Peluang Perniagaan Usahawan Rambang Mata!

Thursday 30 January 2014
Peluang Perniagaan Usahawan Rambang Mata! "Business opportunities are like buses, there’s always another one coming." – Richard Branson. HURAIAN:- Apa yang saya faham, dari aspek peluang yang terlalu banyak ianya boleh jadi masalah kepada usahawan yang sangat kreatif dan banyak idea. Segala benda yang dipandang kanan, kiri, atas dan bawah, usahawan kreatif itu nampak boleh dibuat duit. Itulah yang berlaku kepada diri saya ketika mula-mula menceburi bidang perniagaan. Kita mengharap dengan mencuba banyak peluang perniagaan, buat deals dengan pelbagai orang bisnes yang berbeza nature perniagaan , akhirnya salah satu atau semua akan meletup dengan untung yang besar. Namun kita akhirnya mula merasa "letih", "lesu". "lemah" sebab untuk melaksanakan semua peluang bisnes itu perlukan meeting yang banyak makan masa, banyak pakai duit untuk bergerak tapi bisnes tak jalan-jalan lagi apatah lagi nak untung kerana kita telah rambang mata. Namun akhirnya saya berpegang kepada nasihat seorang Mentor Jutawan saya, "Bagi sukses dan kaya bisnes yang pertama dulu atau jayakan satu bisnes dulu dan baru invest kepada peluang bisnes yang lain." Kita mengharapkan partner bisnes kita jadi funder kita, sedangkan dalam masa yang sama dia juga harapkan kita datangkan duit cash untung sesegera mungkin dalam perniagaan yang telah dimulakan. Bagi saya, bisnes yang bagus untuk beginner tidak perlulah berhutang dan bergolok gadai kepada bank/along/ceti. Mulakan dengan trading, komisyen base dan modal yang kecil dulu. Semoga sahabat-sahabat usahawan saya teruskan usaha sehingga berjaya dan jangan putus asa. Jangan rambang mata dan pastikan setelah "window shopping" pelbagai bisnes, buat research yang mendalam dan kemudian pilih satu dulu bisnes yang perlu fokus dan dilaksanakan sehingga berjaya! Saya doakan anda semua berjaya!Amin Ya Robbal Alamin.. #usahawan #perniagaan #peluang #kejayaan #fokus

Agamawan dan Haiwan suatu parody...



Agamawan dan Haiwan suatu parody...

Hidup kita ini memang tidak dapat lari dari noda dan dosa. Ya , bagi mereka yang hidup penuh dengan sinar cahaya keagamaan dari kecil sampai dewasa. Moyangnya agamawan, ayahnya agamawan, dirinya juga agamawan, suaminya juga agamawan, dan anaknya dididik menjadi agamawan. Bekerja di Institusi atau Organisasi yang penuh dengan agamawan. Alangkah bahagianya dan amannya kehidupan itu.

Tapi...

Ada satu sudut dan sisi sosok insan-insan yang terabai dari agamawan-agamawan ini. Dibesarkan di lorong dadah dan maksiat, atuknya tidak kenal siapa, ibunya tidak mampu mendidiknya menjadi agamawan, bapanya adalah haiwan. Akhirnya bekerja di Institusi atau Organisasi yang dituduh melahirkan banyak haiwan.

Dua kasta di sini...

Allah Maha Mengetahui hakikat hati-hati insannya yang perlukan Kasih dan Rahmat-Nya. Rasulullah sendiri dibesarkan dalam masyarakat yang penuh sifat haiwan. Rasulullah sendiri menyayangi masyarakat sekelilingnya yang berperangai haiwan. Dibimbingnya para sahabat baginda yang dulunya bersifat haiwan akhirnya menjadi agamawan hebat sepanjang zaman.

Tapi kita...

Tidak mengikut Sunnah Baginda. Kita mempunyai rasa hati yang penuh "haiwan" di sebalik rupa luaran yang kelihatan seperti agamawan. Menghukumi sana sini seolah-olah kitalah Raja di dalam Rimba Keilmuan dan Keagamaan. Sesungguhnya Iblis itu dulu adalah ilmuan hebat di kalangan malaikat di syurgawi. Dek ego dan riyak, akhirnya disumpah seranah sepanjang zaman...

#spiritual #agama #hukum #insan #rasulullah

-Effendy yang banyak belajar dari haiwan dan Agamawan-

Pengalaman berapa lama diperlukan sebelum jadi usahawan?

Tuesday 7 January 2014
Pengalaman berapa lama diperlukan sebelum jadi usahawan?

Sebenarnya ianya soalan yang begitu subjektif (setiap orang berbeza pengalamannya). Sahabat saya di kalangan bangsa Cina yang ada bisnes sendiri biasanya dari kecil sudah ditanam untuk buat bisnes sejak tadika atau sekolah rendah lagi. Minat itu dipupuk sejak kecil dan mereka secara sendirinya akan meneruskan bisnes keluarga tanpa dipaksa bila sudah dewasa.

Di kalangan keluarga Melayu pula biasanya yang saya jumpa keluarga semuanya makan gaji. Ini cabaran besar. Sebabnya minat anda biasanya didorong kerana faktor luaran dari keluarga dan anda tiada langsung pengalaman. Yang anda nampak, buat bisnes boleh kaya, masa lapang, masa bebas.

Anda akan silap jika berfikir begitu. Bila anda ceburi bisnes pada permulaannya makin sibuk , makin tiada masa dan kadang kala makin tiada duit anda dibuatnya. 3 tahun pertama biasanya masa untuk bersusah payah dan jarang saya lihat untuk dapat jalan mudah melainkan keluarga anda memang sudah kaya raya dan ada pengaruh.

Cari ilmu sebelum berniaga!

Jika anda dari keluarga yang bukan minat bisnes. Carilah ilmu dulu bekerja sekurangnya setahun ke dua tahun dalam bidang perniagaan yang anda minati. Saya sendiri dalam dunia pekerjaan kerajaan, korporat, sales, selama lebih 10 tahun sebelum memulakan perniagaan secara sepenuh masa.

Jika anda kosong, kosong, kosong (seperti kata Najwa Latif) belajar dulu dan bekerja dulu dalam industri yang anda minat. Ketika di universiti atau sekolah join Kelab-Kelab Usahawan. Tiada jalan mudah untuk jadi kaya dan berjaya dalam usahawan jika anda bermula dari kosong.

Jangan terpedaya dengan jaya palsu mudahnya kaya dalam bisnes!

Elakkan bisnes yang menjanjikan untung mudah dengan melabur tidak jelas tujuannya atau mengikut orang yang salah memberi nasihat tentang perniagaan dengan mengatakan "Keluar duit banyak ini esok lusa untung berlipat ganda tanpa susah payah!"

Untuk menghasilkan IDEA kadang kala sangat mudah. untuk PERLAKSANAAN itu sangat payah!

P.S:- FAKTA. Berniaga adalah Sunnah Nabi yang tidak diamalkan majoriti Umat Islam di Malaysia!

#usahawan #kerjakuat #bisnes #business #berniaga #idea #semangat #cekal #berani

Entrepreneurs dan Duit.



Entrepreneurs dan Duit.

Jangan jadikan DUIT sebagai motivasi utama dalam perniagaan. Kerana apabila anda berniaga hanya didorong duit ianya akan jadi bisnes yang tidak konsisten. Anda akan kecewa, putus asa apabila duit yang dicari tak dapat dan anda tukar pula bisnes lain. Gagal lagi dan tukar lagi bisnes lain. Begitulah putarannya bila berbisnes hanya kerana didorong duit sahaja.

Berniagalah kerana anda benar-benar MINAT, ada PASSION dalam perniagaan itu. Anda akan jadi kuat dalam dugaan yang melemahkan dan menjadi lebih kuat apabila bisnes anda semakin stabil.

Kajian pakar-pakar mengenai usahawan di USA dan Europe, jutawan-jutawan usahawan di sana kebanyakannya membuat bisnes kerana MINAT yang sangat mendalam. Sebagai contoh Mark Zuckerberg, Bill Gates dan Steve Jobs.

#usahawan #gigih #semangat #duit #kaya


 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger