JENIS-JENIS ORANG KAYA.

Wednesday 10 December 2014

Seringkali saya membaca luahan rasa hati sahabat-sahabat di facebook mahupun di luar facebook mengenai sahabat-sahabat mereka yang suka upload gambar-gambar kereta mewah, rumah mewah dan barangan mewah di wall FB masing-masing.

Ada yang sangat bangga bersahabat dengan orang-orang kaya berkereta mewah dan ada juga yang memandang negatif mereka yang menonjolkan kemewahan dengan pandangan negatif kerana dikatakan meninggi diri.

Tugas saya sebagai trainer coach @ motivator, saya biasanya memilih bersikap positif. Kita tidak boleh menghukum sesuatu perkara berdasarkan sangkaan semata-mata kerana niat di hati hanya Allah yang tahu.

Seorang motivator bukan sahaja perlu bersikap positif tetapi juga perlu kelihatan positif. Bergaul dengan pelbagai jenis orang kaya dan jutawan ini, saya ingin membuat perkongsian berkaitan jenis-jenis orang kaya berdasarkan pengalaman saya bergaul dan berkawan dengan golongan ini.
Terdapat 5 jenis orang kaya:-

1. Kaya berdasarkan kelebihan akademik dalam bidang yang sangat strategik dan profesional seperti akaun,engineering, oil and gas . Mereka juga hidup kaya terutamanya bermula di zaman emas tahun 1990-an atas dasar pimpinan Tun Dr Mahathir dengan mengetuai GLC-GLC yang hebat-hebat dengan gaji bulanan yang cukup besar.

Gaji bulanan mereka beserta elaun boleh mencecah RM40 ribu dan ke atas. Mereka belajar dengan biasiswa kerajaan seperti JPA, MARA di luar negara balik sebagai rakyat Malaysia yang membawa sijil oversea dan bekerja di pejabat-pejabat swasta yang hebat .

2. Kaya berdasarkan perniagaan-perniagaan yang dimulakan oleh keluarga dengan mewarisi saham-saham besar syarikat. Kebanyakkan kawan-kawan berbangsa Cina dalam kategori ini. Mak ayah yang kaya raya ini menghantar pula anak-anak mereka di universiti ternama dunia dan balik ke tanah air meneruskan legacy perniagaan mereka.

3. Kaya bermula dengan susah, makan maggi, bergolok gadai, bermula dari bawah dan mereka menjalankan pelbagai bisnes seperti bisnes kedai makan, bisnes kosmetik, buka kilang IKS dan juga menjalankan perniagaan MLM, Forex.

Ada yang kaya melalui pelbagai idea bisnes yang hebat dan diterjemahkan menjadi bisnes dan kemudian beroleh kejayaan dan kekayaan. Ada yang asalnya miskin, kemudian menjadi kaya dengan "mengajar orang menjadi kaya". Maksudnya di sini mereka ada "idea" untuk jadi kaya. Mengajar orang jadi kaya seiring dengan mereka sendiri jadi kaya.

4. Proxy orang politik. Agak sensitif untuk dibincangkan, tapi inilah golongan yang kadang kala paling senang lenang kerana hubungan baik dengan pelbagai pihak atas di kalangan orang politik. Contoh kes bekas MB Selangor dulu iaitu Khir Toyo. Golongan proxy ini kadang-kadang digunakan nama mereka untuk "cover" nama-nama orang tertentu.

5. Orang-orang politik yang memegang tampuk kekuasaan yang boleh meluluskan pelbagai projek mega kerajaan. Cuba tengok rumah ahli politik sebelum dan selepas memegang kuasa. Tidak kira mana-mana parti politik sekali pun "kuasa politik" ini memberi kekuatan untuk mengawal "kuasa ekonomi" pula.

Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis orang kaya yang boleh disenaraikan di sini. Namun saya tonjolkan 5 kategori ini. Dan saya lihat golongan kaya ini yang paling suka menonjolkan kemewahan kereta mewah biasanya (tak semua) di kalangan mereka yang jalankan bisnes berkonsepkan MLM, Forex selalunya berdasarkan penajaan keahlian baru.

Bagi saya penonjolan kereta mewah itu satu keadaan yang positif namun bergantung pada mereka yang "melihat" bukan pada yang "dilihat". Kereta mewah itu penting bagi mereka yang terlibat dalam industri berkonsepkan MLM untuk memberi inspirasi kepada orang bawah.

Namun dalam konteks bisnes seperti MLM, penonjolan utama figura jutawan yang berjaya dalam sesuatu sistem MLM atau BINARY akan ditujukan kepada satu atau beberapa individu tertentu sebagai "jurucakap".

Yang benar-benar kaya adalah pihak "mastermind" di belakang tabir dalam sesuatu sistem MLM, BINARY atau PIRAMID itu. Jika berlaku masalah kepada "sistem" itu yang paling menanggung malu adalah "jurucakap" berbanding "mastermind" yang tidak kelihatan di belakang tabir.
Teguran saya kepada bangsa saya sendiri yang beragama Islam. Lihatlah aspek kekayaan itu melalui renungan dan kaca mata sunnah Nabi dan cara Islam yang sebenar. Akhirnya kekayaan itu ke mana tujuan dan apakah "hakikat" kekayaan itu sendiri.

Ada sahaja orang kaya jutawan yang saya jumpa hidupnya cukup sederhana tanpa kereta mewah, rumah mewah dan tidak sempat pun nak update kisah kekayaan jutawan hartawan mereka di facebook.

Manakala sahabat-sahabat yang memaparkan kemewahan di facebook mungkin niat beliau untuk menggalakkan pengikut-pengikut beliau bekerja keras seperti beliau sehingga peroleh kekayaan dan kemewahan itu.

Namun berpada-padalah dalam menonjolkan kekayaan, kemewahan kita kerana hati manusia ini tidaklah kita tahu setakat mana titik hitam dan noda dalam jiwa mereka yang datang dengan hasutan syaitan yang menjurus kepada cemburu dan dengki yang sangat negatif.

KESIMPULAN.

Saya seboleh mungkin mendapatkan pelbagai nasihat mengenai kekayaan dari perspektif pelbagai jenis orang kaya ini. Orang kaya yang dari awal kita lihat bernasib baik seperti Golongan 1 mungkin ujian kesusahan mereka ketika menjadi seorang mahasiswa di luar negara, ramai yang bermula dari keluarga yang miskin. Nasihat mereka mengenai kekayaan juga selalunya bersifat konsep, teknikal dan menekankan aspek pentingnya pelajaran dan pendidikan.

Golongan 3 mungkin boleh menerangkan tentang perniagaan dengan jalan cerita yang lebih inspirasi dan motivasi kerana bermula dengan jalan kesusahan, kerja keras dan disiplin. Golongan 4 dan Golongan 5 akan menggalakkan kita mempunyai "network" dengan orang politik dan menekankan aspek "knows WHO" dan "High Network Contacts".

Saya akhiri penulisan ini dengan kata-kata falsafah ini:-

"KAYA tidak menjadikan kita lebih tinggi harga diri, MISKIN juga tidak menjadikan kita lebih mulia. KAYA dan MISKIN boleh menjadi sebab manusia kufur. KAYA dan MISKIN juga boleh menjadi sebab manusia bersyukur!

"Berusahalah menjadi insan yang paling bernilai , dan harta yang bernilai akan menjadi tidak bernilai jika dibandingkan dengan diri anda sendiri!

P.S: - Marilah kita sama-sama berdoa menjadi manusia kaya dunia dan kaya akhirat! Amin Ya Allah.

Love Communication.




Saya sedang merangka Slides Presentation "Communication for Love" untuk sebuah program besar peringkat nasional tahun hadapan.

Program ini khusus untuk mereka yang bujang ,sedang mencari CINTA dan belum berkahwin kerana pelbagai faktor. Elemen kesihatan dan kecergasan juga menjadi keutamaan silibus dalam program ini.
Rata-rata wanita dan lelaki yang kahwin lewat ini biasanya mengeluh kerana faktor penampilan, berat badan dan sikap malu menjadi punca mereka kahwin lewat. Sebab itulah elemen komunikasi CINTA, komunikasi keyakinan diri , slot ilmu kecergasan dan kesihatan menjadi pengisisan utama dalam program ini.

Untuk kelihatan cantik menawan sebenarnya yang penting kita perlu mejadi seorang yang sihat , cergas dan mempunyai kelebihan komunikasi yang cemerlang.

FORMULA CANTIK MENAWAN/KACAK BERGAYA =
CERGAS+SIHAT+PINTAR KOMUNIKASI

Insya Allah kita akan buat sesi khas untuk program match making juga selepas program ini yang sesuai dengan norma-norma budaya timur negara Malaysia. Kaedah pemantapan kerohanian melalui pendekatan agama dan moral juga ditekankan seperti amalan doa-doa khusus dan ibadat amalan harian kepada peserta Muslim oleh ilmuan Islam yang terpilih. Kepada peserta non-muslim pula kami tekankan aspek Kecerdasan Emosi dan nilai-nilai moral.

P.S:- Semoga program yang diatur ini berjaya dan mohon idea-idea baru yang boleh saya kongsikan dalam program ini dari sahabat-sahabat sekalian.

"High Impact Communication".


Semalam saya di International Youth Centre, Cheras mengisi slot "High Impact Communication" untuk peserta Program Latihan Fitness Instructor anjuran National Association for Strength and Conditioning(NASC).

Slot Komunikasi memang menjadi keutamaan saya untuk mana-mana jemputan program latihan dan motivasi. Presentation saya biasanya akan mengandungi topik-topik berikut:-

1. Definition of Communication.
2. Communication skills - 9 Skills.
3. The 6 "To" of Communication Purposes.
4. Non-verbal communication - 10 Ways
5. Communication blocks - 6 Reasons.
6. Effective communication 5W 1H.
7. Effective communication - 6 "C" Elements.
8. 3 Ways to Communicate with Positive Approach.
9. How to be a positive trainer/coach/teacher/lecturer?

Bayangkan saya boleh menerapkan topik-topik di atas dalam masa seharian sahaja. Sedangkan ilmu-ilmu itu saya pelajari lebih sedekad lamanya. Malahan untuk memastikan konsep dan teori tersebut saya pastikan dapat dipraktikkan oleh para peserta program komunikasi saya, saya tambahkan lagi program latihan komunikasi saya dengan Modules:-

6 Technics of "SCFLPI" to be The Best Speaker."

Program Latihan Komunikasi Efektif seterusnya bersama National Association for Strength and Conditioning (NASC):-

1. Di Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Taiping Perak - 14 Disember 2014.
2. Di UTM Skudai di Johor Bahru - 27 Disember 2014 .
3. Di Kompleks Sukan Labuan - 25 Januari 2015.

Tahniah kepada Zulhijjah dan Pasukan Squash Wanita Malaysia!



Setinggi gunung ucapan TAHNIAH kepada sepupu saya Zulhijjah Bte Azan kerana berjaya ke Final Kejohanan Dunia Squash Bepasukan Wanita di Kanada. Zulhijjah sepasukan dengan Datuk Nicol David. Seingat saya beliau dididik dalam Sukan Squash sejak sekolah rendah oleh arwah ayah beliau.
Alhamdulillah ciri-ciri wanita Islam menutup aurat terus dapat dikekalkan. Kami rakyat Malaysia mendoakan kejayaan beliau di Pentas Final. Buat pertama kalinya Pasukan Malaysia berjaya ke Final!

P.S:- Sister in Islam seharusnya juga memainkan peranan perjuangkan nasib wanita Islam yang tidak boleh menutup aurat di tempat kerja dan ketika bersukan tahap profesional.

Bersama Top Management dari Syarikat Procure.



Meeting seterusnya bersama Top Management dari Syarikat Procure, Encik Amir dan Encik Amy. Mereka player utama dalam industri pembuatan peralatan kesihatan untuk hospital, klinik, farmasi dan Jabatan-Jabatan Patologi.

Mereka ada kilang sendiri dan menariknya mereka adalah syarikat bumiputera dalam industri healthcare yang didominasi bangsa Cina sebagai majoriti.

Dalam dunia produk kesihatan memang saya telah terlibat lama sebelum ini dari segi marketing and sales. Kebetulan pula saya juga mempunyai circle anak muda yang mempunyai kepakaran medical lab dan biomedical studies di bawah seliaan saya untuk pembangunan start up Usahawan muda.

Jadi saya matchkan circle inventors, academicians dengan industry player. Dalam masa sama, saya terlibat juga untuk memberi nasihat kepada inventors dan industry player dari aspek strategic marketing local dan global sebagai consultant strategic planning.

P.S:- InsyaAllah, bidang biomedic ini juga akan menjanjikan peluang perniagaan yang menguntungkan dan sangat luas prospek dan potensinya untuk Kumpulan Perniagaan saya. Amin.

Insan-insan hebat yang kutemui.



Terlalu ramai insan-insan hebat yang saya telah temui dari kalangan usia remaja, belia mahupun veteran. Kadangkala mereka ini 'tersorok' dari dikenali orang ramai dan mereka juga tidak populis.
Kadang kala saya tak sangka Allah aturkan saya bertemu, bersahabat dengan mereka yang saya justifikasi sebagai satu method secara tak langsung Allah mendidik saya untuk jadi orang-orang baik dan mulia hati seperti mereka.

Ada yang saya kenal itu mungkin pada pandangan orang awam hanyalah siak-siak masjid atau surau yang kerjanya kemas surau, susun meja , susun tikar untuk moreh atau kerusi untuk ustaz-ustaz hebat mengajar. Tapi saya yakin mereka mulia di sisi Allah. Bayangkan dari saya seorang budak sekolah hingga ada anak isteri mereka masih setia di sebuah surau atau masjid.

Benarlah kata ahli pujangga.

"JANGAN BERUSAHA JADI ORANG YANG TERKENAL, BERUSAHALAH JADI ORANG YANG BERNILAI."

'Team Trainer Special Force' Sahabat YADIM.


Diskusi dengan 'Team Trainer Special Force' Sahabat YADIM bersama orang kuat YADIM Bro Zamani Mk berkaitan program training for trainers, training for Daie yang akan libatkan lebih 2000 orang guru, 19 IPT dan puluhan sekolah under branding 'Sahabat YADIM'.

Yang berbaju hitam adalah saudara Albark Yunus Bat yang selalu berkelana di merata dunia terutama di negara ASEAN yang memerlukan bantuan kemanusiaan seperti di Selatan Thai, Burma dan Indonesia.

Saudara Albark sangat prihatin dengan rakyat marhaen yang miskin dan gelandangan. Beliau juga pernah dijemput Menteri Belia Korea di Korea Selatan sendiri memberi talk mengenai isu spiritualisme remaja sebagai penyelesai masalah sosial di kalangan remaja. Saudara Albark ini sedang menyiapkan Master beliau dalam bidang Finance.

Yang berbaju jersey merah saudara Wasif Wan terlalu hebat untuk saya ceritakan secara ringkas di sini. Kami mula berkenalan sebagai aktivis mahasiswa di universiti awal tahun 2000. Ketika itu beliau pemimpin mahasiswa di UM dan saya pula mengetuai sebuah organisasi mahasiswa di UiTM. Beliau ada Master dalam bidang dakwah dari UM. Fasih berbahasa Arab. Telah mengembara ilmu dan membuat kerja kebajikan sosial lebih 20 negara.

Saudara Wasif sangat konsisten memperjuangkan isu-isu belia dalam konteks intelektualisme, aktivisme, idealisme dan spiritualisme. Jaringan antarabangsa beliau di kalangan intelektual dan pemimpin belia sangat mengkagumkan saya. Ayah beliau juga seorang bekas Ketua Pengarah JAKIM yang sangat terkenal atas dasar keilmuan.
Bersyukur pada Allah saya dikurniakan sahabat-sahabat dunia akhirat seperti mereka ini. Semoga rancangan kita dalam arena dakwah, dan aktivisme "Social Entrepreneurship menjadi kenyataan. Amin.

Diskusi bersama orang kuat YADIM.



Perbincangan bersama orang kuat Sahabat YADIM berjalan dengan lancarnya semalam. InsyaAllah 
saya dan beberapa rakan-rakan trainers,motivators di dalam circle saya diberi kepercayaan untuk 
melatih dalam bentuk motivasi dakwah sasaran awal pada tahun 2015 seramai 2000 orang Guru-Guru seluruh Malaysia.
Kami juga diminta merangka, membuat penambahbaikan modules motivasi kepada pelajar-pelajar 
bermasalah yang mungkin seringkali terlepas pandang. Pembentukan Daie Muda di peringkat 19 IPT
 juga akan dilaksanakan program yang comprehensive dan dinamik.

Mereka di kalangan mahasiswa-mahasiswi ini juga akan dilatih untuk turun ke lapangan remaja di 
sekolah-sekolah sekitar IPT mereka. Nasihat dari senior saya Bro Zamani Mk orang kuat YADIM ini 
sungguh bermakna bagi saya. Nasihat beliau berkesan di hati saya dan saya nukilkan dalam bentuk 
points di sini:-

1.Berapa banyak pelajar-pelajar dari ribuan peserta program motivasi akan terus dibentuk menjadi 
protege? Adakah selepas program hanyalah touch and go sahaja? Apakah follow up berkesan?

2.Kerja kebajikan ,dakwah, beri ilmu adalah kerja sepanjang hayat dan kerja untuk kemenangan umat. 
Buat bukan untuk kepentingan organisasi atau individu tertentu tapi untuk kemenangan ummah.

InsyaAllah kami akan buat yang terbaik untuk program Tahun hadapan bersama YADIM. Terima 
kasih atas kepercayaan yang diberikan.

HARAPAN TAHUN 2015.



Tahun 2015, usaha memperkasakan ekonomi diri sendiri dan keluarga adalah suatu keutamaan. Nabi Muhammad S.A.W juga sebelum menjadi Pemimpin Antarabangsa dengan title "Rasul" yang berpengaruh dan hebat, baginda sangat pakar dalam pengurusan ekonomi dan keusahawanan bersama dengan isteri pertama baginda iaitu Khodijah R.A. Dan saya percaya dan yakin Rasulullah merupakan orang kaya dan hartawan (tapi memilih cara hidup zuhud) dan tidak memerlukan simpati orang lain dari aspek ekonomi dan belanja hidup dalam menyara diri, keluarga dan organisasi perjuangan baginda waktu itu.

Dalam masa yang sama, sisi intelektualisme melalui Circles Intelektual yang telah terbentuk sebelum ini akan terus dikekalkan dan mungkin ditambah. Jaringan NGO-NGO Belia yang saya sertai sebelum ini memberi saya banyak pilihan untuk saya menambahkan nilai idealisme dan aktivisme. Manakala bersama NGO-NGO berasaskan ekonomi juga sudah pasti memberikan input praktikal berkaitan ekonomi dan pembangunan kewangan yang mantap.

Kekuatan bersifat spiritualisme pula bagi saya adalah menguatkan aspek basic sunnah yang kadang kala terabai kerana kesibukan masa yang tidak diatur dengan baik. Contoh perkara "basic spiritualisme" seperti Solat Fardhu berjemaah terutama Solat Subuh, Bacaan Quran (tafsir dan pengamalan), Tahajud , Witir dan Puasa Sunat (isu "basic spiritualisme" ini adalah pendapat peribadi saya, ada orang "basic spiritualisme" dia berbeza). Kita asyik cerita lebat-lebat ke langit tapi hakikat "basic" ini sering terabai dan inilah secara umumnya pada observation peribadi saya adalah kelemahan utama Umat Islam.

Dalam masa yang sama saya juga cuba mencari peluang untuk membentangkan Kertas-Kertas Kerja berkualiti tinggi di simposium atau conference tahap nasional atau antarabangsa jika ada peluang nanti. Tahun 2015 bagi saya ada satu "tahap" baru dalam kehidupan saya. Pelbagai pengalaman saya bersama individu, organisasi tertentu telah mencapai tahap "matang", "mekar" dan masanya untuk saya ekspresikan "hasil" dari pengalaman-pengalaman itu di peringkat yang lebih sistematik secara akademik-intelektual namun bersifat praktis, marhaen dan benar-benar mengakar umbi.

P.S:- Moga-moga buku-buku dan pelbagai jurnal ilmiah saya dapat dihasilkan tanpa tertangguh lagi pada Tahun 2015. Amin Ya Allah.

26 Tips Mesyuarat Yang Berkualiti.

Seminggu terakhir sebelum Disember 2014 saya mempunyai meeting yang begitu crucial dan penting bersama-sama tokoh-tokoh usahawan dan intelektual belia yang begitu awesome, superb dan hebat luar biasa dari aspek ilmu dan sahsiah peribadi untuk takwim 2015 program Kumpulan Usahawan dan Aktivis Sosial kami.

Meeting tersebut berlangsung hampir setiap hari berturut-turut bermula Selasa minggu lepas. Hasil perbincangan dari pertemuan itu sebenarnya memberi kekuatan kepada saya untuk terus berjuang dalam dunia keusahawanan dan aktivisme sosial dan pembangunan masyarakat.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberi kepercayaan dan keyakinan kepada saya untuk terus menyumbang. Anda semua adalah inspirasi kepada saya. Hasil dari pertemuan tersebut, Azam 2015 saya telah bermula seawal Disember 2014!

P.S:- Saya sertakan di sini tips meeting yang berkualiti.

26 TIPS MESYUARAT YANG BERKUALITI.

1. Hormati Masa Anda Dan Orang Lain2.
2. Lakukan Persiapan Awal
3. Bina SUPERIORITY COMPLEX
4. Hormati Kelebihan Orang Lain
5. Memberi Pandangan Yang Baik
6. Sejarah Silam Adalah Cabaran Bagi Mengatasi Kekangan
7. Semua Pandangan Adalah Baik
8. Giliran Anda Akan Tiba
9. Pelihara Profesionalisme
10. Bertindak Sebagai Penstabil Keadaan
11. Beri Laluan Kepada Idea Bernas
12. Tetapkan Matlamat Mesyuarat
13. Bincang Yang Penting
14. Bertanggungjawab Pada Situasi
15. Berani Berubah
16. Hormati Orang Lain
17. Atasi Perkara Tertangguh
18. Jangan Hanya Memerhati
19. Jelaskan Perkara Yang Perlu Dan Tidak Perlu Berlaku
20. Elakkan Mendedah Perkara Yang Sulit
21. Jangan Rendahkan Diri Sendiri
22. Tetapkan Objektif Mesyuarat
23. Sediakan Agenda Lebih Awal
24. Tetapkan Siapa Yang Perlu Bertindak
25. Keputusan Yang Diambil Direkodkan
26. Tanya Soalan Berbentuk STIMULATIVE

'MESYUARAT BUKAN TEMPAT BERBUAL-BUAL ATAUPUN BERBINCANG PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN TAJUK. IA PERLU DIKAWAL DAN TIDAK MENGGUNAKAN MASA YANG PANJANG. SECARA PSIKOLOGI, MESYUARAT YANG MELEBIHI DUA JAM TIDAK EFEKTIF. AHLI MESYUARAT AKAN KURANG MEMBERI TUMPUAN DAN MESYUARAT AKAN MENJADI HAMBAR.

MASA DAN KOMITMEN AHLI LAIN JUGA PERLU DIHORMATI KERANA MUNGKIN ADA ANTARA MEREKA YANG MEMPUNYAI TUGAS LAIN. MESYUARAT YANG TERLALU PANJANG DAN TANPA PENGISIAN YANG BAIK AKAN MENGANGGU EMOSI AHLI MESYUARAT..DAN MERAKA AKAN MEMBERONTAK.

(Kredit : http://znurulaini.blogspot.com/ )

Just perkongsian Tokoh Belia yang patut jadi ikon kepada Gen Y.



Just perkongsian Tokoh Belia yang patut jadi ikon kepada Gen Y.

Faizul Ridzuan ni expert in property investment. Saya baru-baru ini menghadiri kelas Sarjana 
Hartanah oleh Faizul Ridzuan. Kelas ni separuh adalah investors kaum cina belajar dgn dia.
Umur dia baru 30-an. Properties rumah milik dia ada lebih 30 buah .Dia juga penulis buku-buku 
mengenai hartanah. My strategic partner juga dalam perniagaan kategori event management
.Sepatutnya beliau jadi ikon oleh kerajaan sebagai contoh kepada Gen Y.

P.S:- Setelah hampir setiap hari berturut-turut selama 1 minggu meeting business ventures dengan 
Entrepreneurs Gen Y. Sabtu dan Ahad saya peruntukkan masa untuk timba ilmu hartanah.
 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger