leaders dan entrepreneurs yang cukup besar di seluruh dunia. Beliau juga menguruskan Angel Investors dan Crowd Funding seluruh dunia untuk investment pelbagai cabang business dan pembangunan modal insan melalui aktivisme sosial seluruh dunia.

Bersama dengan beliau saya merangka pelbagai event tahunan bersama yang saya letakkan KPI perlulah melibatkan 20 buah negara untuk event bersama yang kami anjurkan. Saya juga diberikan penghormatan tertinggi beliau dengan lantikan sebagai Consultant dan Fellow untuk organisasi GDI beliau.

Manakala untuk Global Leadership Institute (GLI) saya dilantik sebagai Ambassador Malaysia. Kami bersama menguruskan kerjasama dari beberapa aspek teknikal pengurusan program dan pengisian acara untuk program 'The ASEAN Colloquium' yang melibatkan lebih 20 buah negara anjuran Global Leadership Institute (GLI) yang akan berlangsung pada 18-21 Februari 2016 ini di Bangkok Thailiand.

P.S:-

Bersyukur kepada Allah swt dan junjung tercinta kita Rasulullah saw semakin terbuka ruang yang lebih besar buat saya berbakti di dunia antarabangsa melalui kerjasama strategic yang mantap  bersama-sama sahabat-sahabat hebat seperti mereka ini.

Hanya Allah boleh membalas jasa baik mereka ini yang beri peluang dan kepercayaan kepada saya untuk amanah besar ini. Aamiin.

'Circle of Knowledge' setiap Malam Jumaat.

Thursday 7 January 2016

Malam ini malam Jumaat seperti biasa adalah "Circle Knowledge" kami yang jadi kewajipan untuk kami berkumpul dan berdiskusi isu-isu pendidikan, agama dan santai-santai.

Usai Solat Berjemaah Maghrib kami buka puasa sunat Khamis sama-sama di Kedai Arab Syria di Jalan Tun Razak.

Kami meraikan sahabat baharu dari Turkey yang baharu menamatkan PHD beliau di sebuah  Universiti di Jakarta dalam pengkhususan Managament Education.

Beliau bernama Dr Suheyl dan baru beberapa bulan mengajar di Times International School yang ada lebih kurang pelajar dari umur 5 tahun hingga 17 tahun.

Apa yang saya nak share di sini ada 3 perkara sahaja.

1) Untuk menjadi orang baik adalah satu pilihan. Saya memilih bersahabat baik dengan niat kerana Allah kerana sahabat-sahabat baik ini walaupun masing-masing ada Master dan PHD sangatlah merendah diri.

Yang baju batik itu ada Master In Leadership, yang pakai cermin mata dengan MBA dan usahawan sukses dan Dr Suheyl dari Turkey ada PHD. InsyaAllah diri ini yang tak baik akan beransur-ansur terpengaruh juga untuk jadi insan baik. Aaminn Ya Allah.

2) Setiap hari waktu bekerja dan di rumah berfikir soal dunia dan ceritakan kesenangan atau masalah duniawi, sahabat-sahabat baik ini akan charge kita dengan cerita-cerita Kebesaran Allah, dakwah, pengalaman hidup, keilmuan dan ilmu-ilmu kekeluargaan yang sakinah dan berkah.

3)  Menambah pelbagai pengalaman hidup yang berharga dari orang lain sebagai inspirasi dan pedoman. Setiap melalui tahapan ujian kesusahan dan kesenangan yang berbeza. Kita dapat tambah pengalaman yang berbeza dan seterusnya diri akan jadi lebih matang dan lebih dewasa.

Entrepreneurs dan Duit.

Wednesday 6 January 2016

Jangan jadikan DUIT sebagai motivasi utama dalam perniagaan. Kerana apabila anda berniaga hanya didorong duit ianya akan jadi bisnes yang tidak konsisten. Anda akan kecewa, putus asa apabila duit yang dicari tak dapat dan anda tukar pula bisnes lain. Gagal lagi dan tukar lagi bisnes lain. Begitulah putarannya bila berbisnes hanya kerana didorong duit sahaja.

Berniagalah kerana anda benar-benar MINAT, ada PASSION dalam perniagaan itu. Anda akan jadi kuat dalam dugaan yang melemahkan dan menjadi lebih kuat apabila bisnes anda semakin stabil.

Kajian pakar-pakar mengenai usahawan di USA dan Europe, jutawan-jutawan usahawan di sana kebanyakannya membuat bisnes kerana MINAT yang sangat mendalam. Sebagai contoh Mark Zuckerberg, Bill Gates dan Steve Jobs.

#usahawan #gigih #semangat #duit #kaya

KISAH AIR SOYA, TAUFU FA, ABANG PENJAJA KECIL DAN SAYA.

Setiap petang sebelum balik ke rumah akan beli Taufu Fa Manis dan Air Soya Panas dari seorang penjual tepi jalan di kawasan rumah saya di area Bangi.

Menariknya kisah peniaga jalanan ini harga jualan setiap produk makanan berasaskan soya beliau hanya RM1. Jika di tempat lain harga produk makanan yang sama dijual dalam RM1.50 hingga RM2. Tapi ini kawasan Bangi harga RM1 macam di kawasan kampung pula.

Saya selalu bergurau dengan beliau supaya harga ini kekal sekurangnya sehingga sepanjang tahun ini. Tapi beliau cakap InsyaAllah mahu kekalkan harga RM1 ini sampai-sampai bila.

Satu lagi kenapa saya beli dari beliau selain dari rasa yang enak, hangat dan manis, juga kerana beliau dipanggil sebagai 'ustaz' oleh customers yang lain. Bila masuk sahaja waktu solat, saya perhatikan beliau terus pergi surau dan tawakal sahaja tinggalkan sekejap bisnes beliau.

Saya yakin abang penjual ini orang yang soleh dan mesti ada  keberkahan atas produk makanan jualannya ini di samping harga yang sangat berpatutan.

Kesimpulannya.

Contoh yang baik dari abang penjual ini beri inspirasi kepada saya menjual itu juga satu cabang ibadah malahan sebagai cara kita berkhidmat meringankan dan memudahkan keperluan masyarakat.

Saya selalu doakan abang penjual yang soleh ini terus dimurahkan rezeki dan juga berdoa pada Allah satu hari nanti saya berpeluang berniaga dengan pendekatan beliau.

Mungkin saya akan berniaga restoran makanan dengan harga yang murah dengan separuh harga dari harga pasaran dan untung dibuat dengan keuntungan yang tidak menekan pelanggan.

Keuntungan yang sedikit dengan margin volume jualan yang besar masih dikira untung yang munasabah malahan InsyaAllah dapat keberkatan doa dari customers setiap masa seperti abang penjual soya dan taufu itu. InsyaAllah aamiin.

P.S:- Next time saya try ambil gambar beliau dan stall beliau jual soya dan taufu fa itu.

Takabbur, wanita seksi dan tundukkan pandangan.

Apabila terlihat wanita seksi orang lelaki selalu tertanya dan kerisauan (yang suka pun ada).

Terpegun melihat perempuan cantik adalah normal bagi lelaki yg normal. Jarang kita mendengar lelaki risau dan takut dosa lantas menangis bertaubat setelah melihat wanita cantik dan seksi seperti Zaman Salafussoleh dulu-dulu.

Tapi yang sering kita dengar  ramai lelaki menangis ditinggalkan wanita cantik nan seksi itu.

Takabbur itu sifat Allah. Kembalikannya kepada Allah apabila kita merasa ingin menggunakan sifat itu yg membawa ke jalan negatif.

Wahai lelaki.(Pesanan kepada diri sendiri). Tundukkan mata. (Tapi jangan sampai terhantuk tiang). Nescaya anda akan dapat firasat yang hebat-hebat seperti air yg mengalir di sungai yg besar, jernih tapi deras. Aminn..

#seksi #cantik #firasat #takabbur

Atheist dan Agamawan. Perspektif saya.

Saya bagi definisi dulu. Atheist di sini yang saya maksudkan adalah mereka yang tidak mempercayai Tuhan dan percaya tanpa agama mereka boleh jadi baik, lebih baik. (Mereka juga boleh jadi lebih jahat dari orang jahat yang ada agama kerana mereka tidak takut dosa dan neraka).

Definisi Agamawan. Saya spesifikkan pada AGAMAWAN ISLAM. Ada pelbagai jenis agamawan ini. Agamawan ini bolehlah kita katakan orang yang faham agama, faqih agama, tahu mendalam ilmu agama dan ada autoriti ilmu berkaitan agama.

Ya, wahai kawan-kawanku yang jadi Atheist. Ada agamawan yang jumud dan rigid sebagaimana ada juga  Atheist yang jumud dan rigid kerana ianya timbul di permasalahan INTERPRETATION dan BACKGROUND agamawan itu.

Agamawan Islam di EUROPE, USA saya selalu lihat lebih berlembut dan santai berbanding segelintir Agamawan Islam di Pakistan, Tanah Arab mahupun Tanah Melayu yang kadang kala dilihat "keras" dan "tegas".

Ada Agamawan hari-hari bahas soal mazhab yang berbeza, dosa pahala, neraka syurga, hitam putih saja kerjanya. Lagi parah apabila ada agamawan jadikan agama untuk tujuan POLITIK PARTISAN sehingga keluar pendapat yang pelik-pelik kerana MESTI WAJIB TAAT pada pemimpin parti masing-masing.

Namun percayalah kawan-kawan Atheist sekalian. Agamawan Islam yang sungguh berhemah, yang suka berkasih sayang masih ramai. Agamawan yang mengkaji kaedah psikologi dakwah, agamawan yang sangat berhikmah cara Rasulullah masih ramai. Agamawan yang melihat mereka yang keliru, bingung, bengong,tongong  dengan pandangan rahmah, mahabbah dan kasih sayang masih ramai.

Agama Islam tidak pernah berkurang pengikutnya. Setiap saat, setiap hari bertambah pengikut Agama Islam.

Dan jika anda Atheist masih juga tak percaya dengan semua Agamawan ini. Ianya bukan salah Agama. Agama Islam tidak akan mati. Agama Islam adalah cahaya yang menyinar terang benderang seperti mentari sehingga Hari Kiamat. Saya yakin itu.(Mungkin pengikut agama lain juga sama pendapat untuk agama mereka seperti saya dan saya tidak meletakkan apa-apa penilaian pada mereka.)

Penutup kesimpulan:-

Ramai sahabat MUALAF (non-Muslim akhirnya memeluk Islam) berkata kepada saya.

"Jika saya lihat Islam pada pengikutnya dan orang Islam saya mungkin tidak peluk Islam. Tapi saya lihat indahnya Islam pada Teksnya (Quran) , Sirahnya (Kehidupan Rasulullah). Sebab itulah saya memeluk Islam.."

#Islam #Indah #Atheist #Cahaya #Mentari #Dakwah #Hikmah #Nur

Azam Tahun Baharu 2016.

Tuesday 5 January 2016

1. Untuk masuk bertanding parti  politik itu belum masanya lagi. Tapi memang akan bantu sahabat-sahabat di kalangan negara ASEAN yang rapat dengan saya untuk bertanding dalam pilihanraya yang terdekat di negara masing-masing kerana saya lihat mereka ada kemampuan, kekuatan dan kelebihan sebagai pemimpin negara masa depan. Mereka ini orang-orang baik dan sangat berkelayakan semuanya. Orang-orang baik perlu masuk dalam pilihanraya supaya ada perubahan lebih positif kepada pentadbiran negara-negara di dunia ASEAN pada masa hadapan.

2. Ingin bertemu kembali dengan sahabat-sahabat lama di seluruh dunia yang ketika dulu masa zaman mahasiswa berhingus dan berhati suci penuh semangat nak merubah dunia. Sekarang ramai sudah dewasa matang umur antara 35-40 tahun (saya sendiri sudah berusia 34 tahun). Fokus ingin ubah diri dan ubah keluarga dulu dan jadi pemimpin di organisasi kecil terdekat di tempat kerja atau syarikat. Namun ramai juga di kalangan mereka dah mula membina empayar perniagaan jadi CEO hebat pelbagai organisasi dan ada juga yang sudah menceburi serius dalam bidang politik. Yang jadi ustaz pun ramai.

3. Pergi Hawaii, USA memang dah rancang dengan telitinya bersama sahabat saya Mr Elton Kuah ,Pakar Market Analisis Antarabangsa  untuk tujuan perniagaan dan international Trading. Nak bawa bisnes travel dan juga halal food ke sana dan seterusnya masuk ke market USA bersempena TPPA yang akan ditandatangani rasanya. Kita tak boleh biarkan USA sahaja attack market bisnes kita. Orang Malaysia juga harus berani masuk market USA.

4. Memang tahun ini akan kembali kepada body shape zaman muda dulu sebagai strongman dan body builder. Tapi shape bukan bulky lebih kepada rip and fit body macam fizikal Bruce Lee kalau boleh (ini impian paling win haha).

5. Buku tulisan saya bertajuk "Anak Muda Dalam Pelbagai Perspektif" sudah siap dan dah finalize di manuskrip akhir. Tinggal nak tukar design cover buku dan kemudian dah boleh published.

P.S:- InsyaAllah. Moga diberikan kejayaan mencapai azam Tahun 2016 ini. Aamiin Ya Allah.

Keusahawanan Rakyat Malaysia, Bangladesh, Singapura dan Generasi Penganggur Terhormat.

Monday 4 January 2016

Dalam dunia keusahawanan di Malaysia tidak seharusnya orang Islam khasnya Melayu ketinggalan. Jika orang Bangladesh dan Pakistan yang datang beribu batu ke Malaysia boleh sukses apatah lagi kita rakyat asal Malaysia yang dah lama jadi warganegara ini.

Cuba sahabat-sahabat tengok di Low Yatt. Sahabat-sahabat kita orang Bangladesh dan Pakistan sudah boleh bersaing secara sihat dengan sahabat-sahabat berbangsa Cina dalam perniagaan di bidang IT Digital. Malahan mereka sekurang-kurangnya boleh mahir 3 Bahasa iaitu Bangladesh, Melayu dan Inggeris dan sikit-sikit bercakap bahasa mandarin dan kantonis.

Malahan market place niaga juga sangat besar. Dengan adanya AEC market place ASEAN lebih 600 juta juga menjanjikan peluang yang sangat besar. Rakyat Malaysia harus belajar dari Singapore negara kecil yang tiada apa hasil bumi tapi separuh GDP ASEAN dari negara Singapore.

Apakah kelebihan mereka? Kelebihan mereka adalah dengan menguasai INTERNATIONAL TRADING. Kekuatan dan peranan pelabuhan mereka yang sistematis, pengurusan korporat level dunia dan yang paling penting adanya minda world class level entrepreneurship dalam jiwa mereka. Usahawan mereka apabila mempromosikan business kepada dunia, mereka mengaku mereka adalah dominan dalam mewakili ASEAN untuk International Trading.

Di Malaysia , segelintir usahawan jangan kata mahu ke peringkat global. Baharu di peringkat jiran niaga sebelah pun kita dah takut. Ada yang sampai gunakan mantera-mantera zaman kuno minta bantuan jin untuk majukan business. Hasilnya hilanglah berkat malahan dirosakkannya bisnes pesaing di sebelah kedai. Akhirnya bisnes sendiri juga jatuh kerana di kelilingi aura negatif.

Namun saya yakin masih ada ramai di kalangan usahawan yang  ikhlas dan jujur terutama di kalangan generasi muda yang percaya zaman bergantung pada kerja kerajaan dan makan gaji telah berlalu. Pengangguran di Malaysia melibatkan mahasiswa berjumlah ratusan ribu. Dahlah menganggur berhutang pula dengan PTPTN.

Maka sebab itulah saya yakin ratusan ribu generasi penganggur dan berhutang ini ramai yang sudah sedar. Selepas ini anak-anak keturunan mereka tidak akan menghadapi masalah dan nasib yang sama seperti mereka . Saya sendiri anak-anak saya akan diajar ilmu keusahawanan seawal sekolah tadika lagi nanti. Bidang keusahawanan ada SOLUSINYA InsyaAllah.

Effendy Zulkifly
-Trader Marhaen-

TAKLIF SEORANG AYAH, TAKRIF KASIH SAYANG DAN NAFKAH ROHANI.

Sunday 3 January 2016

Pejam celik mata akhirnya telah 7 tahun jadi seorang suami dan 4 tahun menjadi seorang ayah dalam sebuah keluarga kecil. Ya masih baharu dalam pengalaman bekeluarga. Namun penanda aras pada pengalaman bekeluarga bukan pada penilaian masa yang  lama atau baharu tapi bagaimana nilai ketakwaan itu diambil kira.

Checklist KETAKWAAN itu pula tak perlu lihat jauh pada orang lain. Lihat dulu pada diri sendiri dari aspek hubungan dengan Allah bagaimana? Adab kita berfikir, bertutur dan bertingkah laku macam mana? Mampukah kita ikut acuan Rasulullah dalam bekerluarga? Adakah kita mendidik anak dan isteri dengan ilmu agama dan adab? Adakah kita bergaul baik dengan masyarakat? Solat awal waktu dan solat berjemaah tak kita?

Apa yang saya pelajari dan renungi. Menjadi ketua keluarga bukan sekadar beri nafkah zahir semata-mata dengan beri makanan, pakaian, tempat tinggal, bercuti jalan jalan dan kenderaan buat keluarga. Yang paling penting adalah menunaikan TAKLIF HAKIKI insan mengikut kategori diri masing-masing.

Pertama sekali mendidik diri. Kemudian isteri dan anak dengan ilmu agama dan adab. Saya renungi diri ini. Jika hidup hanya berpaksikan material semata-mata nescaya sia-sialah hidup ini Yaumul Masyar kelak atas tuntutan oleh anak dan isteri nanti bila nafkah rohani tidak diberikan secukupnya.

Saya benar-benar berazam biarlah diri ini yang sendiri mendidik anak-anak sebagai GURU PERTAMA yang mengajar ilmu-ilmu agama dan adab. Biarlah diri ini menjadi SAHABAT BAIK PERTAMA buat anak-anak supaya cabaran yang sangat menakutkan di masa hadapan dengan persekitaran dan biah yang pelbagai karenah dapat dihadapi dengan tenangnya melalui panduan Ilahi.

Krisis moral berlaku hakikatnya bermula dari 'KERAJAAN KECIL'(KELUARGA) di rumah yang tidak diurus tadbir dengan baik. 'PEMIMPIN KERAJAAN BESAR' (NEGERI/NEGARA) ini juga bermula dari sebuah keluarga.

Sayangi keluarga bukan sekadar bagi cukup makan minum dan duit semata-mata. Itu juga penting namun yang lebih penting adalah menyayangi keluarga dengan  pemberian ilmu, perhatian, luangkan masa kualiti dan didikan agama dan moral.

Sayangilah KELUARGA anda kerana di situlah punca KEBAHAGIAN!

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger