Pengurusan Syarikat, Perniagaan dan Masalah Mindsettings.




Pengurusan Syarikat, Perniagaan dan Masalah Mindsettings.

Mengurus syarikat juga perlukan disiplin ,standard operation procedures (S.O.P) , key performance indicators (K.P.I), business plan (B.P) dan perlu faham organizational behaviour dengan teliti dan sebenar-benar faham dan jelas. Perniagaan kita perlu handle dengan serius dan tahap international sekalipun company kita kecil, baru bertapak. Kita kena bekerja kuat, berfikir besar dan bertindak bijak.

Masalah orang kita, apabila berniaga, lebih relax dari orang yang makan gaji. Semasa makan gaji kerja 8 jam sehari, bila berniaga kerja pula jadi 4 jam sehari dan lebihkan tidur. Kalau nak berniaga tak boleh tahan dengan tidur yang kurang, tak boleh tahan meeting lama sikit dengan orang, muka tak boleh senyum, bila jadi bos sombong, bila kaya kedekut sedekah, dengan staff tunjuk muka kerek@berlagak, belum cerita skandal lagi tu dengan secretary, semua ini adalah penyakit hati dan rohani dalam dunia korporat. 


Mengurus perniagaan bukan seperti makan gaji bulan-bulan. Sebagai usahawan saya bekerja hampir 18 jam sehari. Saya jadikan usaha saya dalam perniagaan sebagai ibadah dengan niatkan kerana Allah s.w.t. Ramai yang melihat menjadi usahawan seolah-olah mereka yang tiada pilihan kerja makan gaji dan pilihan terakhir. Mak dan ayah juga takut bermenantukan mereka yang menceburi bidang usahawan.

Paradigma itu ingin saya tukarkan. Saya mulakan dengan diri saya, isteri dan anak supaya faham apa yang dibuat ini adalah langkah untuk majukan anak bangsa yang terlalu ketinggalan dalam usaha jihad ekonomi. Jangan dihirau kejian orang. Usahawan adalah kerja mulia, adalah sunnah nabi yang ada keberkatannya.

Pesanan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam dunia perniagaan. Kita berganding bahu, sedarkan anak bangsa dengan kisah perjuangan dalam perniagaan. Kegagalan (yang bermaksud akan berjaya) juga adalah satu resepi kejayaan yang harus dilalui. Jangan ambil kisah dengan orang yang pesimis dengan jalan perniagaan. Teruskan optimis dan percayalah umat Islam Melayu juga pandai berniaga jika diberi peluang dan kepercayaan!

 
Berniagalah dengan etika tahap tertinggi dan berlandaskan iman dan takwa. Berniagalah dengan niat untuk tunaikan fardhu kifayah dan ikut sunnah nabi. InsyaAllah akan ada keberkatan, akan ada kejayaan di situ.


P.S:- Semua ini adalah pesan kepada diri sendiri yang pernah makan gaji selama 10 tahun dalam pelbagai syarikat antarabangsa, syarikat bangsa bukan melayu, legal firm, bank, hotel, restoran makanan segera, kerja angkat sampah dan jadi salesman jalanan. Semua kerja dah rasa, dan kini sudah tiba masanya uruskan syarikat dan perniagaan sendiri.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger