USAHAWAN SEJATI DAN "ILMU RAMBANG MATA"...


USAHAWAN SEJATI DAN "ILMU RAMBANG MATA"...

Ciri-ciri seorang usahawan sejati adalah dengan adanya sikap "Rambang Mata". Segala yang dilihat kanan, kiri, atas, bawah adalah peluang niaga dan peluang duit. Setiap orang yang dijumpa tidak kira lelaki, perempuan, pondan, tua, muda, orang sihat, orang sakit, orang miskin, orang kaya adalah peluang niaga dan peluang duit.

Kehebatan "Rambang Mata" usahawan sejati ini boleh sejati terbentuk dari pelbagai faktor, faktor pengalaman hidup, faktor didikan keluarga, faktor ilmu pembacaan, ilmu melalui kursus, seminar, ceramah, kuliah, sekolah dan pelbagai bentuk medium kepada usahawan sejati ini.

Sebenarnya cukup dengan semaksima mugkin gunakan deria mata, deria rasa, deria hati, deria dengar, deria sentuhan akan menghasilkan ilmu "Rambang Mata" usahawan sejati ini...

Namun...

"Ilmu Rambang Mata" usahawan sejati ini ada kesan positif dan negatifnya...

Kesan positifnya, ke mana ada pergi ,buat, jual, cakap, fikir akan jadi HASIL, DUIT, UNTUNG. Ianya dikawal dengan "ILMU FOKUS" dan "ILMU SABAR" tahap tinggi, setinggi para nabi, rasul atau setidaknya orang-orang alim ulama.

Kerana...

"Ilmu Rambang Mata" usahawan sejati ini secara negatifnya jika tidak dikawal dengan "ILMU FOKUS" dan "ILMU SABAR", menyebabkan ramai usahawan putus asa pada tahun pertama perniagaan lagi.

Sebabnya satu bisnes pun belum betul-betul berjaya, mahu dicuba pula bisnes baharu yang nampak boleh bagi untung sedangkan modal duit, tenaga dan masa tidak cukup.

Pepatah Melayu ada menyebut...

"Yang dikendong berkeciciran yang dikejar lari".

"Ukurlah baju di badan sendiri".

Jika tidak diikat dengan "ILMU IMAN" dan "ILMU TAKWA" pula...

Usahawan sejati itu akan jadi usahawan yang ganas, tidak kira halal haram dan terhijab untuk jadikan perniagaan ini sebagai jalan dekatkan diri kepada Ilahi.

Jadilah dia seperti Qarun yang akhirnya ditanam bumi...

P.S:-

Posting yang bagi saya endingnya agak ngeri dan tak best sangat. Ianya adalah peringatan kepada diri saya sendiri sebenarnya...

-Effendy Zulkifly Usahawan Sejati-

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger