ISU MC DAN PEKERJA

Monday 14 April 2014

-ISU MC DAN PEKERJA - 


(Nasihat saya kepada anak-anak muda yang sedang meniti jalan kejayaan dalam kerjaya/bisnes dan organisasi masing-masing tidak kira NGO, Kerajaan mahupun Swasta.)


Bila saya baca artikel Berita Harian yang saya attach di bawah, baru saya tahu di negara-negara maju tak perlu bagi MC untuk bagi tahu majikan bila sakit. Segalanya bergantung kepada 'mutual understanding' antara pekerja dan majikan. Saya mempunyai pelbagai pengalaman bekerja di sektor swasta dan kerajaan level tempatan dan antarabangsa dan saya juga ada syarikat saya sendiri jadi saya nak bagi review sikit tentang isu MC ini.

Menurut pemerhatian saya. Pekerja cemerlang yang senior yang selalu saya jumpa tidak pernah saya lihat ambil MC. Bila saya tanya kenapa tak pernah ada MC? Mereka jawab mereka bukan tidak pernah sakit. Tapi mereka tak layan sakit tu dan pastikan kerja mereka sebagai keutamaan dan sakit yang setakat demam-demam dan selsema atau pening-pening tu mereka hadapi dengan biasa sahaja di tempat kerja. 

Kata mereka lagi, kalau dah kena kemalangan/denggi, pengsan dan admit dalam wad barulah boleh MC. Tapi ada antara mereka pernah saya tengok (saya juga pernah buat dan hadapi), accident motor setakat luka kaki dan tangan berdarah kena balut kaki , tangan dan kepala tetap ke tempat kerja. Susah nak tengok anak muda ada semangat kerja macam ni sekarang!

Ayah saya sendiri adalah contoh pekerja yang komited. Beliau yang saya tahu dan kenali tidak pernah ambil MC sepanjang perkhidmatan beliau dengan agensi badan berkanun. Beliau pernah berbulan-bulan tak balik rumah bekerja di Sabah dan Sarawak dan kami sekeluarga semuanya masih kanak - kanak kecil ditinggalkan bersama seorang ibu sahaja di semenanjung. Ayah saya diiktiraf sebagai pekerja cemerlang oleh bos beliau.

Di negara maju , mereka yang selalu ambil MC, berkira masa bekerja sukar untuk menarik perhatian majikan sebagai pekerja cemerlang. Apatah lagi jika anda ingin jadi usahawan. Anda tidak boleh sakit dan MC selalu pada setiap minggu/bulan sebab bisnes bergantung pada anda! 

Nasihat saya kepada anak-anak muda. Jadilah seorang yang berdisiplin, yang kuat semangat dan bukan banyak beralasan. Jika kita rasa kita susah dan penat, kita perhati orang sekeliling kita yang lebih susah dan penat. Jika kita rasa kita banyak masalah hidup, jangan pandang atas pada orang yang lebih senang, pandanglah pada orang sekeliling di bawah yang lebih susah dan banyak masalah. Baru kita akan bersyukur dan dapat memupuk motivasi positif !

Saya yakin, untuk menjadi usahawan/majikan/pemimpin hebat hatta pekerja cemerlang sekalipun, yang penting anda ada daya ketahanan dan daya juang yang kuat dan penuh semangat. Setiap perkara di dunia ini ada "kos melepas". Kita tidak akan dapat semua perkara yang menyenangkan kita. Tapi kita akan sentiasa diuji. Dan di sebalik kesenangan itu, tetap akan ada kesusahan sebagai ujian. 

Nota kaki: Effendy Zulkifly adalah insan yang dah biasa hidup susah dengan penuh cabaran hidup dan sentiasa memohon doa untuk terus sihat rohani dan jasmani.


#mc #sakit #pekerjacemerlang
 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger