Kisah bakat. Part 1.

Thursday 27 November 2014


Kisah Bakat : Part 1.

Sangat tepat , sangat tepat , sangat tepat x 1000 apa yang disebut oleh Saiful Nang ini berkaitan dengan sistem pendidikan kita ini.

Saya cuma nak tambah sedikit berkaitan diri saya di zaman waktu sekolah dulu, juga sikap segelintir pensyarah dan sistem Universiti di negara kita dan pengalaman saya interview lepasan graduan universiti yang minta kerja di syarikat saya.

Ketika di sekolah rendah seawal darjah 2 lagi saya sudah pandai berniaga jadi Usahawan. Saya pandai lukis transformer atas kertas kosong dan jual 20 sen sekeping. Cikgu rampas lukisan seni saya dan dua bakat telah terhapus.1 bakat berniaga, satu bakat melukis hilang dan lenyap.

Darjah 4 sebelum cikgu masuk kelas saya buat event lawan pemadam. Juara akan dapat semua pemadam. Cikgu sebat dan tangkap kami main pemadam. Satu lagi bakat event management hilang.

Darjah 5 pula saya jual kad nama yang ada gambar kartun, dan pemandangan . Jual 5 set dapat satu set free, saya tempah dari Penang dan saya success dengan business ni sejak seawal darjah 5 lagi. Cikgu dapat tahu, cikgu rampas dan lenyap lagi satu bakat bisnes...

Bersambung...

KETUA KELUARGA...



KETUA KELUARGA.

Sebagai Ketua Keluarga, perjuangan untuk mengisi perut anak, isteri sebenarnya adalah suatu JIHAD yang paling utama buat Sang Suami@Ketua Keluarga.

Tiga aspek sering kali menjadi CABARAN utama buat Sang Ketua Keluarga:-

1)Makanan Asas.
2)Pakaian menutup aurat.
3)Tempat berteduh dari panas dan hujan.

Itulah keperluan utama dan yang lain adalah kehendak sekunder sahaja bukan primer. Sebagai seorang Suami@Ketua Keluarga keperluan itu sangat mendesak malahan terdapat sang suami yang tidak mampu atas pelbagai faktor kemiskinan, kesusahan, pengangguran menyebabkan mereka sanggup berbuat apa sahaja demi anak-anak dan isteri.

Laporan dan kajian pelbagai badan-badan akademik menunjukkan terlalu ramai keluarga miskin bandar dan kampung di seluruh tanah air seiring dengan pesatnya membangun syarikat-syarikat antarabangsa dan syarikat-syarikat perniagaan tempatan yang didominasikan oleh golongan yang rapat dengan sang penguasa politik dan kaum-kaum tertentu.

Maka lahirnya Ketua Keluarga yang merempat, tiada rumah, tidak cukup makanan, yang akhirnya terdengarlah berita Ketua Keluarga yang membawa organisasi keluarganya tinggal di jamban, adanya Ketua Keluarga yang terpaksa mencuri Tin Susu di Kedai Runcit.

Saya berazam untuk membantu, mengenali, melatih Ketua-Ketua Keluarga yang bermasalah ini kerana jauh di lubuk hati mereka tidak kiralah apa sahaja masalah mereka, sudah pasti keperitan, kesedihan dan kesusahan melihat wajah anak-anak dan isteri yang begitu susah, sedih demi sesuap nasi, sehelai pakaian dan tempat berteduh meluluhkan hati dan perasaan.

Kita mengejar pembangunan negara yang cukup hebat dengan dasar fiskal ekonominya, GDP, FDI yang muluk-muluk dan hebat. Tapi percayalah, ada insan-insan yang sangat memerlukan pertolongan,bantuan dan perlukan bimbingan.

Saya menyeru sahabat-sahabat seperjuangan saya, bantulah Ketua-Ketua Keluarga ini membina Organisasi Keluarga mereka dengan bahagia dan aman tenteram. Bukan kekayaan yang mereka kejar. Hanyalah Keperluan Asas untuk memberikan harapan kehidupan buat anak-anak dan isteri mereka.

Nota kaki :-

Effendy Zulkifly merupakan seorang Ketua Keluarga yang sedang berusaha untuk menjadi insan hari ini yang lebih baik dari semalam, insan yang lebih baik esok berbanding hari ini.

Saya ada lebih 40 WhatsApp Goup!



Saya ada lebih 40 Groups What's app yang berkaitan dengan business dalam handphone saya di kalangan rakyat biasa sehinggalah pak menteri. Saya juga menguruskan beberapa perniagaan secara manual dan autopilot.

Untuk what's app groups saya akan maintain selama mungkin kerana groups tersebut memberi inspirasi dan juga menjadi sumber maklumat dan marketing walaupun kesannya handphone separuh hari sahaja sudah 'kong'.

Tapi yang paling mengujakan saya, bilangan anak muda yang hebat-hebat dalam handphone saya dalam lapangan usahawan, kepemimpinan, aktivisme dan intelektual mencecah lebih 100 orang!
Teringat kata-kata Pak Kiyai Drs. Soenarjo Guru Pidato Tersohor Indonesia:-

"Berikan aku 1000 orang tua nescaya dapatku cabut rumput di Gunung Semiru, dan berikan aku 100 orang pemuda nescaya dapat kugenggam dan gegarkan dunia!"
P.S:- Tahun 2015 adalah tahun untuk pasukan usahawan/motivator/aktivis belia saya menggenggam dan menggegar dunia!

Program Motivasi Kem Remaja Pro Aktif!





Program Motivasi Kem Remaja Pro Aktif bersama pelajar-pelajar SMK Dato' Undang Syed Ali Al Jafri para 17 Nov - 19 Nov 2014. Program di Kem Agroloca, Jelebu.

Program melibatkan lebih 80 orang pelajar dan guru ini anjuran Motivational Firm saya De' Grande Training & Consultancy dengan kerjasama Yayasan Taqwa dan Yayasan Generasi Muda.
Saya menggunakan segala teknik motivasi yang paling terkini dan updated standard antarabangsa dengan sesi LDK, SIMULASI, ROLE PLAY, MASS LECTURE yang sangat fun, enjoy tapi mempunyai visi dan matlamat.

Setiap aktiviti mempunyai maksud tersurat dan tersirat yang memberi motivasi dan pengajaran yang berguna kepada para pelajar dalam suasana alam yang sangat indah dan mendamaikan.
P.S:- Mana-mana pihak yang berminat untuk program sebegini atau apa sahaja program motivasi berskala besar boleh hubungi saya atau hubungi CEO De' Grande Training&Consultancy iaitu Coach Mohd Nazrin Faiz.

Ibu dan ayah, permudahkanlah soal kahwin!



Nasihat kepada pasangan yang ingin berkahwin. Sebenarnya kos Wajib/Rukun hanyalah RM531.00 sahaja. Kos Wajib/Rukun+Sunnah hanyalah RM1,531.
Tapi apabila melayan kehendak mak ayah yang nak glamour sampai mencecah RM41, 531 dan mungkin lebih.
Bercinta pula sudah lama. Maka berhutanglah demi memuaskan hati untuk orang lihat nampak gah dan sekali seumur hidup.
Bila hutang sudah banyak susah untuk beli rumah, apatah lagi jika pasangan itu baru menyambut kelahiran anak .
Mak Ayah tolonglah mudahkan jalan perkahwinan dalam keadaan jalan kemaksiatan sangat terbuka luas di zaman ini.
Sesungguhnya sebuah hadis meriwayatkan mengenai perkahwinan iaitu "sebaik-baik wanita adalah yang rendah maharnya."

Ahli Parlimen Belia - Harapan Rakyat Dan Negara!

Monday 3 November 2014

Saya mengikut secara rapat proses dan aktiviti kempen calon parlimen belia. Usaha mengenal pasti bakat kepemimpinan muda ini sangat bagus dan perlulah ada usaha yang berterusan untuk penambahan ilmu dan seterusnya belia-belia hebat yang telah terpilih itu dapat benar-benar berkhidmat dengan sistematik dan efektif kepada masyarakat awam umumnya dan belia khasnya.

Kajian menunjukkan ada kira-kira 11.6 juta belia di Malaysia tetapi yang mendaftar dengan pertubuhan belia hanya sepuluh peratus iaitu kira-kira sejuta orang dan di situlah cabaran yang harus disahut Ahli-Ahli Parlimen Belia yang telah terpilih itu.

Pada hemat saya tanggungjawab utama ahli-ahli Parlimen Belia ini adalah untuk menarik golongan belia ini supaya aktif, partisipasi dengan organisasi yang membawa gaya hidup positif dengan pelbagai persatuan belia terutamanya yang dinaungi oleh Majlis Belia Malaysia.

Syabas kepada mereka yang telah berjaya dipilih sebagai ahli Parlimen Belia dan sedarlah bahawa anda terpilih bukan untuk menjadi golongan "partisan parti politik" cantas mencantas atau mengejar glamour dan perhatian sana sini.

Sesungguhnya anda adalah harapan anak-anak muda dan belia yang sentiasa responsif kepada segala isu yang meningkatkan jati diri dan nilai hidup masyarakat terutamanya belia dan anda perlulah sentiasa bekerjasama dengan rakyat marhaen dan menjadi penghubung rapat dengan "Government of The Day".

P.S:- Saya menawarkan diri bekerjasama dengan mana-mana Ahli-ahli Parlimen Belia untuk melaksanakan pelbagai program yang positif dari aspek penjanaan idea, penambahbaikan dan perlaksanaan sistematik.
 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger