Kisah Tiga Sahabat, Upin Ipin, Ferrari dan Lori.

Dalam kesibukan kami bertiga untuk bertemu, akhirnya kami bersepakat berkumpul di Program SME RECOGNITION AWARD & GALA DINNER 2015 di Sunway Pyramid Convention Center (SPCC).

Yang berdiri di tengah hensem berkaca mata, berkot kelabu dan bertali leher hitam adalah sifu dan mentor saya dalam International Business dan Strategic Management iaitu  Tuan Indera Shahril Baharudin yang berpengalaman dalam business yang bernilai puluhan hingga ratusan juta RM.

Tuan Indera juga aktif sebagai Ikon Antarabangsa Korporat ASEAN dan Aktivis NGO Keusahawanan yang sangat proaktif iaitu Next Generation Movement(NextGen).

Beliau dah booking  Kereta Ferrari nak pakai sempena tahun baru 2016. Beliau layak dan mampu dan Kereta Ferrari adalah asset kerana harganya boleh kekal lama mahal.

CEO Les Copaque, Pemilik Upin Ipin dan Ferrari.

Yang tepi sekali berkot hitam tanpa tali leher adalah Tuan Afzaruddin Bin Burhanuddin CEO LES COPAQUE PRODUCTION SDN BHD pemilik ANIMASI UPIN & IPIN yang sangat terkenal di seluruh nusantara! Animasi UPIN & IPIN telah berada di lebih 30 buah negara!

Beliau telah buat Animasi Bersiri Upin&Ipin, Filem Upin Ipin , Rangkaian Restoran Upin Ipin, eksport minuman jenama Upin Ipin dan kini merangka Projek terbaru di Sepang iaitu TAMAN TEMA UPIN & IPIN!

Beliau memang dah ada Kereta Ferrari yang menjadi mimpi kebanyakan jejaka Malaya. Orangnya humble, santai dan saya tahu mengenai Ferrari beliau pun dari orang lain. Sampai hati beliau sebagai sahabat menyorokkan kisah kegembiraan Ferrari idaman semua jejaka Malaya itu.

Kerjasama kami nanti lebih kepada gerak kerja program pembangunan usahawan anak muda melalui NGO saya ASEAN Youthpreneur Community(AYPC) dan NGO Next Generation Movement (NextGen).

Kisah Saya dan Lori.

Saya pula mahu kenderaan apa?

Saya tidak mahu Ferrari kerana Ferrari saya boleh pinjam sekali sekala dari mereka kerana kami bersahabat baik satu perjuangan menaikkan martabat keusahawanan anak bangsa.

Saya hanya mahu beli beberapa buah lori tahun hadapan sebagai logistik trading buah-buahan, beras, mangga dan kelapa dari Thailand ke Malaysia ke Singapore untuk business trading saya tahun hadapan.

Mohon doa dari kawan-kawan usaha ini barokah dan sukses.

Jom kita selawat!

(Effendy Zulkifly)
Founder, ASEAN Youthpreneur Community(AYPC).
aseanchangemaker.org

#sahabat
#asean
#upinipin
#ferrari
#lori
#trading

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger